Followers

Saturday, January 29, 2011

Dear K.A.M.U~


.::SALAM::.

Seperti hari2 sebelumnya, saya masih belum dapat apa2 pun perkhabaran daripada kamu kan??..yupp! sudah masuk hari ke-11..tapi seperti biasa juga, saya sabar menanti dan terus menanti..haruslah saya nie jadi orang yang x pernah kenal erti putus asa kan dalam tempoh masa 6 bulan nie..hihi~

Banyak sebenarnya benda yang saya nak tanya dengan kamu...

Kamu sihat ke..??

Makan okay ke x..??

Apa aktiviti kat sana..??

Penat ke x..??

Ada x mancing2??..huhu..yg nie sure la x ada kan..hihi~

Rindu saya ke tak..??

Ingat saya ke tak..?

Bila kita dapat SMS macam dulu2..??=(

Haishhh..banyak la lagi nak tanya..tapi, saya tahu..apa yang mampu saya buat sekarang nie cuma terus menghitung hari kan..emm, dan doakan kesejahteraan kamu kat sana..tiap2 hari saya cuba sibukkan diri..kalau nak tahu, tepon saya sendiri pun kadang2 je saya tengok..kesian dekat dia kan, terabai je..huhu..tapi kebaikannya, bateri tepon memang jimat abes la..hehe..kadang tu 5 hari sekali baru cas..sadis kan..saya malas nak mengharap kalau2 ada SMS atau panggilan daripada kamu dalam masa terdekat nie..bukan bermaksud saya dah putus harap okep~

Tapi bila dah ber'hepi'2 together kat umah nie ngn mak, ayah & adik2..saya x ada la terasa sangat kelainannya..lagi pun, dah nak masuk minggu ke-2 kan kita x berSMS seperti biasa..saya pun dah jadi terbiasa macam nie..makanya, saya dah dapat menerima & membiasakan hari2 saya tanpa SMS & sebagainya daripada kamu..silap hari bulan lepas nie langsung tak reti nak berhubung dengan kamu macam dulu2..haha..nasib la kan..^__^

Dun worry la pakcik, saya ingat kamu sokmo2 okeh..hope kamu pun macam tu jugak..
.
.
.


Lagi pun balik rumah sempena cuti CNY nie, saya dah dapat pengganti kamu..
~MASHIMARO~ ^__^
Dia ada kan...(^^,)

.::WASSALAM::.

Besday My H.E.R.O~


.::SALAM::.

Wah!!Ramainya insan2 kesayangan saya yang menyambut besday mereka pada bulan Januari nie..meriah je rasa..hihi~

Mula2 Inchek Mashimaro (12 Januari)..lepas tu Abang saya(28 Januari)..dan hari nie, tanggal 29 Januari 2011, sorang lagi insan kesayangan saya menyambut ulang tahun kelahirannya..selang sehari je dengan abang saya..

Yupp..hari nie sebenarnya besday Ayah saya..Ayah antara orang yang paling penting dalam hidup saya..tersangat penting!!..antara insan2 yang sering menjadi sumber inspirasi saya untuk berjaya sejauh ini..memang x terbalas la jasa & pengorbanan Ayah terhadap saya selama nie..

Ayah selalu ada saat susah senang saya..sentiasa ambil berat..penyayang..apa2 je benda yang saya nak ayah akan sedaya upaya penuhi (p/s..hanya utk benda2 yang bermanfaat je la)..hihi..memang Ayah yang terbaik dalam dunia la..dan saya pasti semua orang yang sayang Ayahnya akan berkata begini kan??..^___^

Alhamdulillah, Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik buat Ayah sehingga kini..syukur di situ..apa yang saya harapkan pada hari lahirnya ini, semoga Ayah diberikan kesihatan yang lebih baik untuk masa2 yang akan datang..insyaAllah..
.
.
.
.
.


The Best Father in da World...
Saya Sayang Ayah!!!(◡‿◡✿)
Ayah, moga ayah sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah..
Dipelihara kesihatan oleh-Nya..
Sentiasa berada di bawah rahmat dan keredhaan-Nya..
~A.M.I.N~

.::WASSALAM::.

Friday, January 28, 2011

Keletihan dalam kegembiraan~


.::SALAM::.

