Followers

Sunday, May 30, 2010

MEMENDAM RASA @ B'CERITA PERKARA YG SEBENAR...

SALAM...

Huhhhh, sgt sukar bila berada dlm situasi yg keliru ataupun dilema nie..Yupp, tolonglah bantu sy yg berada dlm situasi dilema utk memilih pasangan hidup..hahaha..jgn caye, tipu2..tak de kena mengena langsung..hehe..bukan mcm tu ye..Emm, mcm mana nak ckp ek?? Haihhhh, cakap pun payah, tua dah pun, bknnya baby yg baru nak belajar ckp..huhuhu...

Sangat rumit bila berada dlm situasi sama ada nak m'ceritakan @ menerangkan hal yg sebenar ataupun tdk tentang sesuatu perkara yg kita tak suka seseorg tu lakukan pd kita (misalnya mcm, kenapa kita terasa dgn seseorg tu & kecik ati dgn dia)..Emm, kalu bagi tahu nanti takut lagi merumitkan keadaan..Ye la, kadang2 tak mudah utk seseorg tu terima kesalahan diri sendiri bukan..gi mana nie??bisa bantu nggak??..hahaha, pengaruh cite indon sume nie..hehe..Tapi kalu tak cite perkara sebenar rasa mcm ada something je yg tak lepas, menyeksa hati sendiri la pulak..huhhhh...

Tapi, tak mengapalah, drpd mengeruhkan lagi keadaan baik pendam je rasa hati nie..mengalah je la, takkan rugi apa2 pun (walaupun hati nie susah nak terima)..buat mcm ok je la (walaupun jauh drpd ok)..belajarlah memujuk hati sendiri & menerima kelemahan org lain (walaupun p'hujungnya diri sendiri yg sakit)..belajar juga utk sentiasa memaafkan kesalahan org lain ..biarlah mkn hati b'ulam jantung, jgn tak makan langsung..hahaha..hope sumenya akan ok je..AMINNN..SALAM..(^_^)


P/S: HIDUPLAH SEBAIK2NYA..
LAKUKANLAH APA2 PUN PERKARA YG ANDA SUKA SELAGI PERKARA YG ANDA LAKUKAN TU TERASA BETUL PADA PANDANGAN MATA ANDA..

Friday, May 28, 2010

SABARLAH HATI...

SALAM...

EMM, TIBA2 RASA TAK SEDAP HATI...

.::SEDIH::.

.
.
.

.::KECEWA::.

.
.
.

.::TERKILAN::.

.
.
.

.::TERTELAN::.
eh..bukan2..:p

ADOiii..MACAM2 RASA YG B'CAMPUR...
dah macam ABC..huhu...

OH, KENAPA YE???

AKU SENDIRI PUN TAK TAHU...

TAPI MENGAPA PERLU GEMBIRA YE DISAAT HATI RASA SEDIH...

HUHUHU..SUKARNYE M'PAMERKAN RASA HATI YG SEBENAR..


SABARLAH HATI~~

**RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YG TAHU...

Wednesday, May 26, 2010

KELEMAHAN DIRI SBG SATU KELEBIHAN...

SALAM...

Pernahkah anda menilai & mengenal pasti kelebihan & kekurangan diri sendiri @ dlm erti kata lainnya b'muhasabah diri?? Emm, sudah pastilah setiap drpd kita nie m'punyai kelebihan tersendiri..bukankah setiap manusia telah diciptakan oleh ALLAH SWT sbg makhluk yg paling sempurna di atas muka bumi-Nya nie? Namun, walau sesempurna mana sekalipun makhluk ALLAH SWT yg b'gelar manusia nie diciptakan, masih ada jg kelemahan & kekurangan yg perlu diisi & diperbaiki...

Kelemahan & kekurangan yg wujud nie sama sekali tiada kaitannya dgn Maha Pencipta (ALLAH) kerana Dia telah menciptakan manusia itu sebaik2nya, sebaliknya sikap manusia itu sendiri yg adakalanya tidak pernah mahu mensyukuri nikmat yg telah diberi & inilah kelemahan ketara dlm diri seseorg itu..

Kita seringkali ingin menonjolkan kelebihan yg dimiliki oleh diri masing2 & akan cuba menutup setiap kelemahan & kekurangan yg dimiliki.. Emm,sudah semestinya la kan, sebab tiada manusia di dunia nie yg ingin org di sekelilingnya memandang rendah akan kelemahan yg mereka miliki..Tapi sebaliknya kelemahan yg kita miliki sebenarnya boleh m'jadi satu kelebihan sekiranya kita punya usaha utk cuba m'perbaikinya & mereka yg tahu kelemahan diri sendiri tapi cuba utk menutup & melindunginya sebenarnya merupakan seorang yg penakut..takut utk b'hadapan dgn kenyataan tentang kelemahan yg dimiliki..jadi, nilailah diri masing2 okay...(^_^)

Tuesday, May 25, 2010

TAHAP KITA DI MANA???

