Followers

Wednesday, April 27, 2011

Menghilang Sebentar~


.::SALAM::.

Menghilang??Yupp!nak menghilang sebentar daripada meng'update' belog kesayangan selepas nie..huhu..Al-maklum-lah, baru je lepas abes menjawab paper yang terakhir pagi tadi..means lepas nie akan pulang ke rumah untuk bercuti..tapi cuti sekejap je lebih kurang seminggu sebab lepas tu saya akan berpraktikum di Port Dickson..jadinya, bila dah pulang ke rumah nie kena faham2 la..kat rumah tak ada kemudahan internet..huhu..kalau nak ke CC macam agak malas lah pulak..terpaksalah membiarkan incek belog dipenuhi sesawang ye..hihi~

Kalau nak upah maid nanti mahal pulak kan..huhu..jadinya, terpaksalah biarkan je belog nie tak terjaga..emm, tapi andai kata rajin nak ke CC & ada sesuatu yang ingin dikongsikan, insyaAllah..belog nie tetap akan di'update'..susah jugak tak ada kemudahan internet nie kan, lepas nie dah tak boleh nak blogwalking kat belog2 feberet saya..emm, jangan lepas nie terasa malas terus nak meng'update' belog sudah..heheeee..sampai ketemu lagi ye incek belog!!!..^_____^

http://www.emocutez.com

.::WASSALAM::.

Tempat jatuh lagikan dikenang~


.::SALAM::.

Lompat2 gumbira..huhu..ehh!!tak boleh hepi2 sangat, esok masih ada paper yang menanti..hehe..hepi sebab esok dapat pulang ke my home sweet home..gembira jugak sebab esok dah paper terakhir untuk semester nie, merdeka yeayyy!!merdeka sekejap je tu..emm, ketar lutut la pulak bila memikirkan bulan 5 nie bakal melaksanakan praktikum di sekolah..harus banyak cabaran yang menanti..semangat memang nak kena kuatlah..harap dapat hadapi karenah para pelajar yang pelbagai ragam dan mungkin juga karenah pentadbiran sekolah (harap2 sekolahnya ok je)..

Emm, dalam pada duk bergumbira nie, terasa agak sedih jugaklah hati nie..huhu..sedih bila pk kan yang saya akan berpisah dengan kawan2 dalam tempoh masa yang agak lama jugaklah, terutamanya nak berpisah dengan kawan baik..*sob sob*..kawan yang selalu ke hulu dan ke hilir bersama2..ke kelas sama2..ke mana2 sajalah..tak pe lah kan, orang kata setiap perpisahan itu akan menghadirkan sebuah rasa rindu yang ikhlas datang dari hati..moga kita akan sentiasa mengingati antara satu sama lain..T_____T



~Noor Hidayah~
sangat baik hati..=)


~Norul Atikah~
Penglipur lara nie, suke wat org sekeliling dia ketawa..=D


~Noraida~
Sohpannnn dan lemah lembut..huhu..


~Maslizaini~
Feeling ala2 permaisuri pulak..hihi~


~Nurasikin~
Haaa, yang nie bakal housemate & roomate dekat PD nnti..
Kita je tak berpisah kannn??^__^

Apa2 pun, semoga kita semua akan berjaya dunia & akhirat..
Sentiasa doakan kejayaan bersama..

.::WASSALAM::.

Tuesday, April 26, 2011

Kembali melihat ke dalam diri~


.::SALAM::.


http://www.emocutez.com

Dalam kita melangkah...



http://www.emocutez.com

Terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terjatuh sakit pedihnya terasa...



http://www.emocutez.com

Namun ketahuilah dan renunglah kembali ke dalam diri...



http://www.emocutez.com

Kerana air mata tika itu mungkin hadir kerana DIA ingin kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 kita yang pernah tersasar daripada landasan kehidupan...



http://www.emocutez.com

Semoga kita tabah dan sentiasa dititip IMAN~
~A.M.I.N~

.::WASSALAM::.






Wednesday, April 20, 2011

Iyeeeelah Mak~


.::SALAM::.

