Followers

Tuesday, November 30, 2010

FiNaLLy~


.::SALAM::.

Fuhh, dah macam berhabuk je blog nie..hihi~

Malas nak m'update + tengah sibuk dengan exam..
**bukan sibuk dengan study pun ok..hehe..

Tapi bila tetiba je m'update blog nie, haruslah sebab ada sesuatu yg menggembirakan utk dikongsi..

Yesss, FINALLY...hari nie last paper sy untuk semester nie..tak sabar nak balik rumah..huhu~
**padahal x pegi jawab exam lagi..kikiki..exam petang pulak..haihhh..

Harap2 last paper nie sy dapat jawab dengan baik jugak macam paper2 yg sebelum nie..

Debaran nak jawab untuk 1st paper dengan last paper macam lebih kurang sama pulak..kenapa pulak harus macam tu ek??

Mudah2an Allah permudahkan segala2nya..

Tak sabar nak ucapkan "Selamat Tinggal Semester 5"..
**semester yg agak panjang & memenatkan..




.::WASSALAM::.

**haishh,tetiba pulak perut rasa x stabil hari nie..janganlah m'ganggu time nak exam nanti..hope dapat jawab dgn tenang je..=))

Monday, November 22, 2010

Yang TERBAIK buat kamu~


.::SALAM::.

Hari yg ditunggu2 tiba jugak..huhu..bangun pagi nie punyalah berdebar2 jantung nie..(^^,)
*sangat2 takut nak jawab exam petang nie..hihi~

Semalam lebih kurang pukul 11 malam, ayah bagi mesej nie..

"...Ayah tau kamu akan buat yang terbaik untuk ayah..Selamat Malam...''

Cukup ringkas mesej ayah..tapi...yup, begitu besar harapan dia supaya sy dapat buat yg terbaik untuk exam kali nie..

Dan melalui mesej tersebut, sy tau ayah cuba memberikan cabaran kepada sy..

Secara automatiknya, bila sy baca mesej ayah nie berulang kali, semangat sy terlalu kuat untuk lakukan yg terbaik buatnya..

Yup, bukan saja buat ayah..tapi buat mak, keluarga & sudah pastinya buat diri sendiri..

InsyaAllah, sy akan jawab exam kali nie sehabis baik..

Moga sy takkan menghampakan mereka kemudian hari..

Sebolehnya sy ingin menjadi anak yg mampu memberikan kebanggaan buat keluarga..

Kerana merekalah sy di sini, jadi sebolehnya sy akan memberikan yg terbaik untuk setiap harapan yg mereka sandarkan pada sy..insyaAllah...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

"...Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hamba-Mu ini akan menduduki peperiksaan yg bakal menentukan kejayaan..
Segala usaha yg aku lakukan adalah di bawah kuasa-Mu Ya Allah..
Berikanlah hidayah-Mu kepadaku, kuatkanlah ingatanku dan janganlah sekali2 Engkau lupakannya..
Lapangkanlah dadaku dan janganlah sekali2 Engkau sempitkannya..
Permudahkanlah segala urusanku dan janganlah sekali2 Engkau persulitkannya Ya Allah..

Ya Allah...
Hanya kepada-Mu aku memohon..
Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan kepadaku..
Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui segala niat dan hajatku..
Perkenankanlah permohonanku ini Ya Allah..
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN...

Semoga kejayaan milik kita bersama..

.::WASSALAM::.

Saturday, November 20, 2010

mulut berkata lain...tapi hati....

.::SALAM::.

Cuti2 Malaysia sudah abes okeh..

Sekarang nie dah kembali semula ke bumi Tanjung Malim..huhu..

Kembali dengan penuh ke'stress'an..=(

Padan la dengan muka tu, study kat umah main2 je..bila tiba hari nak balik, ilmu belum penuh di dada..huahuahua..

X mengapalah, hadapi dengan senyuman..(^^,)
*dalam hati Allah je yg tahu.."ya Allah, permudahkanlah segala2nya"..

Balik nie pun x sampai 2 minggu, just balik utk jawab exam semata2..lepas tu terus cuti sem selama 1 bulan..yeayyyy...

Ye2 je mulut cakap kat mak, "mak x payah la rindu2 tau sebab balik sekejap je nie"..hahaha...tapi...

Bila bangun tido petang tadi, haihhh nape la ada terasa kosong je nie???huhu..yupp, harus mengaku yg sy memang rindu kat mak..huhu..

Jiwa belum cukup kental untuk tinggalkan family tercinta nun jauh di Johor, patutnya perkara tu dah seharusnya jadik kebiasaan...huhu..

Apa2 pun, kena manfaatkan saki baki masa yg masih ada nie dgn sebaik2nya..lusa dah exam...aduiii..!!

Harus buat sehabis baik..!!

.::WASSALAM::.


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha 1431H~Tiada Kejayaan Tanpa Pengorbanan~


.::SALAM::.

Hari nie sume umat Islam di Mekah telah meraikan Aidiladha..Alhamdulillah~

Umat Islam merayakan Aidiladha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kemenangan yg bkn saja terdapat dlm ibadah Haji yg ditunaikan...

Tetapi...

Lebih dari itu, ia mempunyai hubungan yg rapat dgn suatu peristiwa yg berlaku pada tahun ke-9H...

Raya Aidiladha juga x dapat kita pisahkan daripada ibadah korban...

Ia bermula dgn pengorbanan Nabi Allah, Ibrahim a.s iaitu ketika baginda ingin meyembelih anaknya Nabi Ismail a.s ...

Ia merupakan pengorbanan teragung...

Walaupun Nabi Ibrahim a.s amat menyayangi anaknya, beliau dengan penuh kepatuhan terhadap suruhan Allah s.w.t bersedia melakukannya & Nabi Ismail sendiri dgn penuh kerelaan serta sabar menurut perintah Allah s.w.t...

Namun, perintah Allah s.w.t itu sebenarnya lebih kepada ujian iaitu Allah s.w.t mahu menguji ketakwaan Nabi Ibrahim terhadap suruhan-Nya...

Nabi Ismail telah ditebus dgn binatang peliharaan yg sebenar2nya...

Begitulah hakikat sebenarnya tentang pengorbanan...

Untuk berjaya juga, kita perlulah bersedia melakukan pelbagai pengorbanan sama ada dari segi wang, harta, tenaga & sebagainya...

Moga kita dapat mengambil hikmah & kepentingan pengorbanan dalam kita menghayati erti Aidiladha yg sebenar2nya...


~Salam Aidiladha 1431H~
Moga rahmat Allah s.w.t sentiasa bersama kita...AMIN~

.::WASSALAM::.

**Mampukah kita melakukan pengorbanan seikhlas hati seperti Nabi Ibrahim a.s..?fikir2kanlah...(◡‿◡✿)

Monday, November 15, 2010

masa sila berhenti dulu~


.::SALAM::.


kalau lah dapat diundur masa kan best..
x dapat undur pun dapat berhentikan pun okay la..(^^,)
terasa pantas sangat masa berlalu..=(

Stress ya amat nie..


Tak terasa pun rupa2nya dah 2 minggu lebih kat rumah..
Tapi study tak habis2..huhu~

Study sem nie rasa macam terkejar2 pulak..
Tak tau nak mula subjek mana dulu..
Last2 bercampur2 subjek yg sy study..

Boring baca buku Seni Mengarang, tukar baca buku Manuskrip..
Agak2 boring lagi, tukar pulak baca buku Komsas..
Last2, kalu boring jugak, tengok TV la jawabnya..haha~
Nak buat mcm mana, asal tengok buku je ngantuk..haihh..

Tapi sekarang nie dah x boleh main2..
Dah x ada masa lagi..
Kena jugak habiskan mana yg patut, kalau x nanti menangis x berlagu la..hihi~

Owhhh, tension nye la haiii...=(

Sy perlukan ~S.E.M.A.N.G.A.T~

.::WASSALAM::.

**saat aku jatuh, aku ingin sekali meminjam semangat darimu..


Sunday, November 14, 2010

menjauh hati~


.::SALAM::.



*Terima kasih atas rasa itu...

.::WASSALAM::.

Saturday, November 13, 2010

Hidup Cuma Sekali~


.::SALAM::.

Kita cuma diberi peluang hidup untuk sekali sahaja...

Manfaatkan la peluang kehidupan ini dengan perkara2 yg mampu memberikan faedah bukan sahaja kepada diri kita sendiri sebaliknya kepada insan2 yg berada di sekeliling kita juga...

Kadang kala, kita perlu sedar ada benda yg kita tidak boleh buat semua...

Tapi, bila tidak boleh buat semua, jangan pernah sesekali kita berhenti untuk mencuba & tidak buat langsung...

Hiduplah dengan sebaik2nya...

Selalu ingat yg kunci kepada setiap kejayaan ialah USAHA yg berterusan tanpa mengenal erti putus asa...



.::WASSALAM::.

Wednesday, November 3, 2010

sindrom EXAMINITIS~~


.::SALAM::.

Huhuhu..syurga abes dapat habiskan cuti study week+raya haji kat umah nie...

Eh, macam ye2 je kan nak abeskan study week kat umah..haha~

Persoalannya di sini, buku yg dibawa balik pun x disentuh2 sampai saat nie walhal dah hampir seminggu kot kat umah..macam mana tu??..huhu~

Sindrom EXAMINITIS tu macam dah datang tapi mood nak study nie nape la masih diawangan lagi..

Haishhh, macam x boleh jadi je kan..

Tersangat banyak "dugaan" bila study kat umah nie..huhu~

Buku ye2 je bersusun atas meja, tapi haram x sentuh..(^^,)




Apa2 pun hope dapat la study dgn baik & jayanya..

Kalu x baca sume pun, sentuh2 pun jadi la kan..haha~

Chaiyokkk eda~~

.::WASSALAM::.



Thursday, October 28, 2010

bantuan plisss..!!

.::SALAM::.

Kalu tengok jam sekarang nie hampir pukul dua setengah..

Dah lewat kot...

Tapi still x leh tido lagi..

Ada tanggungjawab len yang perlu dilangsaikan terlebih dulu..huhhh~
nak kena berjaga malam nie..


Bermula malam nie sy kena study add kursus yang akan diambil semester depan..

Tapi sangat2 tension okeh bila portal yang sepatutnya sy masuk utk daftar kursus x bleh masuk langsung..

"This webpage is not available"
ayat nie la yg selalu diulang2..huhh..tension je rasa..

takat nie je la kalu boleh masuk pun..sangat2 kesian bukan??..=(

Start daripada pukul 10 lebih kot sy cuba masuk portal nie, tp gagal, gagal & gagal lagi..

Mata dah ngantuk + tangan pun dah penat kot sebab x sudah2 duk m'refresh page tersebut..
sekarang nie pun sambil2 taip entry nie, sy duk m'refresh apa2 yg patut..huhu..

Rasa macam nak menyerah kalah pulak bila nak dekat 5 jam buat benda yg sama..

Tapi, paling tak tahan bila tengok gelagat kawan2 yg cuba untuk psiko kawan2 yg lain..hahaha~~

Siap ada yg cakap...

"Alhamdulillah, aku dah add sume, leh tido dgn aman"..

"Nasib baik aku dapat add sebelum system down"..

hahahaha...lawak la diorang sume nie..huhu..
hampir2 terpedaya...=))

Padahal hampeh je sistem nye sebab awal2 lagi memang x boleh masuk walaupun line internet sangat2 laju..

Haihh, mcm mana la nie, kalu x tunggu n terus je tido nanti esok problem pulak kalu sume group dah di add terutamanya untuk subjek minor..

Tapi nak berjaga pun mata mcm dah layu je nie..


Kepala pun dah ting tong je rasa..


Uwaaa, sape leh bantu..

Minum incek nes pun x jalan jgk nie..

Kot ade yang nak bg senaman supaya mata leh segar bugar kembali..hihii~

senaman gaya ninja turtle..huhuu~~

Sangat2 tak berdaya dah nie..mahu mengalah je..

Dah kali ke berapa refresh page yg same pun x tahu la..huhuuu~

Tension sungguh..!!!

Oklah, nak sambung refresh balik..=__=

.::WASSALAM::.

Wednesday, October 27, 2010

Moga semangat kamu kuat..!!


.::SALAM::.

Rasa pilu tiba2 pagi nie..tersentak dan terkedu seketika perasaan nie bila dimaklumkan bahawa ayah kepada salah seorang rakan sy telah kembali ke Rahmatullah malam tadi..

Innalillah hi wainnailaihirojiun~~

Yupp, sy turut merasai kesedihan itu apatah lagi bg mereka yg menanggungnya..

Orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya..
Ya Allah, moga mereka sume tabah...amin~

Perginya insan yang selama ini menjadi pelindung kepada ahli keluarga yg lain..

Perginya seorang ketua keluarga yang sangat2 dihormati oleh ahli keluarga yang lain..

Mahani...moga kamu sekeluarga kuat menerima ujian sebesar ini daripada-Nya..

Tabahkan hati & kuatkan semangat..

Dengan hujan yang turun renyai2 seakan2 turut menangisi pemergian seorang insan yang bergelar "suami, ayah, datuk"...

Moga tempatmu bersama para solihin..
Moga JANNAH yg abadi menjadi tempat persinggahanmu nanti...AMIN~~


Al-Fatihah buat Allahyarham..

.::WASSALAM::.

**saat nie, sy terasa ingin balik umah..nak peluk cium mak ayah..
terus je tepon mak tadi sbb sy tau kebelakangan nie sy jarang dpt b'ckp ngn mak ayah sebab bz..
kadang2 x ingat nak tepon langsung..tapi mereka selalu di hati & dlm ingatan..

Tuesday, October 26, 2010

busuk hati..!!


.::SALAM::.

.::Dengki::Iri Hati::Cemburu::Jeles::.

Perlu ke kita berperasaan sebegitu??
**kadang2 perlu, tapi x payah la sampai nak membuta tuli pulak dengki kat orang..
hishh,nie yg nak emo tetiba nie..huhu..sabar2..(^^,)



*gambar kat atas nie hanyalah hiasan semata2..
xda kena mengena dengan manusia pun..=)

Kadang2 kenapa kita nie perlu punya sifat busuk hati dgn kelebihan yg ada pada orang lain ye..
*kalu dah dengki tu sampai ke tahap nak m'jatuhkan semangat org lain, x ke namanye "busuk hati"??

Kalau setakat dengki+iri hati yang positif x mengapa nie sampai nak menjatuhkan orang lain..

Benci la orang yg perangai mcm nie..huhh~
*emo sekali lagi..

kalu rasa diri tu boleh wat yg lebih baik, buat je la..
Tak perlulah nak mengutuk orang x tentu pasal..

Tak tau pucuk pangkal tiba2 nak mengata itu & ini..
haihhh,sabarlah hati~~

Lagi parah kalu sesama bangsa pun nak dengki m'dengki..

Kalu x suka, just suarakan la rasa hati tu kat tempat yg sebetulnya..

Tak paham betul la mentaliti diorang nie...

Sekian~~

.::WASSALAM::.

**tadi terbaca kat 1 blog nie, suka suki je mengutuk rekod yg dicipta pasal bacaan puisi tempoh hari..huhh..manusia2..macam2 perangai..=______=

Monday, October 25, 2010

Tahniah Semua!!!


.::SALAM::.

Tetiba petang nie lepas balik kelas, mood nak m'update cite kat PNM datang..huhu~~

Maka, haruslah saat entry nie ditulis sy berada depan lappy..hihi~~

Yupp, Satu Malaysia Sejuta Puisi..sangat2 seronok bila dapat menyumbangkan tenaga utk sama2 menjayakan program sebesar ini..puas hati walaupun letih ya amat..

Pelbagai kenangan manis tercipta..yupp,sejuta kenangan manis juga sebenarnya..
*walaupun ada jgk yg x berapa nak manis..anggap je la masam2 manis..heheee~~

Suka tengok kawan2 yg eksaited hari nie sebab muka keluar paper..haha~~

Masing2 nak beli paper sebab nak framekan kat rumah..
*betul x cik ekien??..kikikiki~~

Sy pasti sume orang terutamanya AJK2 penat sebab ada yg x cukup tido & paling kesian ada yg x tido langsung..