Sebagai seorang pelajar, pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar2nya kita belajar dan mendapatkan ilmu?? Emm, ade yg belajar utk mendapatkan pekerjaan yg lebih terjamin buat masa depannya tanpa dapat berfikir ilmu yg dipelajari tersebut dpt dikongsi & dimanfaatkan utk kebaikan org lain juga.

Rasulullah telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan mengibaratkan mereka kepada tiga jenis tanah:

Pertama, tanah gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akan menyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenis tanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan. Keadaan ini seumpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untuk dirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkan generasi yang berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.

Kedua, tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi air itu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan. Keadaan ini pula seumpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu itu untuk diri sendiri dan tidak dapat memberi menfaat kepada orang lain.

Ketiga, tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapat menerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akan diserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang. Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itu jadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan menfaat kepada dirinya apatah lagi kepada orang lain.Di manakah tahap kita??

P/S : Alim tidak ditentukan oleh degree, kebenaran tidak ditentukan oleh jawatan rasmi, kaya tidak semestinya dgn harta dan miskin tidak semestinya tidak b’punya, ilmu adalah segala2nya jika kita m’amalkannya...RENUNG2KAN & SELAMAT BERAMAL…hehe..:p

WASSALAM...

Sunday, May 23, 2010

WANITA..HIDUPLAH SEPERTI POHON SEMALU...

SALAM...


SEKADAR RENUNGAN DAN INGATAN BUAT DIRI SENDIRI & MEREKA YG TAHU MENILAI SERTA BERFIKIR...

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan menguncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorangwanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat danmencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senjamenjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabilawaktu semakin senja.

SEBAGAI WANITA YANG HIDUP PADA ZAMAN KINI (SERBA CANGGIH & MODEN), MOGA KITA SUME DPT M’AMBIL PENGAJARAN DRPD POHON SEMALU YG KECIL NAMUN DAPAT MELINDUNGI DIRINYA SENDIRI DRPD MUSUH @ PERKARA YG TIDAK DIINGINI...

WASSALAM...

Saturday, May 22, 2010

PERLUKAH GEMBIRA MELIHAT PENDERITAAN ORG LAIN??

SALAM...

Tragis sungguh ye tajuk entry kat atas tu..hehe..emm, kenapa ye ada sesetengah org akan rasa gembira melihat penderitaan org lain apatah lagi org yg menderita @ punya masalah tu org yg mereka x suka @ lebih tepat lagi musuh mereka...ishh, x patut bukan b’gembira atas penderitaan org lain...apatah lagi kawan yg kita percaya & kita anggap baik pun boleh b’perasaan mcm tu bila tahu kelemahan kita..sedih kan...:(

Oppsss, tajuk entry kat atas tu x ada kena mengena pun dgn sy, cuma rasa t’panggil utk menaip entry sebegini b’dasarkan pengalaman org lain (kaunselor x b’tauliah..hehe)... org2 sekeliling sy sumenya baik2 ok...emm, x sepatutnya kita b’perasaan mcm tu kan...kita xkan tahu bila pulak hari kita b’depan dgn mcm2 dugaan @ ujian & masa tu kita jg memerlukan org yg kita percaya utk dgr apa saja masalah kita & kita harapkan simpati mereka & mereka mampu b’kongsi rasa sedih yg sama jd sepatutnya kita juga boleh b’sikap begitu bila ada individu yg percaya pada kita ingin b’kongsi rasa & masalah mereka dgn kita...sebaik2nya, b’kongsilah rasa sedih & kecewa kita dgn ALLAH kerana ALLAH itu Maha M’dgr...

Jd perlulah kita ingat yg kehidupan kita kat dunia nie xkan kekal lama sebab kita xkan tahu bila umur kita yg ALLAH pinjamkan nie akan diambil semula, jd janganlah sesekali m’cipta musuh @ b’sikap pentingkan diri sendiri...sentiasalah muhasabah diri ok sebab setiap drpd kita xkan t’lepas drpd melakukan kesilapan & kesalahan kerana adakalanya kesalahan itu m’buatkan seseorg itu m’baiki dirinya sebaliknya tidak pernah melakukan kesalahan adakalanya boleh m’dtgkan ’sombong diri’..wallahu’alam..

WASSALAM...

HAKIKAT KEHIDUPAN~~

HIDUP KITA CUMA DALAM TIGA HARI :
1. Semalam – sudah menjadi sejarah
2. Hari ini – Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok – Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua kerana kita tidak mungkin dapat mengetahui apa yg akan terjadi pada hari2 yg berikutnya.

HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS :
1. Nafas turun
2. Nafas naik

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dlm menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana itu mungkin nafas yg terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh utk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah SWT
2. Hidup dalam kemurkaan Allah SWT

Untuk hidup dalam keredhaan Allah SWT, kita perlulah menuruti segala perintah-Nya dan setiap larangan yg telah diketahui hendaklah kita jauhi. Semoga kita jauh drpd murka-Nya.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DI DUA TEMPAT :
1. Kekal di dalam SYURGA
2. Kekal di dalam NERAKA

Pilihan hidup sama ada di SYURGA mahupun di NERAKA terletak pada tangan kita sendiri. Kita yg menentukan pilihan tersebut. Kadang2 kita melakukan dosa demi dosa, sementara kita berharap utk tinggal di SYURGA-NYA padahal kita tahu bahawa Adam & Hawa kedua2nya keluar drpd SYURGA-NYA hanya kerana SATU dosa.

P/S : HIDUPLAH SEBAIK2NYA KERANA MASA YG PERGI TAK AKAN KEMBALI, UMUR SEMALAM TAK AKAN DILALUI LAGI...MAKA JADIKANLAH HARI INI LEBIH BAIK DRPD SEMALAM & ESOK LEBIH BAIK DRPD HARI INI...WALLAHU’ALAM..

Wednesday, May 19, 2010

ADA APA PADA UMUR??


MyEm0.Com



SALAM…

Emmm,UMUR?? Hanya sekadar angka bukan??..tapi bagi sesetengah org, isu umur nie amat sensitif (apatah lagi bagi mereka yg dah b’umur..huhuh)..kadang2 kita akan panggil org yg lebih tua drpd kita (walaupun jarak umur kita dgn mereka sekadar 2 @ 3 tahun saja) dgn panggilan akak, abg & sebagainya kerana kita m’hormati mereka, tapi peliknya sbb ada org yg x suka kalu kita panggil mereka dgn panggilan begitu...nape ye?? Rasa tua sgt ke??

Emm, ikut suka la kan..kadang2 kita panggil dgn panggilan yg mcm tu sbb kita rasa itu yg betul tapi kalu dah rasa xsuka t’pulanglah, tegurlah mana yg patut & panggilan yg sepatutnya…tapi kalu suruh panggil dgn panggilan nama je rasa lagi xpatut pulak, x t’gamak nak panggil..huhu..apa2 je la kan..ragam manusia nie kan mcm2, sbb tu la ada peparah mengatakan “Byk udang byk garam, Byk org byk ragam”..

Apa yg penting manfaatkan la usia kita dgn perkara2 yg boleh m’dtgkan faedah kpd kita & juga org lain…emm, kalu usia panjang tapi x ada “pengisian” yg sepatutnya pun xda guna jgkkan..renung2kan & selamat b’amal ye (p’ingatan utk diri sendiri jgk sbnrnya..hehe)

WASSALAM…


P/S:Lama sungguh x m'update blog..huhu..ada la 2minggu..rindu bangat sama kamuuuu...:p

Thursday, May 6, 2010

B'BLOG dari CC~~

MyEm0.Com

wink2~~
...hehehe...

Adoii, terasa lame je x update blog nie ye..huhuh..almaklumla, kat umah xda wifi upsi-jaring..kuikuikui..nak kene tunggu pegi CC dulu la nampaknya..emm, sudah 3ari kat umah n seronok sgt sebab dapat makan best2..huhu..kira syurga la kalu dapat b'lama2 kat umah nie..(~_-)^

Ape aktiviti utk cuti 2bulan nie??emm, nak amek lesen kereta la..sabtu nie start dah, pegi dgr ceramah KPP..letih la nak tadah telinga jd p'dengar nie..heheh..xpe2, hope leh la abeskan sume nya pasal lesen nie dlm masa 2bulan..itu pun kalu lulus sumenye la..huhhhh..emm, cukupla dulu, bosan jgk lama2 kat CC nie..len kali la pulak ye cite, byk sbnrnya yg nak dcite kan tapi nanti la dulu, kepala blurrr tiba2 xtau nak tulis ape..tunggu entry baru k..SALAM n Daaaa...:p


MyEm0.Com

Sunday, May 2, 2010

YEA...YEA...BALIK KAMPUNG!!!


Haihh, x sabar rasanya mau tunggu esok sbb nak jawab last paper esok, paper wacana..eh2, betul ke nie x sabar nak jawab last paper esok..hahaha..sebenarnya x sabar nak balik umah..HORAYYY!!


MyEm0.Com

~~Yea...Yea~~

Esok nak tepon mak nak mintak mak masak nasi kerabu..nyum2..hehe..Emm. .utk kawan2 sume t'utamanya ekin, dayah n tikah hepi holiday k!!..(~_~)^




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

**p/s: La a.k.a Nor Ziela, ko musti jeles kan3??hahah..sori la ye aku balik dulu..heheh..bubye!!
**jumpa nanti 8hb..rindu sama kamooo!!!