Dalam pukul 8 lebih tadi mak saya tepon..eh!belum sempat saya tepon, mak dah tepon dulu..huhu..ingatnya nak tepon lewat sikit tadi, dalam pukul 10 macam tu nak ingatkan mak supaya doakan saya untuk paper esok..tapi mak saya ingat jadual exam saya, sebab tu lah dia yang tepon saya dulu..jimat kredit ye di situ..hihi..sebelum mintak doa & restu untuk paper esok sempat dulu saya tanya dekat mak pasal bola semalam sape yang menang..erk?macam tak ada kena mengena pulakkan boleh tanya pasal bola dekat mak..haaa, tak payah peliklah..mak saya memang peminat bola jugak okeh..huhu..tapi mak tak jawab terus pertanyaan saya tu, dia cakap tak payah pk pasal lain, pasal bola ke apa ke..esok tu jawab elok2, tak ada soalan pasal bola..ambikkk ko!!haha..emm, iyeee la mak..tu je yang mampu saya jawab..huhu..haihhh!!cepatlah masa berlalu..rindu mak ayah, rindu rumah, rindu semuanya lah!!=(

.::WASSALAM::.

My Luvly Twin_Sy rindu kamu!!!


.::SALAM::.

Emm, tak tahulah kenapa dari semalam lagi hati dan fikiran nie asyik teringat2 kat my twin nun jauh di Johor sana tu..SERIUS!!Rindu giler kat dia..dalam dua, tiga hari jugaklah tak dengan suara dia sebab dia cakap lately dia busy sangat dengan keje..asyik2 OT je memanjang..lepas tu bila balik keje penat, terus tido & esok harinya bangun seperti biasa pergi keje..sekarang hari sabtu pun dia kena keje..pendek kata, keje, keje dan keje..T____T

Tak apalah, tak lama dah nak balik rumah..minggu depan dah boleh berjimba2 sekejap kat rumah dengan dia..tu pun kalau hari minggu dia balik rumah sebabnya sekarang nie cuti dia just hari ahad je..huhu..hope dapatlah dia balik, sekejap pun jadilah sebelum saya pergi praktikum dekat Negeri Sembilan nanti..Haishh!Kecut perut lah pulak bila fikirkan pasal praktikum nie..huhu..takut weh kena buli dengan anak murid..Emm, apa2 pun kena kuat semangat lah nanti..tapi, dalam pada kecut perut tu, saya tetap rasa tak sabar berpraktikum..nak tengok gelagat pelajar2 yang pelbagai jenis & masa praktikum nie nantilah saya boleh tengok diri saya sendiri sama ada mampu atau tidak menjadi guru yang hebat dan terbaik kepada bakal pelajar2 saya nanti..hope sooooo..insyaAllah..eh!dah terlari tajuk pulak..huhu..(^^,)



Rindu nak borak2 together2..huhu..=(

.::WASSALAM::.

Monday, April 18, 2011

Bukan mudah sebenarnya~


.::SALAM::.

*Mintak sori dulu kalu entry nie berbau agak jiwang yep*

Tengah break jap daripada study nie sebenarnya..study sekejap je tapi break tak nak lama pulak kan..haha..virus malas sedang menguasai diri, nak buat macam mana kan..hihi..haihh!rindu gilesss kat si dia..nasib normal lagi je time nie..hahatapi harus sabar dan sabar la..orang kata, bukan mudah sebenarnya bercintan-cintun jarak jauh nie atau omputih kata "long distance"..hehe..kalau tak sabar, memang takkan ke mana la hubungan yang dibina bertahun2 nie kan..+___+

Bila masing2 jauh nie, apa yang penting dan harus ada ialah sikap saling percaya..kalau tak ada kepercayaan nie, haishh..masing2 kena say gudbye je la agaknya..huhu..kepercayaan nie penting sebab ia merupakan kunci atau asas untuk mengekalkan sesuatu hubungan..tapi, pada saya percaya tu pun kenalah berpada2, dan kena ada jugak SEDIKIT rasa curiga kadang2 tu..sebabnya kalau tiba2 kita dikhianati, tak ada lah kita rasa frust menonggeng kan..haha..tapi, apa2 pun saya selalu berharap supaya hubungan nie terus dipelihara oleh-Nya dan menemui penghujung yang pasti..AMIN~

