Followers

Wednesday, October 27, 2010

Moga semangat kamu kuat..!!


.::SALAM::.

Rasa pilu tiba2 pagi nie..tersentak dan terkedu seketika perasaan nie bila dimaklumkan bahawa ayah kepada salah seorang rakan sy telah kembali ke Rahmatullah malam tadi..

Innalillah hi wainnailaihirojiun~~

Yupp, sy turut merasai kesedihan itu apatah lagi bg mereka yg menanggungnya..

Orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..
Ya Allah, moga mereka sume tabah...amin~

Perginya insan yang selama ini menjadi pelindung kepada ahli keluarga yg lain..

Perginya seorang ketua keluarga yang sangat2 dihormati oleh ahli keluarga yang lain..

Mahani...moga kamu sekeluarga kuat menerima ujian sebesar ini daripada-Nya..

Tabahkan hati & kuatkan semangat..

Dengan hujan yang turun renyai2 seakan2 turut menangisi pemergian seorang insan yang bergelar "suami, ayah, datuk"...

Moga tempatmu bersama para solihin..
Moga JANNAH yg abadi menjadi tempat persinggahanmu nanti...AMIN~~


Al-Fatihah buat Allahyarham..

.::WASSALAM::.

**saat nie, sy terasa ingin balik umah..nak peluk cium mak ayah..
terus je tepon mak tadi sbb sy tau kebelakangan nie sy jarang dpt b'ckp ngn mak ayah sebab bz..
kadang2 x ingat nak tepon langsung..tapi mereka selalu di hati & dlm ingatan..

No comments: