Followers

Thursday, March 31, 2011

Blogwalking dengan senang hati~


.::SALAM::.

Alhamdulillah..untuk permulaan hari ini (31 Mac 2011), segala2nya berjalan sebagaimana yang telah direncanakan..syukur di situ..Yuhuuu!!now, bolehlah start blogwalking dengan senang hati..kurang sudah gangguan yang menyesakkan kepala nie..

Nak sambung jalan2 di belog feberet saya..banyak cite yang best2 tak sempat nak baca..jadi apa lagi kan...Zaaaaaassssssss!!




*Lalalalalalalala*
Senang hati katakan..

Senang hati??mana boleh senang hati sangat weh..
Tajuk tesis tak tunjuk lagi dekat penyelia nie..
Mudah2an, tak adalah kena reject tajuk tesis saya..
Nasib baik ada senior terbaik untuk dijadikan rujukan carik tajuk tesis..^__^
MEKASIH DAUN KELADI..=D

.::WASSALAM::.

Wednesday, March 30, 2011

Meriahnya Status FB Malam nie~


.::SALAM::.

Tengah malam nanti iaitu tepat pukul 12 tengah malam, kalau benarlah bagai dikata proses add kursus bagi semester akan datang (semester 8) akan bermula..line UPSI memang akan busy la malam nie..memang akan berebut la..yang dah siap2 susun jadual cantik punya tu memang nak kena pastikan la dia dapat add kursus dan group yang diorang nak tu dengan jayanya malam nie..

Macam semester sebelum nie la, masing2 berjaga untuk pastikan setiap kursus yang nak di add tu berjaya dilakukan..dan malam nie saya dapat lihat bagaimana meriahnya status FB rakan2 saya dengan post2 berkaitan add kursus nie..masing2 risau, termasuklah saya sendiri..huhu..yela, bukan senang nak berebut2 untuk pilih group yang dah kita susun elok2 dalam jadual kan..mestilah nak sama dengan kawan baik kan..tak naklah nanti terpisah2 group pulak..tak best nanti..hihi..

Ini antara status FB rakan2 saya..senyum sorang2 saya baca..hihi~
**nama terpaksa dikaburkan lah ye, takut2 nanti kena saman lak**
T__________T



Kawan2 saya memang beretika semuanya..hehe~
BAGUS2~


Yupp!!Selamat Berjuang~
Kira nie semua antara hidup dan mati la nie..hehe~



Ini kawan baik saya punya status kat FB dia..
Tengok punyalah tak sabar..eksaited nak add kursus untuk last sem kan..heheee~



Haaa, yang nie masih dalam cubaan menyusun jadual..hihi~

Apa2 pun..hope perjalanan add kursus malam nie berjalan dengan lancar..janganlah jadik macam semester lepas2..punya la masalah problem betul..huhu..tapi, apa2 pun mata kena tahan kan lah malam nie walaupun mengantuk macam mana sekalipun..Selamat Berjuang!!^__^

**Tinggal beberapa detik je lagi nie..TAKUT!**

.::WASSALAM::.

Melantak RAJA BUAH~


.::SALAM::.

Hohoiii!!senangnya dalam hati kalau beristeri dua..huhu..dah kenapa kan bersenang2 hati pulak kali nie??Eh, sebelum tu..Alhamdulillah..syukur atas segala nikmat yang Allah telah berikan..sebenarnya lama dah rasa nak melantak raja bagi segala buah nie iaitu buah durian la..baru malam nie tercapai hasrat dan keinginan yang satu tu..ecececeh!!ayat dah macam orang ngidam pulok..huhu..meriah pulak rasanya malam nie pokcik2 yang jual durian nie..merata2 kat KHAR nie..mana2 je ada..cuma nak kena pandai pilih la kan mana yang agak murah dan mabeles..emm, mabeles tu kiranya nampak di mata je la..kena pandai2 tilik la masa nak beli tu..^___^

