Followers

Wednesday, February 9, 2011

EDA!! Selamat Bertabah~


.::SALAM::.

Lepas bercuti daripada CNY nie macam2 kekusutan pulak timbul..kadang2 terasa malas nak pk & nak buat tak tahu je..tapi, keserabutan lain pulak yang muncul..rasa susah hati pulak bila nak pk pasal praktikum untuk semester depan nanti..

Dah la tempat pun tak berapa nak pasti lagi, nie sekarang datang pulak masalah lain bila pihak pengurusan UPSI nak cepatkan tarikh untuk praktikum yang sebelum nie dijadualkan pada tarikh 25 Julai kepada tarikh lain iaitu 9 Mei..apa kes nie??haishhh~

Sure la kelam kabut hidup nie..nak cari sekolah lagi, rumah sewa lagi..nak pk pasal duit lagi..memang dugaan hebat la semester nie rasanya..Emm, apa2 pun harap sangat2 dapat mengawal situasi yang wujud nie dengan sebaik2nya..mohon diberikan kekuatan dan kesabaran oleh-Nya dalam menghadapi apa jua permasalahan yang bakal mendatang nanti..AMIN~

Bila tarikh praktikum nie dah dicepatkan, sure la cuti pun NON-ADO la jawabnya..kalau ikut kan paling awal boleh balik jumpa mak, ayah hanya pada cuti raya puasa nanti..PALING AWAL okep! Memang homesick la lepas nie..study week pun NON-ADO jugak ye..haishh! SELAMAT BERTABAH BUAT SEMUA !!!

.::WASSALAM::.

SABAR itu INDAH~


.::SALAM::.

Selalu kita dengarkan orang cakap sabar itu sebahagian daripada iman..ada jugak yang cakap sabar itu istana iman..ada yang cakap sabar itu jugak indah..tapi apa2 pun, sabar itu memang ajaib kan??kadang2 kalu kita rasa nak marah atau rasa geram terhadap sesuatu tu, hanya rasa sabar saja yang mampu mengawal perasaan marah kita kan..Istighfar je lah banyak2..

Pagi nie, bangun je daripada tido, memang rasa macam sakit je hati & memang rasa macam nak marah orang je..tension betul tengok keadaan rumah yang tak berkemas..kerusi berselerak, dengan sisa makanan kat atas mejanya..belum lagi sisa makanan kat atas lantainya (semacam kuah tom yam je)..haishh! sangat menyakitkan mata & hati yang memandang nie..macam pagi semalam jugak lah..bangun2 tido tengok ada air milo yang tumpah atas meja dan menitis eh ! bukan menitis ok tapi mengalir sampai ke lantai..tapi masalahnya, tak di lap langsung..dibiarkan je..takkan lah orang yang dah tumpahkan air tu tak sedar kan dia tertumpahkan air ke ape ke..saya just biarkan je la, kot2 orang yang dah membuat onar kesalahan tu nak bertanggungjawab ke untuk mengelap air milo pagi tu..manalah tahu malam tadi masa dia tumpahkan air tu dia memang dah tak kuasa nak mengelapnya sebab dah ngantuk nak tido..jadi saya ambil keputusan biarkan je la air milo tu dilap oleh mereka yang bertanggungjawab..lagi pun pagi tu saya nak bersiap2 ke kelas dah & agak malas jugak sebenarnya..hihi~

Tapi, yang membuatkan hati nie sakit, bila balik je dari kelas hampir pukul 7 petang semalam, saya tengok sisa air milo yang dah kering kat atas lantai tu masih ada lagi..huhh! memang sabar je la..saya rasa diorang sume tahu tengok je..dan maknanya memang tak ada la yang menjalankan tugasnya sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan jadual tugasan rumah semalam..last2 saya jugak yang kena lap..sekali lagi...sabar je la..dan pagi nie, macam tu jugak..macam mana nak cakap pun tak tahulah..sebelum2 nie pun macam tu lah jugak, cuma masih boleh buat2 tak tahu je & buat tak kesah..malas nak tegur2 sebab saya anggap perkara nie tak ada la besar pun..tapi, susah sangat ke nak kemas apa2 saja benda2 yang dah digunakan sebaik2nya?..suka kot tengok keadaan yang berselerak tu??..haihh! tak paham betul..tak perlulah rapi & tersusun sangat, tengok bersih pun dah cukuplah sebab saya pun bukanlah rajin sangat bila tiba giliran saya yang duty..emm, susah jugak hidup serumah dengan orang yang tak kesah dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka..SABAR JE LAH...T_____T



p/s : Marah itu mudah, tapi sabar itu lebih indah...^____^

.::WASSALAM::.