Mood sekarang???Haruslah hepi sebab dah dapat landing2 kat katil sendiri di "Rumahku Syurgaku"..hehe..kegembiraan memang x dapat nak diungkapkan la bila berada di rumah sendiri nie..mungkin sebab dapat tengok muka mak, muka ayah..yupp!!muka adik beradik..diorang semua memang merindui kepulangan kakaknya yang satu nie..rindu bukan sebab ape, kes nak main game la kan kat lappy kesayangan saya nie..hanya itu semata2..haisshhh, adegan perebutan & jerit-menjerit bakal tercetus la gamaknya nanti..^__^

Oh! sangat tenang & damainya perasaan walaupun sebenarnya sangat keletihan mengharungi perjalanan yang agak jauh petang tadi..tapi, secara automatik keletihan itu hilang dengan sendirinya saat menjejakkan kaki di rumah sebentar tadi..bagi saya, rumah adalah segala2nya..tempat untuk berbagi keceriaan bersama mak, ayah & adik beradik..sungguh damai!

Kalau balik U pun, saya pasti akan terkenang2 rumah sendiri..selalu saya akan merindukan rumah saya yang sederhana ini kerana di sinilah segala2nya ada..adanya kudrat seorang ibu & ayah yang sentiasa ikhlas membimbing & memberikan kasih sayang tanpa sempadan..adanya gurau senda adik beradik yang sentiasa membuahkan keceriaan di hati saya..dan apa yang paling penting, di sinilah tempat mereka yang saya sayang berada..

Tiada istilah lain yang dapat menggambarkan keindahan dan ketenangan rumah sendiri bagi saya melainkan "Rumahku Syurgaku"..saya pasti kamu semua pun merasakan ketenangan & kedamaian yang samakan bila berada di rumah sendiri..



Rumah saya x besar pun kan, sederhana je..hihi~
Walaupun x besar, tapi hati saya sentiasa 'besar' bila berada di dalamnya..^__^
Hope kamu2 juga begitu~

.::WASSALAM::.

Sweet 24th~(sweet la sangat)^_^


.::SALAM::.

Saya just nak buat entry pendek sahaja..nak wish besday untuk abang kesayangan saya..

Hanya seorang saja abang yang saya ada & dia adalah abang saya yang terbaik..walaupun kadang2 mood dia tu panas cket tapi dia memang sangat pemurah dengan adik beradik..tang nie yang saya paling suka..haha..selalu pokaikan dia..hihi~

Emm, hari nie 28 Januari 2011 merupakan besday abang saya yang ke-24..yupp, beza umur kami hanya 1 tahun saja..tapi saya tetap menghormati abang saya..ye la, 1 tahun pun tua jugak daripada saya kan..alah macam slogan "Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi"...haaa, haruslah saya hormat dia yang lebih tua daripada saya..hihi~

.
.
.
.


Buat Mohd Hafifi Zainudin..
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-24..
Didoakan semoga berbahagia dunia & akhirat..
Dikurniakan kesihatan yang baik & sentiasa terpelihara..
Semoga sentiasa berada di bawah keredhaan-Nya..
~A.M.I.N~

Thursday, January 27, 2011

Harapan Setinggi Gunung~


.::SALAM::.




.
.

Rasa itu datang lagi secara tiba2...emm, kenapa mesti rasa R.I.N.D.U??

Tak ada ke rasa2 yang lain..Tak suka la macam nie!!!*sigh*

.
.
.
.
.



Yessss!!!
Every time my phone vibrates,
My heart still wishes it's a T.E.X.T from YOU~

.::WASSALAM::.

Wednesday, January 26, 2011

Kenali Personaliti Bulan J.U.N~(^^,)


.::SALAM::.

Entry bosan & saja2 ye...hihi~

AMARAN : Entry Panjang & merepek-repek serta boleh menyebabkan muntah HIJAU~kuikuikui..yang berani je boleh baca..(ada ke orang nak baca Eda oiii!!)

Emm, kita sebenarnya adakalanya gagal untuk mengenali diri kita sendiri kan??..sebab tu banyak sangat tanggapan yang timbul terhadap diri sendiri & biasanya personaliti atau perwatakan diri seseorang tu banyak dikaitkan dengan bulan & tarikh kelahiran masing2..jadinya, saya tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr. Fazilah Kamsah berkenaan "Mengenali Personaliti Diri Melalui Bulan Kelahiran"..ketinggalan zaman la minah nie, dah lama kot Dr. Fazilah Kamsah tu buat kajian pasal nie semua..huhu..ekau baru nak buat entry..ahh!!tak kira!!~ tapi, saya tak ada la terlalu obses untuk percaya semua nie ok..kalau sekadar ingin dijadikan panduan ok la sebab segala personaliti & perwatakan diri kita nie adalah di bawah bidang kuasa-NYA yang menciptakan kita..jadi, hanya DIA yang tahu segala2nya..^_^