Tadi masa melantak durian tu memang tak pandang kiri kanan dah..laju je makan..ye la, benda yang dah nak sangat kan, bila dah dapat kena la hargai kenikmatannya..hihihi..memang puas la tadi dapat makan..tujuh biji durian makan tiga orang..itu pun ada baki lagi, bawak balik sambung makan dekat rumah..tapi tak habis jugak, sambung makan esok pulak..lepas tu sendiri mau ingatlah kesannya kan..memang panas dalam la..huhu..mata panas, kepala rasa wenk2 je..huhu..padan muka..masa makan tak ingat dah benda2 tu semua..tahu suap je masuk mulut..tak cukup kipas la malam nie..kipas sendiri2 la jawabnya..huhu~

Tapi apa2 pun, memang puas hatilah dapat makan durian malam nie..orang kata boleh tido lena la kiranya malam nie..emm, lena apanya kalau dah panas badan kan..huhu..yang tu sendiri nak kena tanggung la kan..dan esok kalau jadik, nak makan durian untuk second round punya pulak..insyaAllah..nak teman kawan pulak sebab tadi keluar dengan housemate n roomate je..durian punya pasal kan, bukan selalu..sekali semusim...^___^

.::WASSALAM::.

Monday, March 28, 2011

Tak berhenti keluar masuk..haishh!


.::SALAM::.

Hari nie bangun agak lewat cket sebabnya kelas pagi dah tak ada..tinggal kelas petang pukul 2 je nanti..tapi, walaupun tak ada kelas pagi dan tak buat apa2 pun, saya still rasa penat jugak..yupp!penat sebab dah masuk kali ke berapa ntah duk keluar masuk toilet..huhu..tak tahu la sebab apa..sakit perut yang memulas sangat start dari tengah hari semalam lagi sebenarnya..mula2 ingatkan gastrik nak datang tapi bukan..semalam pun time tido banyak kali jugak terjaga n keluar masuk toilet..haihh!tension je sebab tido terganggu..huhu..kadang2 tu rasa nak muntah pun ada..+___+

Tak pastilah pulak sakit perut nie sebab makan apa..seingat sayalah, pagi semalam saya ada minum horlicks ais je..dan lepas tu, tengah hari tu lah start sakit perut..sampailah sekarang nie..tak kurang jugak..emm, nak kena buat teh kelat nie..mudah2an akan ok je nanti sebab pukul 2 ada kelas..emm, nie yang rasa macam agak malas nie..huhu~



Owhh sakit perut..silalah menjauh~

Sunday, March 27, 2011

Tersentuh Hati~


.::SALAM::.

Ter'syahdu' seorang diri pulak awal2 pagi nie..emm, serius!!saya sangat rindu mak ayah saya..tambah pulak bila tengah2 blogwalking tadi saya terjumpa satu belog yang mana pemilik belog nie iaitu Cik Nina dalam entry terbaru belognya telah menulis satu entry yang sangat menyentuh hati sanubari saya..mendalam betul..

Kalau rasa nak menangis awal2 pagi macam nie, sila klik di sini ye..

Yupp!!Saya pasti yang kebanyakan daripada kita nie memang lebih ramai yang rapat dengan mak berbanding ayah..kadang2 kita nie lebih senang berkongsi apa2 cite dengan mak sebab kita anggap mak kita lebih memahami..tapi, tanpa kita sedar seorang ayah itu walaupun jarang2 menunjukkan kasih sayangnya tapi dalam hatinya sangat mengambil berat hal anak2nya..orang lelaki nie biasalah, suka buat2 cool kan..tapi dalam hati, Tuhan je yang tahu..=)

Bila cite pasal ayah nie, saya teringat sesuatu yang sangat menyentuh hati saya masa mula2 sekali saya terima tawaran masuk UPSI nie..masa tu sape2 yang nak buat pinjaman PTPTN harus membuka akaun SSPN..tapi masa nak bukak akaun tu siap ada syarat pulak iaitu sape2 yang ayah dia gaji RM2000 dan ke atas perlu mempunyai simpanan sebanyak RM3000 dalam akaun tersebut dan yang bergaji bawah RM2000 pulak perlu ada simpanan sebanyak RM500..jauh bezanya kan..jadik ayah saya yang bergaji RM2000 ke atas nie paham2 la kan nak kena ikut syarat yang mana satu..walaupun gaji atas RM2000, tapi hidup kami tidaklah terlalu senang, orang kata sederhana je..lagi pun bawah saya ada 3 orang lagi adik2 yang masih bersekolah..emm, masa tu saya terpikir macam mana la ayah nak carik duit sebanyak tu dalam masa yang singkat..kesian ayah..

Sampaikan saya pernah terpikir untuk tolak je tawaran UPSI tu walaupun saya tahu itu merupakan peluang terbaik saya sebab saya sememangnya bercita2 untuk menjadi seorang guru..tapi sebab tak nak susahkan ayah, saya rasa saya perlu menolak tawaran tersebut..dan sebagai seorang ayah, saya tahu ayah paham perasaan saya yang susah hati bila pikirkan syarat yang dikenakan oleh SSPN masa tu..mungkin ayah tengok muka saya yang muram je sebab susah hati..dan sampai sekarang saya masih ingat lagi kata2 ayah.."da tak payah risaulah, ayah tahu lah mana nak carik duit tu nanti..da belajar je, nie tanggungjawab ayah"..ye, haruslah hati saya tersentuh masa tu..saya akan ingat kata2 ayah saya tu sampai bila2 pun dan kata2 nie jugaklah yang saya pegang sampai sekarang bila saya rasa down atau tertekan dengan tugasan yang berlambak di sini..saya tahu yang belajar nie amanah saya sebagai seorang anak kepada mak ayah saya..mereka mengharapkan kejayaan saya..jadi, tertekan macam mana sekalipun saya tak harus putus asa..

Saya nak balas jasa dan pengorbanan mak ayah saya walaupun saya tahu seandainya saya berikan jutaan intan permata sekalipun kepada mereka sebenarnya itu tak kan mampu membalas segala jasa mereka membesarkan saya..tak kan terbalas sampai bila2..tapi sekurang2nya saya punya matlamat untuk menyenangkan mereka dikemudian hari..InsyaAllah..dan sesungguhnya, mak ayah saya tiada galang gantinya dengan sesuatu yang berharga di muka bumi ini..+_____+

Sob..sob..sob..tetiba ter'touching' lebih pulak kali nie..huhu..cuma sekadar nak mengingatkan diri sendiri je supaya tak pernah terlupa dengan pengorbanan mak ayah..lagi pun, akhir2 nie saya jarang tepon mak ayah sebab bz dengan tugasan..cuma minggu nie je baru kembali normal dan barulah boleh hari2 tepon..kalau tak, tengah2 malam lepas abes buat assignment baru teringat nak tepon..tapi memang kena batalkan je la hasrat tu sebab mak ayah saya dah tido kot..tangguh nak tepon hari lain..last2 lupa pulak..sampaikan ayah yang kena tepon saya dan tanya saya pegi mana sebab lama tak dengar suara..huhu..maaf ye ayah, mak..bukan sengaja..apa2 pun, pesan saya..hargailah mak ayah kita selagi hayat mereka masih ada..bahagiakanlah mereka bila kita telah diberikan peluang oleh-Nya..jangan menyesal kemudian hari..untuk mak ayah saya..SAYA SAYANG MEREKA INFINITI!!!=D

.::WASSALAM::.

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage


.::SALAM::.

