Followers

Tuesday, November 30, 2010

FiNaLLy~


.::SALAM::.

Fuhh, dah macam berhabuk je blog nie..hihi~

Malas nak m'update + tengah sibuk dengan exam..
**bukan sibuk dengan study pun ok..hehe..

Tapi bila tetiba je m'update blog nie, haruslah sebab ada sesuatu yg menggembirakan utk dikongsi..

Yesss, FINALLY...hari nie last paper sy untuk semester nie..tak sabar nak balik rumah..huhu~
**padahal x pegi jawab exam lagi..kikiki..exam petang pulak..haihhh..

Harap2 last paper nie sy dapat jawab dengan baik jugak macam paper2 yg sebelum nie..

Debaran nak jawab untuk 1st paper dengan last paper macam lebih kurang sama pulak..kenapa pulak harus macam tu ek??

Mudah2an Allah permudahkan segala2nya..

Tak sabar nak ucapkan "Selamat Tinggal Semester 5"..
**semester yg agak panjang & memenatkan..




.::WASSALAM::.

**haishh,tetiba pulak perut rasa x stabil hari nie..janganlah m'ganggu time nak exam nanti..hope dapat jawab dgn tenang je..=))

Monday, November 22, 2010

Yang TERBAIK buat kamu~


.::SALAM::.

Hari yg ditunggu2 tiba jugak..huhu..bangun pagi nie punyalah berdebar2 jantung nie..(^^,)
*sangat2 takut nak jawab exam petang nie..hihi~

Semalam lebih kurang pukul 11 malam, ayah bagi mesej nie..

"...Ayah tau kamu akan buat yang terbaik untuk ayah..Selamat Malam...''

Cukup ringkas mesej ayah..tapi...yup, begitu besar harapan dia supaya sy dapat buat yg terbaik untuk exam kali nie..

Dan melalui mesej tersebut, sy tau ayah cuba memberikan cabaran kepada sy..

Secara automatiknya, bila sy baca mesej ayah nie berulang kali, semangat sy terlalu kuat untuk lakukan yg terbaik buatnya..

Yup, bukan saja buat ayah..tapi buat mak, keluarga & sudah pastinya buat diri sendiri..

InsyaAllah, sy akan jawab exam kali nie sehabis baik..

Moga sy takkan menghampakan mereka kemudian hari..

Sebolehnya sy ingin menjadi anak yg mampu memberikan kebanggaan buat keluarga..

Kerana merekalah sy di sini, jadi sebolehnya sy akan memberikan yg terbaik untuk setiap harapan yg mereka sandarkan pada sy..insyaAllah...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"...Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hamba-Mu ini akan menduduki peperiksaan yg bakal menentukan kejayaan..
Segala usaha yg aku lakukan adalah di bawah kuasa-Mu Ya Allah..
Berikanlah hidayah-Mu kepadaku, kuatkanlah ingatanku dan janganlah sekali2 Engkau lupakannya..
Lapangkanlah dadaku dan janganlah sekali2 Engkau sempitkannya..
Permudahkanlah segala urusanku dan janganlah sekali2 Engkau persulitkannya Ya Allah..

Ya Allah...
Hanya kepada-Mu aku memohon..
Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan kepadaku..
Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala niat dan hajatku..
Perkenankanlah permohonanku ini Ya Allah..
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...

Semoga kejayaan milik kita bersama..

.::WASSALAM::.

Saturday, November 20, 2010

mulut berkata lain...tapi hati....

.::SALAM::.

Cuti2 Malaysia sudah abes okeh..

Sekarang nie dah kembali semula ke bumi Tanjung Malim..huhu..

Kembali dengan penuh ke'stress'an..=(

Padan la dengan muka tu, study kat umah main2 je..bila tiba hari nak balik, ilmu belum penuh di dada..huahuahua..

X mengapalah, hadapi dengan senyuman..(^^,)
*dalam hati Allah je yg tahu.."ya Allah, permudahkanlah segala2nya"..

Balik nie pun x sampai 2 minggu, just balik utk jawab exam semata2..lepas tu terus cuti sem selama 1 bulan..yeayyyy...

Ye2 je mulut cakap kat mak, "mak x payah la rindu2 tau sebab balik sekejap je nie"..hahaha...tapi...

Bila bangun tido petang tadi, haihhh nape la ada terasa kosong je nie???huhu..yupp, harus mengaku yg sy memang rindu kat mak..huhu..

Jiwa belum cukup kental untuk tinggalkan family tercinta nun jauh di Johor, patutnya perkara tu dah seharusnya jadik kebiasaan...huhu..

Apa2 pun, kena manfaatkan saki baki masa yg masih ada nie dgn sebaik2nya..lusa dah exam...aduiii..!!

Harus buat sehabis baik..!!

.::WASSALAM::.


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 1431H~Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan~


.::SALAM::.