Bukan mudah nak mengekalkan hubungan yang terjalin untuk tempoh masa yang lama nie..yup!sedar tak sedar hampir 6 tahun lebih dah..rasa agak berbaloi2 jugaklah bercintan-cintun-zaman-sekolah nie walaupun mula2 rasa macam ntah hape-hape..hehe..dan tak semua cintan-cintun zaman sekolah tu cinta monyet yep..kalau kita sama2 pandai menjaga hubungan tu, insyaAllah akan selalu dipelihara oleh DIA..emm, tapi bohonglah kan kalau saya cakap sepanjang tempoh masa tu tak pernah langsung gaduh2..haihh!mesti ada punya lah..dan pada saya tak best la pulak kalau asyik2 hepi je kan, tak challenging la pulak nanti..biar ada sedikit drama dalam hubungan tu, barulah penuh warna-warni kan..hehe..dan apa2 pun, harus eh wajib percaya pada jodoh yang ditentukan oleh Allah..kalau cintan-cintun 8 atau 10 tahun sekalipun andai kata Allah dah tentukan jodoh kita bukan dengan dia, maka takkan jadik jugak kan..doa tu penting supaya hubungan sentiasa di rahmati..^__^

Sedar-tak-sedar, hari nie dah genap 3 bulan dia berjuang dengan lifenya yang baru..walaupun kadang2 dia mengadu cakap penat dan bosan, tapi saya tahu dia kuat semangat..emm, cumanya sekarang nie saya terlalu risau dengan tahap kesihatan dia..walaupun berpuluh kali dia cakap ok dan tak ada apa2, tapi saya still rasa risau jugak..tambah2 pulak dengan tahap keselamatan kat sana yang tak berapa nak meyakinkan saya, macam2 fikiran negatif timbul dalam kepala nie..tapi, harus positive thinking..moga dia selalu dilindungi oleh-Nya..



Selalu percaya pd ketulusan AISHITERU~

.::WASSALAM::.

Saturday, April 16, 2011

Permulaan yang baik~


.::SALAM::.

Final exam untuk paper pertama iaitu semantik dah bermula seawal jam 9 pagi tadi..huhu..dan pada saat entry nie ditaip, saya rasa dah macam separuh merdeka walaupun sebenarnya ada empat lagi paper yang bakal menanti..ahaha..ala2 pra merdeka la sebabnya paper nie saya paling takut+kecut perut nak menjawabnya..tapi, bila tadi jawab..Alhamdulillah..saya rasa saya dah jawab yang terbaik..apa yang saya baca, itulah yang masuk dan sekarang terpulanglah pada lecturer nak bagi A atau A dan A jugak..huhu~

Harapnya, semua nie akan menjadi satu titik permulaan yang baik untuk paper2 yang seterusnya..mudah2an dapat jawab sebaik hari ini..agak senang hatilah hari nie..lepas balik exam pagi tadi terus qada' tido..hehe..tambah2 makan ubat batuk pulak tu, memang terus fengsaaan la kan..hehe..bangun pun mamai2 je lepas tu..now nak kosongkan balik kepala nie betul2 dulu lepas tu baru sambung study lagi untuk paper2 yang seterusnya..nak refreshkan kepala nie dulu sebab paper yang akan datang nie 21hb, kira ada masa lagi la nak bersenang-lenang jap..layan Maharaja Lawak dulu..^__^

.::WASSALAM::.

Thursday, April 14, 2011

Demam Exam~


.::SALAM::.

Ahh!Exam ke tak exam ke & demam ke tak demam ke, tak kiralah..nak update jugak belog kesayangan nie..huhu..tinggal esok lusa je nie nak exam..tiba2 pulak bangun pagi tadi rasa macam tak sedap badan..seram sejuk je rasa..tekak perit sangat sebab batuk..dan hidung pulak, faham2 je la kan..Haishh!Semua nie menunjukkan simptom2 nak demam..aiyooo!!Janganlah demam teruk2 sebab comfirmlah tak selesa nanti nak menjawab exam..emm, nasib baiklah dah habis study..cuma nak kena ulang2 baca jugaklah, kang nanti hilang pulak kalau nak tunggu hari exam..emm, demam exam la nie agaknya..hope, akan ok2 je nanti..plan nak makan ubat malam nie & lepas tu tido je..hope tak terbabaslah nak bangun esok pagi..kena hadiri seminar lah pulak..kena datang sebab ada markah..^__^



Ehh!!gaya gambar macam demam cinta je..kuikuikui~
Sekadar hiasan semata2..=D

.::WASSALAM::.

Tuesday, April 12, 2011

Sentiasa percaya dengan HIKMAH yg dijanjikan Allah~


.::SALAM::.