Sangat2 komited okeh dgn tugas masing2..maka berbaloi2lah bila muka tu dapat keluar paperkan..hehee~~

Tahniah semua...!!!

Berjaya juga kita menamatkan program nie walaupun macam2 perkara yg x diingini berlaku terutamanya masa petang sabtu tu kan..tiba2 hujan+angin kuat sampai nak roboh pentas tempat baca puisi tapi kita still dapat meneruskan bacaan kita tanpa henti kan..

Kita semua memang TERBAIKLAH!!!...(^^,)

Jadinya sekarang, malaslah kan nak cite banyak2..lets pic talk okessss..heheee~

Barisan AJK Makanan..Fawiz teruja jd AJK Makanan sbb dpt mkn dulu & dia sorg je kumbang okeh..hehee~


kami yg menurut perintah..hihi~


penjaga makanan yg setia..kuikuikui..berpuisi sambil menjaga makanan..=p

Antara pembaca2 puisi yg terlibat..

.
.
.




Budak sekolah pun dtg jugak baca puisi..sporting abes..=))


Antara VVIP yg hadir...


paling ditunggu2...akhirnya..
Tahniah semua!!


x sudi nak pandang kamera sebab masa nie mata sangat santekss..huhu~~


tepon YB ke apa??
hihi~~

Penat tapi sgt2 enjoy..huhu~~

.::WASSALAM::.

*x paham bila ada yg nak marah2+tarik muka bagai sebab penat..sume orang penat kot..hisshh..
betullah org kata, perangai sebenar seseorang tu hanya akan terlihat pada waktu2 dia sgt letih+tertekan+penat..ada benarnya...renung2lah...=)

Fight 4 Monday Bluesss!!!


.::SALAM::.

Alhamdulillah, masih bernafas lagi di bumi-Mu Tuhan..syukur ya Allah..

Tapi, mcm biasa la...asal masuk je hari isnin mesti mood malas tu secara automatiknya datang..

Haihhh, x suka betul sebab sume keje nanti terasa malas nak dbuat & rasa nak bersenang2 je atas katil tu..hihi~~

Kalu xda kelas lagi la best..penat pergi program hari jumaat lepas sampai semalam x abes lagi...

Terasa penyakit 'M' sekarang nie menjadi2 pulak..huhu...

Yupp, M.A.L.A.S~~

Sangat2 pasti yg ramai orang kat luar sana pun akan rasa malas,bosan, & x best bila tiba je hari isnin...

Monday Bluessss orang kata..huhu~~



Kesian hari isnin, 'dia' sungguh x bersalah okesss..hihi~~

Makanya, kita2 nie x boleh layan sangat the-most-hate-monday-blues nie, sebab kalu dilayan nanti sume keje x jalan okeh...

Nanti banyak pulak kerja yg pending..huhu~~

Apa2 pun, just hadapi isnin nie dengan senyuman je..heheee~


Hidup perlu diteruskan...=p

.::WASSALAM::.

*Ingat nak update cite pasal kat PNM, tapi nanti2 la dulu...monday blues kan, haruslah malas..hihi..
tapi sgt2 suka minggu nie sebab dah minggu terakhir kuliah...yeayyy!!
bertambah2 bestnya sebab hujung minggu nie dapat layan final Piala Malaysia kat umah..=p


Friday, October 22, 2010

Moga mendapat berkat drpd Allah~


.::SALAM::.

Bermula hari nie, 22 Oktober 2010 sehingga 24 Oktober 2010 sy akan berkampung di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)...

Moga program "1 Malaysia, Sejuta Puisi" yg bakal berlangsung lewat mlm nanti akan mendapat keberkatan Allah S.W.T...


AMIN~~

**sape2 yg duduk area2 KL tu jemputlah bertandang ke PNM ye..boleh sama2 memeriahkan program tersebut nanti..

.::WASSALAM::.