Hari nie sume umat Islam di Mekah telah meraikan Aidiladha..Alhamdulillah~

Umat Islam merayakan Aidiladha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kemenangan yg bkn saja terdapat dlm ibadah Haji yg ditunaikan...

Tetapi...

Lebih dari itu, ia mempunyai hubungan yg rapat dgn suatu peristiwa yg berlaku pada tahun ke-9H...

Raya Aidiladha juga x dapat kita pisahkan daripada ibadah korban...

Ia bermula dgn pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim a.s iaitu ketika baginda ingin meyembelih anaknya Nabi Ismail a.s ...

Ia merupakan pengorbanan teragung...

Walaupun Nabi Ibrahim a.s amat menyayangi anaknya, beliau dengan penuh kepatuhan terhadap suruhan Allah s.w.t bersedia melakukannya & Nabi Ismail sendiri dgn penuh kerelaan serta sabar menurut perintah Allah s.w.t...

Namun, perintah Allah s.w.t itu sebenarnya lebih kepada ujian iaitu Allah s.w.t mahu menguji ketakwaan Nabi Ibrahim terhadap suruhan-Nya...

Nabi Ismail telah ditebus dgn binatang peliharaan yg sebenar2nya...

Begitulah hakikat sebenarnya tentang pengorbanan...

Untuk berjaya juga, kita perlulah bersedia melakukan pelbagai pengorbanan sama ada dari segi wang, harta, tenaga & sebagainya...

Moga kita dapat mengambil hikmah & kepentingan pengorbanan dalam kita menghayati erti Aidiladha yg sebenar2nya...


~Salam Aidiladha 1431H~
Moga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita...AMIN~

.::WASSALAM::.

**Mampukah kita melakukan pengorbanan seikhlas hati seperti Nabi Ibrahim a.s..?fikir2kanlah...(◡‿◡✿)

Monday, November 15, 2010

masa sila berhenti dulu~


.::SALAM::.


kalau lah dapat diundur masa kan best..
x dapat undur pun dapat berhentikan pun okay la..(^^,)
terasa pantas sangat masa berlalu..=(

Stress ya amat nie..


Tak terasa pun rupa2nya dah 2 minggu lebih kat rumah..
Tapi study tak habis2..huhu~

Study sem nie rasa macam terkejar2 pulak..
Tak tau nak mula subjek mana dulu..
Last2 bercampur2 subjek yg sy study..

Boring baca buku Seni Mengarang, tukar baca buku Manuskrip..
Agak2 boring lagi, tukar pulak baca buku Komsas..
Last2, kalu boring jugak, tengok TV la jawabnya..haha~
Nak buat mcm mana, asal tengok buku je ngantuk..haihh..

Tapi sekarang nie dah x boleh main2..
Dah x ada masa lagi..
Kena jugak habiskan mana yg patut, kalau x nanti menangis x berlagu la..hihi~

Owhhh, tension nye la haiii...=(

Sy perlukan ~S.E.M.A.N.G.A.T~

.::WASSALAM::.

**saat aku jatuh, aku ingin sekali meminjam semangat darimu..


Sunday, November 14, 2010

menjauh hati~


.::SALAM::.



*Terima kasih atas rasa itu...

.::WASSALAM::.

Saturday, November 13, 2010

Hidup Cuma Sekali~


.::SALAM::.

Kita cuma diberi peluang hidup untuk sekali sahaja...

Manfaatkan la peluang kehidupan ini dengan perkara2 yg mampu memberikan faedah bukan sahaja kepada diri kita sendiri sebaliknya kepada insan2 yg berada di sekeliling kita juga...

Kadang kala, kita perlu sedar ada benda yg kita tidak boleh buat semua...

Tapi, bila tidak boleh buat semua, jangan pernah sesekali kita berhenti untuk mencuba & tidak buat langsung...

Hiduplah dengan sebaik2nya...

Selalu ingat yg kunci kepada setiap kejayaan ialah USAHA yg berterusan tanpa mengenal erti putus asa...



.::WASSALAM::.

Wednesday, November 3, 2010

sindrom EXAMINITIS~~


.::SALAM::.

Huhuhu..syurga abes dapat habiskan cuti study week+raya haji kat umah nie...

Eh, macam ye2 je kan nak abeskan study week kat umah..haha~

Persoalannya di sini, buku yg dibawa balik pun x disentuh2 sampai saat nie walhal dah hampir seminggu kot kat umah..macam mana tu??..huhu~

Sindrom EXAMINITIS tu macam dah datang tapi mood nak study nie nape la masih diawangan lagi..

Haishhh, macam x boleh jadi je kan..

Tersangat banyak "dugaan" bila study kat umah nie..huhu~

Buku ye2 je bersusun atas meja, tapi haram x sentuh..(^^,)




Apa2 pun hope dapat la study dgn baik & jayanya..

Kalu x baca sume pun, sentuh2 pun jadi la kan..haha~

Chaiyokkk eda~~

.::WASSALAM::.