Singgah sekejap jenguk2 blog kesayangan nie walaupun sedang m'busy'kan diri untuk study dan study..tapi, tak adalah study mana pun sebab saya nie bukan jenis atau kategori orang yang boleh tumpukan perhatian 100% dengan apa yang saya baca..banyak jugak main2nya time study nie..kejap2 kang jalan2 kat ruang tamu..kejap2 kang sembang2 dengan roomate..emm, macam tu la style saya study..lepas tu baru sambung study lagi..nie pun, kiranya break jap la..lepas nie sambung balik kalu mata nie tahan lagi..kalau tak, bangunlah awal2 pagi sambung..itupun kalau tersedar bunyi alarm kan..hihi~

Lately nie, banyak sebenarnya perkara yang mengganggu fikiran..orang kata dugaan nak exam la nie kan..tengah2 nak exam, macam2 pulak dugaan yang datang..tapi, Alhamdulillah..masih mampu bersyukur sebab saya anggap dugaan saya nie tak ada lah berat mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin lebih berat dan besar dugaannya..jadi, saya masih dikira beruntung dan harus bersyukur sebenarnya..dua, tiga hari lepas perasaan tak berapa nak stabil..rasa macam down pulak bila fikirkan macam2 perkara nie..sampaikan nak study pun macam tak ada mood je..emm, terus saya mesej ayah bagi tahu kat dia yang saya tengah susah hati sebab baca buku tanpa faham apa2 pun yang saya baca dan ingatkan dia jugak yang saya start final exam sabtu nie..sempat jugak saya mintak kata2 semangat daripada ayah..dan semalam baru ayah balas mesej saya dengan kata2 yang cukup ringkas tapi mampu membuatkan semangat saya berkobar2..

"Bina kejayaan dengan segala kudrat yang diberi..ayah mak selalu ada"

Sungguh tersentuh hati!!Yupp, mak ayah selalu akan jadi inspirasi saya untuk terus saya kuatkan semangat belajar dan belajar sampai saya dapat apa yang saya nak..terima kasih MAK..terima kasih AYAH..hati rasa lebih tenang untuk study lepas tu..emm, percayalah yang setiap sesuatu masalah, dugaan dan ujian yang Allah turunkan kepada kita takkan sesekali DIA membiarkan kita keseorangan menghadapinya walaupun pada hakikatnya kita sendiri tak yakin yang kita mampu melaluinya..emm, sungguh hati saya saat nie rasa lebih tenang dan lapang..lebih lagi lapang bila dapat panggilan daripada dia yang sihat2 je..Alhamdulillah..segala2nya terkawal..tambah lagi senang hati bila dapat berita yang tak disangka2 daripadanya..dan yang pastinya, Allah itu Maha Mendengar segala2nya..Syukur~

.::WASSALAM::.

Monday, April 11, 2011

Cukup2lah!


.::SALAM::.

Cukup2lah diulang benda yang sama..orang yang mendengar pun pandai fikir dan menilai..janganlah sampai sikap dan kata2 kita yang terus menerus itu akan menimbulkan rasa MELUAT dan BOSAN di hati orang yang mendengarnya..penat kalau asyik nak dengar perkara yang sama..tak ada masalah, tak perlulah mencari masalah..benda yang simple tak perlu diperbesar2kan..akal dah cukup matang untuk berfikir sebab segala keputusan tu semua bergantung pada diri sendiri..dan bila sesuatu keputusan tu dah diambil, tak perlulah berulang kali nak ungkit mengungkit..sungguh!sampai bila takkan kemana..

.::WASSALAM::.

Sunday, April 10, 2011

Daya ingatan semakin tumpul~


.::SALAM::.

Minggu depan, 16hb dah start final exam untuk 1st paper iaitu Semantik dan Pragmatik..dah start study pun untuk paper tu dua hari sebelum nie..tapi yang merisaukan hati nie bila apa yang saya baca saya rasa tak 'lekat' mana pun dalam kepala nie..bab 1 pun belum abis baca lagi..susah sangat rasanya nak faham apa yang saya dah baca..rasa fed up pulak bila asyik nak kena hadap tajuk yang sama tapi sampai ke sudah tak faham jugak..kalau faham pun, just 'lekat' untuk tempoh masa yang singkat je..misalnya kalau study malam2, lepas tu bila esok bukak tajuk yang sama dan cuba nak ingat balik apa yang dah dibaca semalam terus tak berapa nak ingat..Haishhh!!Banyak sangat makan semut agaknya..