Hye..hye..hye..hihi..sebenarnya saya tertarik untuk join 1 giveaway yang dianjurkan oleh Sweet Cottage..kenapa saya boleh tertarik??emm, mestilah sebab hadiah dia..lumayan okeh hadiahnya..COKLAT!!bukan coklat sembarangan tau..sangat cantik deko coklat yang dihasilkan..kalau lah dapat, haih!!nyumm..nyumm..=D

Jadi nak jugaklah cuba nasib kan..mana tahu rezeki..hihi~



Kalau anda2 semua berminat untuk join, silalah klik banner tersebut ye..
Tarikh tutup penyertaan 31 Mac nie tepat pukul 11.59PM..

Nak tau hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta??


~1 box assorted praline chocolate (pelbagai bentuk & perisa)~


~2 box of oreo flower/ love~


~2 box of oreo edible image~

Haaa, menarikkan??Sapalah yang tak terliur bila tengok..huhu~

Jadi, untuk itu..saya nak tag :

.::WASSALAM::.

Saturday, March 26, 2011

Mari sokong Earth Hour~


.::SALAM::.

Bulan Mac bagi tahun nie sudah hampir berakhir dan hari nie pun dah masuk minggu terakhir bulan Mac iaitu 26 Mac..dan malam nie sebenarnya saya nak ajak anda semua bersama2 menyokong kempen kesedaran yang diusahakan oleh WWF (World Wildlife Fund) sejak sekian lamanya..tapi negara kita Malaysia sebenarnya hanya melibatkan diri dalam kempen nie bermula tahun 2009..kempen nie kiranya agak baru jugaklah di negara kita..seingat saya semasa tahun pertama ia dijalankan, saya berada di KHAR iaitu kolej kediaman saya di UPSI..saya dengan rakan serumah yang lain turut menyokong kempen nie, walaupun sebenarnya masa tu saya sendiri tak berapa nak jelas dengan kempen yang dijalankan masa tu..hehe...=D

Apa itu "Earth Hour?"..Earth Hour nie sebenarnya merupakan kempen untuk membanteras pemanasan iklim global..masa kempen nie berlangsung, misalnya malam nie..kita semua seboleh2nya diminta untuk memadamkan lampu bagi tempoh masa 60minit iaitu selama 1 jam..dan malam nie sesiapa yang menyokong kempen nie akan bergelap selama 1 jam bermula dari pukul 8.30PM sehingga 9.30PM..1 jam je, tak lama pun..tunjukkan usaha kita yang mampu dilakukan demi memastikan tanah air dan bumi yang tercinta terus kekal terpelihara..jadi sama2 lah kita menyokongnya kalau tak nak bumi kita nie malap dan bergelap untuk selama2nya..^__^

Tapi kena ingat, jangan hanya dilakukan setahun sekali je..time Earth Hour nie je la baru nak berjimat cket, padam lampu 1 jam..tapi untuk hari2 yang berikutnya tetap jugak membazir, biar je lampu terpasang sepanjang masa..emm, tak betul ye kalau kita punya sikap macam nie..tak ke mana la jawabnya kempen yang dijalankan tu..kena tunjukkan sokongan yang berterusan okep..SELAMAT BERGELAP MALAM nie ye..hihi~




.::WASSALAM::.

Friday, March 25, 2011

Biarkan gambar berbicara~


.::SALAM::.

Entry dah agak lapuk sebenarnya nie..hihi..tapi tak kesahlah, nak publish jugak..baru dua hari je kan, kira belum berapa nak lapuk lagilah..hehe..tak ada cite menarik mana pun, just nak berkongsi gambar2 masa pementasan drama dua hari lepas..sebenarnya pementasan drama nie diadakan pada sebelah petang dan malam..tapi untuk dua buah drama yang petang punya tu tak ada pulak gambar..emmm..

Okep lah..malas nak cecite panjang2, lagi pun tajuk enrty pun dah jelas2 mengatakan bahawasanya, biarlah gambar2 di bawah nie je nanti yang berbicara..tapi entry kali nie memang banyak amat gambar ye..sila jangan bosan dan fening2 lalat sebab nak kena scroll je kan...^__^


Babak pemula dalam drama "Di Hujung Taming Sari"..
Tarian Inang~


Babak silat antara Hang Tuah dan Hang Jebat..
Yang nie memang makan kaki betul ye..hehe..