Saya tertarik untuk melihat personaliti yang digariskan oleh Dato' Dr. Fazilah nie tentang mereka yang lahir pada bulan Jun sebab saya lahir pada bulan Jun..tak ada sebab la kan saya nak tengok personaliti individu yang lahir pada bulan selain dari Jun..mesti la nak tengok & tahu sesuatu yang merujuk kepada diri sendiri kan..hehe..Okep..kat bawah nie ada beberapa personaliti yang dimiliki oleh mereka2 yang lahir pada bulan Jun~

Berfikiran jauh & berwawasan
Mestila, sebab adanya wawasan, adanya kejayaan~

Mudah ditawan kerana sikap baik
Ditawan??tidak kot..ingat budak2 ke senang2 utk digula2kan..hihi~

Berperangai lemah lembut
Haruslah..kata wanita sejati kan..kuikuikui~

Mudah berubah sikap, perangai, idea & mood
Emm, tidak dinafikan..hehe..kadang2~

Idea yang terlalu banyak di kepala
Banyaklah sangat..idea bukan2 ye la banyak..huhu~

Bersikap sensitif
Tengok isu la jugak kan..isu sensitif nie biasanya melibatkan ISA kan??ehh!ape kena mengena pulak daaa~

Mempunyai pemikiran yang aktif (suka berfikir)
Suka berfikir??Yupp! Tepat sama sekali..tapi, time STUDY WEEK je kot..huhu~

Suka melakukan sesuatu dengan segera
Memang tak suka bertangguh..bertangguh tu kan PENCURI MASA..tapi, kadang2 normal la bila dah malas tu..hihi~

Bersikap suka menangguh2
Ehh! Tak cukup jelas lagi ke kat atas tu..hampir sama je dgn yang atas tu kan..malas la nak ulang2 nie..benci tau!!..*lol*

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Terlalu memilih??means cerewet la kan??ehh! Tak kot..saya orang yang simple makanya, tak ada la nak memilih sangat dalam semua perkara..betul!!^_^

Cepat marah & cepat sejuk
Mungkin jugak..biasalah manusia nie kan..Istighfar banyak2 je la setiap kali marah, mesti leh cool balik..cayolah cakap den..=))

Suka bercakap & berdebat
Bercakap tu perlukan utk suarakan apa2 saja..dan kalu ada pendapat yang berbeza dengan orang lain, haruslah berdebat & menghujahkan pendapat sendiri tu kan..=p

Suka buat lawak & bergurau
Yupp!!sebab saya suka ketawa "hahaha" dengan kawan2..just untuk menceriakan suasana..(^^,)

Mudah berkawan & pandai berkawan
Berkawan tu perlukan..kawan2 melengkapkan kehidupan..Ya!!Saya suka berkawan dengan semua orang..

Orang yang sangat tertib
Emm, no komen la~

Mudah kena selesema
Ini betul!!Bangun pagi kalu tak bersin & selsema memang tak sah la..haishhh!!=(

Suka berkemas
Yupp!!Saya sukakan suasana yang teratur & bersih..

Cepat rasa bosan
Dah kalau selalu sangat buat benda yang sama berulang kali haruslah cepat bosan kan..Emm, kalau dah hari2 nak kena makan nasik mestilah jemu & bosan jugak..sekali sekala nak jugak makan Chicken Chop ke, Pizza Hut ke, KFC tu semua kan??..hihi~

Suka pada barang yang berjenama
Sama sekali tidak tepat!!..ikut bedal je asal cantik & sedap mata memandang, jenama belakang kira..kalau nak diambil kira jugak, jenama tu kira jatuh tempat yang ke-100 la..=))

Kedegilan yang tidak terkawal
Semua orang ada tahap kedegilan masing2 kan..tapi tak ada la sampai tak boleh dikawal langsung...

Mudah menjadi eksekutif
Ehh!!Bila pulak nak jadik ESEKUTIF??..nak jadik CIKGU la~^_^

Sape puji dia musuh, sape tegur dia kawan
Emm, nie maknanya..TAK HIDUP DEK PUJI, TAK MATI DEK KEJI la..huhu~

Haaa, itu la antara personaliti atau perwatakan yang dimiliki oleh mereka yang lahir pada bulan J.U.N..anda pulak bagaimana???(^^,)

.::WASSALAM::.