Mungkin jugak sebab belum dekat lagi dengan hari peperiksaan jadi study pun main2 je..ehh!tapi minggu depan je kot..uhuhu..takkan nak kena tunggu ada pressure dulu baru nak study betul2..emm, jangan time tu dah terlewat & terkejar2 dah la..buat masa nie, kena study tajuk yang senang masuk dalam kepala nie dulu..tajuk2 yang agak susah tu, nanti2 je..mudah2an Allah permudahkanlah segala2nya dan berkati setiap ilmu yang diterima selama ini..AMIN~

.::WASSALAM::.

Friday, April 8, 2011

Siapakah yang harus dipersalahkan??


.::SALAM::.

Mata tak berapa nak mengantuk pulak malam nie..jadinya, singgah jalan2 kat belog febret dulu sebelum tido..lepas tu baca paper online..tak kiralah sama ada Berita Harian, Kosmo, Utusan Malaysia tapi tak termasuk paper BI dan Cina serta Tamil..huhu..kang kalau baca amik masa berjam2 pulak sebab nak pahamkan satu2 perkataan..Sebenarnya, saya tertarik dengan satu berita dalam akhbar Utusan Malaysia Online nie berkenaan dengan seorang guru wanita yang patah hidung sebab dipukul oleh seorang pelajar lelaki bila guru tu cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antara sekumpulan pelajar..

Haishh!Naik gerun pulak..emm, cuba kita renung2kan kembali, macam mana perkara nie boleh terjadi agaknya?malah perkara nie sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru sebab sebelum2 nie pun banyak kes guru dipukul oleh pelajar..mana hilangnya rasa hormat pelajar tersebut pada guru mereka dan dalam hal nie, siapakah sebenarnya yang wajar dipersalahkan??Sesetengah pelajar hari nie saya tengok memang agak kasar kelakuannya, tak ada adab dan kadang2 sangat kurang ajar..maaflah kalau bahasa saya agak kasar..tapi, itulah HAKIKATNYA!!

Dan dalam perkara nie, saya sebenarnya lebih suka melihat bagaimana cara ibu bapa tu mendidik anak2 mereka..bila anak2 jadi liar dan kurang ajar macam nie, saya rasa individu yang wajar dipersalahkan ialah IBU BAPA sebab didikan merekalah yang akan menentukan sikap dan perangai anak2..kalau baik didikannya, maka baiklah anak2 mereka kelak..kalau tak, sebaliknya pulak lah yang berlaku..kalau kita tengok ibu bapa hari nie, terlalu memanjakan anak2 mereka..bagi kebebasan dan kepercayaan kat anak2 secara total tanpa memikirkan kesannya kelak..

Pada saya ibu bapa tak boleh terlalu memanjakan dan memberikan kebebasan secara total terhadap anak2 mereka..kena jugak kawal dan amik tahu apa2 je aktiviti anak2 tapi tanpa pengetahuan mereka lah sebab kalau kita nie jadik ibu bapa yang strict sangat pun tak elok jugak, anak2 tertekan je nanti..emm, tapi tu lah..anak2 zaman sekarang nie memang terlebih kasih sayang..kena rotan kat tangan cket, balik mengadu dengan mak, ayah..esoknya mak ayah datang sekolah jumpa guru besar/pengetua marah2 sebab anak mereka kena pukul dan tak kurang jugak yang datang sekolah cakap anak mereka didera!..kalau dah macam nie la sikap ibu bapa, macam mana lah anak2 tu tak "naik lemak"..bila buat salah, ada je orang back-up kan..dan bagi saya, guru2 pulak haruslah faham jiwa pelajar..tak bolehlah terlalu terdesak untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dan sempurna sebab tak semua pelajar nie sama potensi diri mereka..jiwa dan perasaan pun lain2 kan..nanti bila terlalu didesak dan didesak, mereka akan tertekan dan mulalah buat sesuatu di luar kawalan..

Dalam hal ni, masing2 saya fikir dianugerahkan akal untuk sama2 fikirkan jalan penyelesaian terbaik..tak adillah pulak kalau nak salahkan ibu bapa 100%..semua pihak haruslah memainkan peranan masing2, tahu fungsi masing2..jangan sampai pelajar hilang rasa hormat kepada guru2 mereka..