Monday, February 7, 2011

Terasa Jauh Perjalanan Kali iNi~


.::SALAM::.

Hari nie (7 Februari 2011) dah masuk minggu ke-5 kuliah selepas bercuti SELAMA seminggu sempena CNY..lama ke??huhu...SEKEJAP sangat!!!=(

Semalam bertolak balik ke Tg Malim hampir pukul 4 jugak la..naik bas kat tempat biasa, Terminal Bas Kluang..agak ramai jugak la umat manusia kat situ..terutamanya pelajar la kan..itu baru dekat terminal bas..belum bas bergerak lagi kan..haruslah bas bergerak sopan je kan..haihh!!tension dah bila pk semua tu..over pulak, bukan ko yg drive kot..kira tolong tension kan bagi pihak driver bas tu la..huhuhu..^___^

Memang seperti yang dijangkakan..belum masuk highway pun jalan dah jam..tersengguk2 je bas bergerak..nak tido pun rasa tak best..memang penuh la jalan raya semalam dengan kenderaan, tak kiralah bas ke, kereta ke..semuanya tak sabar nak sampai ke destinasi masing2..bosan duduk dalam kenderaan yang lajunya macam siput..=,=



**Lihat bukti**

Kalu ikutkan, bas yang saya naik semalam boleh sampai pukul 7 lebih dekat Bukit Jalil, tapi disebabkan jam, memang lewat la sampai..hampir pukul 8 setengah jugak la..bas tak sempat nak masuk Bukit Jalil pun saya & kawan2 dah turun..dah tak sanggup la nak berlama2 atas bas tu..tambah2 bila tengok jam dah hampir pukul 8setengah..haishh!!tak boleh jadi nie, nak kejar bas ke Tg Malim pukul 9 pulak nie dekat Jalan Hang Tuah..memang agak nak tercabut jugaklah kaki nie..cepat2 naik bas rapid ke Jalan Hang Tuah..bila bas dah gerak tu kira lega cket hati nie,memang harap sangat boleh sampai tepat pada masanya..TAPI...memang sadis betul la driver bas rapid nie, tak berhenti pulak kat Jalan Hang Tuah tu..straight je jalan, memang tak sempat la kami2 nie nak buat apa2..huhu..rilek2 je berhentikan kitorang kat Puduraya tanpa rasa bersalah..padahal masa naik tu dah bagi tahu kot nak turun kat Jalan Hang Tuah..haihh, sabar je la..nasib baik driver bas tu sedar salah dia, minta maaf lagi..

Misi perjalanan tak berhenti setakat tu je sebab kitorang kena jugak kejar bas ke Tg Malim yang pukul 9 tu dekat Hentian Klang..adusss!!Tak ada pulak bas rapid yang nak ke sana, jadi penyelesaian terakhir terpaksalah naik teksi..fuhh!nasib la sempat sampai, kalu tak..jenuh la nak menunggu lagi..memang terasa macam satu hari je perjalanan dari Johor ke Perak kali nie..akhirnya, hampir pukul 10 setengah selamat jugak sampai ke Tg Malim..Alhamdulillah..penat memang dah tak ingat la bila jejak je kaki kat bilik tu, rasa nak tido time tu jugak..huhu..MORAL kat sini??Lain kali rancang perjalanan balik dengan sebaik2 nya..balik awal ke..balik awal???bukan eda la tu..hihi~

Terasa tahap ketensionan akan naik 100% la lepas nie..assignment banyak sangat, tak terhitung dek jari dah rasanya nie..huhh!..Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku sehari2..berikanlah aku kelapangan dada..AMIN~

**sebelum bertolak balik semalam, dan lagi buat 'drama'..huhu..sayu je hati nak tinggalkan mak,ayah semalam..boleh pulak ternangis..SERIUS!!sangat2 terasa hiba bila berjauhan dengan keluarga tersayang..memang tak cukup kebal dan kentallah hati bila m'hadapi saat2 macam nie..dahla lepas nie kena tunggu cuti semester baru boleh balik jumpa mak,ayah lagi..lama lagi kot..haishh,memang menderita la kat sini..emm, apa boleh buat???terima je la demi melunaskan TANGGUNGJAWAB yang maha besar...^__^

.::WASSALAM::.

Thursday, February 3, 2011

Gong Xi Fa Chai~


.::SALAM::.

Buat seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Cina, Selamat Menyambut Tahun Baru Cina...

GONG XI FA CAI~

.
.
.
.
.


Boleh pegi kumpul Ang Pau & buah limau byk2..hihi~
Kata 1 Malaysia kan...^___^

.::WASSALAM::.