Followers

Saturday, May 22, 2010

HAKIKAT KEHIDUPAN~~

HIDUP KITA CUMA DALAM TIGA HARI :
1. Semalam – sudah menjadi sejarah
2. Hari ini – Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok – Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua kerana kita tidak mungkin dapat mengetahui apa yg akan terjadi pada hari2 yg berikutnya.

HIDUP KITA CUMA DALAM DUA NAFAS :
1. Nafas turun
2. Nafas naik

Hargailah nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dlm menggunakannya. Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana itu mungkin nafas yg terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh utk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA DUA PILIHAN :
1. Hidup dalam keredhaan Allah SWT
2. Hidup dalam kemurkaan Allah SWT

Untuk hidup dalam keredhaan Allah SWT, kita perlulah menuruti segala perintah-Nya dan setiap larangan yg telah diketahui hendaklah kita jauhi. Semoga kita jauh drpd murka-Nya.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA DI DUA TEMPAT :
1. Kekal di dalam SYURGA
2. Kekal di dalam NERAKA

Pilihan hidup sama ada di SYURGA mahupun di NERAKA terletak pada tangan kita sendiri. Kita yg menentukan pilihan tersebut. Kadang2 kita melakukan dosa demi dosa, sementara kita berharap utk tinggal di SYURGA-NYA padahal kita tahu bahawa Adam & Hawa kedua2nya keluar drpd SYURGA-NYA hanya kerana SATU dosa.

P/S : HIDUPLAH SEBAIK2NYA KERANA MASA YG PERGI TAK AKAN KEMBALI, UMUR SEMALAM TAK AKAN DILALUI LAGI...MAKA JADIKANLAH HARI INI LEBIH BAIK DRPD SEMALAM & ESOK LEBIH BAIK DRPD HARI INI...WALLAHU’ALAM..

2 comments:

Mama Farra dan Faris said...

uihh...insap..insap..

best tulisan ni..

~LaDaYaNa~ said...

mama farra n faris: thanks akak..sy pun insap gak..hakhakhak...:p