Realkan nampak darah tu..
Tugas AJK Prop sume tu..=D


Yang nie tarian Portugis..Jingli Nona..


Antara barisan pelakon & AJK yang menjayakan drama nie..


Barisan pelakon lagi..=D


Bergambar kenangan selepas tamat pementasan...


Gambar bersama2 lecturer(tengah) yang mengajar subjek nie, Prof. Mana Sikana..
Juga merupakan penulis skrip..


Dan ini dia tonggak utama drama tersebut, Hang Jebat~
Memang ganas la muka selepas di make-up..hihi~


Nie pulak, Permaisuri Galoh Cendera Kirana..Cun habes!!


Haaa..nie pulak sebahagian drpd AJK Prop yg bertungkus lumus di belakang tabir..rilek2 je gelak2..hihi~


Orang tua nie pegang watak Sang Adi Putra..=))


Yang nie dgn Patih Karma Wijaya..=D


Senang hati semua..^__^


Bergambar bersama Hang Jebat..


Dengan Permaisuri pun nak jugak..hihi~


Keje banyak, tapi bergambar tetap wajib..heheee~


Satu kemestian~


Satu lagi..=D


Ini antara yang turut membantu walaupun bukan AJK Prop..
Terima kasih daun keladi..Eh!!takut pulak tgk muka Sang Adi Putra dalam gambar nie..=D


Saya dan Eniey..


dan pose sensorang wajib ada..hihihi~

Okep, itu sahaja..banyak kan gambar..ada lagi sebenarnya cuma malas nak upload je..internet terlampau laju macam siput..lagi pun, dah banyak sangat tempek gambar..bosan lak nanti kalau asyik nak kena scroll je kan..hehe..apa2 pun, untuk AJK2 saya, terima kasih saya ucapkan atas kerjasama yang diberikan..semoga 'A' akan menjadi milik mutlak kita bersama2..AMIN~

.::WASSALAM::.

Bila pensyarah terlampau cerewet~


.::SALAM::.

Tension tak kalu kita sebagai pelajar nie sentiasa didesak untuk memberikan yang terbaik??Eh!bukan saja terbaik ye, malah terlampau amat sangat baik sekali!!..tahu memang terdapat banyak kesalahan penggunaan hukum tatabahasa dan ejaan, tapi tak kesah la sebab ini belog saya & ia tak memerlukan situasi formal dgn bahasa2 yang formal & standard ok..kesah pulakkan!!..kadang2 dah cuba memberikan yang terbaik, tapi kalau dah itu je yang termampu nak buat macam mana lagi kan??susah nak dapatkan kesempurnaan dan untuk cari sesuatu kesalahan memanglah sangat mudah..

**Ekau nie merepek apa eda??**

http://www.emocutez.com


Okep..al-kisahnya macam nie..ada sorang lecture saya nie sangatlah peka dan terlampau cerewet dengan segala tugasan dan perlakuan pelajarnya..yupp!!lecture saya nie jugaklah yang pernah me'reject' assignment saya dan rakan2 yang lain..tapi memberikan peluang untuk membetulkannya kembali..yang nie memang bagus..saya tahu memang wajar tindakannya bila cuba membetulkan setiap kesalahan pelajar tapi kadang2 yang jadik tak wajarnya bila semuanya nak diugut dengan markah..salah cket nak tolak markah, salah banyak lagi la kan..terus tak ada markah agaknya..haihh!!kadang2 saya rasa tindakannya tak betul sama sekali..sampaikan pelajar yang keluar ke tandas pun nak ditolak markah..emm, fikirlahkan sama ada wajar atau tidak??

Saya dan rakan2 kadang2 tension sangat bila fikirkan sikap cerewet pensyarah kami yang satu nie..sampaikan kami yang nak bertanya soalan nie pun kena berfikir banyak kali sebab takut soalan yang kami tanya tu nanti bakal menjerat kami kembali..huhu..kang naya je kalau tak kena gayanya, TOLAK MARKAH la jawabnya..saya nie bukannya apa, cuma simpati dengan nasib rakan2 je..nasib diri sendiri pun ye jugak..tapi nak buat macam mana kan, dah dapat pensyarah yang serba tahu..redha jelah..T_______T

.::WASSALAM::.

Soooo Sleepy~


.::SALAM::.

Hari nie dah hari Jumaat kan??minggu ke-11 kuliah sudah hampir kepada penghujungnya..yeayy!!minggu depan dah masuk minggu ke-12..memang tersangat pantas masa tu berlalu..

Haihh!!tapi perlu jugak ingat yang final exam dah semakin hampir, study belum lagi..huhu..mood nak study memang non-ado lagi okep..sekarang nie bila dah masuk penghujung semester semuanya rasa macam malas..nak pergi kelas malas, nak bangun tido pagi2 lagilah malas..macam pagi nie la, kelas pukul 8 jadinya memang kena bangun agak awal la..tapi mata nie pun still lagi ngantuk..

Rasa macam nak tido balik je..malas nak pergi kelas..tapi apakan daya, perasaan takut mengatasi segala2nya..huhu..lecture saya untuk subjek pagi nie tegas cket..eh!bukan cket, tapi tegas banyak..emm, tak pe lah..sambung tido dalam kelas je lah nanti..itu lebih baik daripada tak hadir ke kelas langsung kan??hihihi~




.::WASSALAM::.

Thursday, March 24, 2011

Kehidupan telah kembali NORMAL~


.::SALAM::.

Fuhh!!Lega rasanya bila segala2nya telah selesai mengikut perancangan yang telah ditetapkan...Alhamdulillah..terasa bebas sedikit..huhu..pementasan 3 buah drama semalam telah selamat dijayakan..kesemuanya menarik dan terkandung mesej yang tersendiri..tapi, biasalah kalau dalam pengendalian sesuatu program, kita tak bolehlah nak mengharapkan segala2nya sempurna dari segala segi..mesti ada jugak cacat celanya sedikit..kita nie kan manusia biasa je..tidak sesempurna mana..semua orang sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik tapi bila Allah dah kata setakat itu sajalah yang mampu diberikan, maka sesungguhnya itulah pemberian terbaik kita kan..jadi, jangan pernah sesekali merasa kesal...=D

Apa2 pun, gembira sangat2 dapat melibatkan diri menjadi sebahagian daripada mereka2 yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sesebuah pementasan drama..walaupun penat sebab banyak benda yang perlu dilakukan (sampaikan terkadang saya rasa emosi saya nie mengalami naik & turun), tapi terasa semacam sangat berbaloi2 bila segala2nya telah tamat..Fuuhh!sungguh2 lega..lepas nie sudah boleh kembali kepada penghidupan separa normal sebagai seorang pelajar..hehe..hoyeayyyy!!+___+

Cukuplah dulu..nanti sambung cerita lagi berkenaan dengan drama tu ye..banyakkkk gambar belakang tabir yang diambil..nanti next entry, let's pics talk je lah ye..hihi~

.::WASSALAM::.

Wednesday, March 23, 2011

Macam2 Ada~


.::SALAM::.

Haishh!!

.

.

.


Mata masih belum dapat dilelapkan lagi..

.

.

.


Dalam dada nie, macam2 perasaan ada..


http://www.emocutez.com


http://www.emocutez.com


http://www.emocutez.com


Semuanya serba tak kena dan bercelaru...

.

.

.

Ya Allah, permudahkanlah segala2nya...AMIN~

http://www.emocutez.com

Cuba jugak untuk tido...
ZZZZZzzzz...+______+

.::WASSALAM::.