**Dua hari sebelum nie ada baca paper pasal guru belasah pelajar 7 tahun sehingga meninggal dunia..emm, tak tahu mana pulak silapnya..Apa2 pun, jadik guru nie sentiasa perlu ada perasaan SABAR dan tak boleh terlalu ikut perasaan..Al-Fatihah buat arwah**

.::WASSALAM::.

Thursday, April 7, 2011

Pada-Mu ku Berharap~


.::SALAM::.

Sebenarnya, dalam 2,3 hari nie, ada sesuatu yang mengganggu perasaan dan fikiran saya..

PUTRAJAYA 5 April - Seramai 11 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson telah dirawat di hospital manakala 93 lagi diasingkan selepas berlaku penularan virus Adeno dan influenza A (H1N1) di pusat tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesemua 11 pelatih itu kini dirawat di wad biasa Hospital Port Dickson dengan enam daripadanya disahkan dijangkiti virus Adeno manakala bakinya dijangkiti H1N1.

"Jangkitan virus dikesan sejak 31 Mac lalu dan menyebabkan lapan pelatih dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, jumlah pesakit bagaimanapun meningkat kepada 11 orang semalam.

"Kerajaan turut mengasingkan 93 pelatih lain untuk mencegah penularan kedua-dua penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan kejayaan Kementerian Kesihatan mencapai lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat kepada Pulapol seluruh negara untuk mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan bagi mencegah penyebaran penyakit.

"Antaranya kita mahu pihak berkenaan memastikan pengudaraan yang baik serta memastikan kebersihan kem dan pelatih dijaga dengan baik.

"Pelatih yang menunjukkan tanda-tanda influenza perlu menjauhkan diri daripada khalayak," katanya.


**Ihsan daripada akhbar Utusan Malaysia Online**

Yupp, perkara nie la yang merisaukan saya sebenarnya..walaupun dia ada mesej dan sampaikan pesanan supaya jangan risaukan apa2 pun sebab dia sihat2 je, tapi hati nie kadang2 tetap nak fikir bukan2..haishh!!..Apa2 pun, saya harap dia berada dalam keadaan yang sihat sentiasa..moga dirinya dijauhkan daripada penyakit2 yang berbahaya nie..hope segala2nya akan kembali pulih dalam tempoh masa yang terdekat nie..tak ada apa pun yang saya terdaya lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatannya di sana..



Amin..Amin..Ya Rabbal 'Alamin~

.::WASSALAM::.

Selamat Ulang Tahun Mak~


.::SALAM::.

*Sob..sob..sob*

Haishh!Tetiba je nak sedih kan..emm, teringat kat mak sebenarnya..Eh!!baru je balik kampung dah rindu lagi ke?mestilah, rindu kat mak mana pernah berpenghujung..lagi2 bila hari nie merupakan hari ulang tahun kelahiran mak saya..tak dapat nak wish+peluk cium mak..hukhukhuk..tarikh hari nie memang istimewa sangat2..takkan pernah lupa tarikh kelahiran insan yang paling tinggi kedudukannya di hati saya..sungguh besar budi, jasa dan pengorbanan yang mak pertaruhkan buat saya dan adik-beradik..takkan ternilai dengan segala harta benda di dunia nie..



Buat insan yang teristimewa di hati..
Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke-45..still sweet 17th mak
Moga sentiasa dipelihara kesihatan oleh-Nya..
Moga sentiasa dimurahkan rezeki oleh-Nya..
Moga berbahagia dunia dan akhirat..
AMIN...

Saya sayang mak selalu dan sangat2..
Terima kasih kerana sentiasa menjadi pendorong dan penguat semangat buat diri ini..
Terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan segala karenah anak2mu..
Terima kasih kerana selalu ada di setiap ketika..
Tidak kira saat jatuh dan bangunnya..
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih yang tidak terhingga..
Kasihmu akan ku simpan abadi..
Sayangmu akan ku simpul mati di hati ini..
Sesungguhnya, kasihmu takkan dapat ku ukur dengan luasnya lautan ini..
~Sayang M.A.K~

.::WASSALAM::.

Wednesday, April 6, 2011

Bangun pagi kemas rumah~


.::SALAM::.

Hayayaiiiiii pagi yang indah..Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di muka bumi Allah ini..syukur..mood bangun pagi hari nie??mestilah muka ada senyummm..al-maklum-lah baru lepas balik bercuti di kampung..eh!mana ada cuti pun, buat cuti sendiri je..huhu..ada jugaklah 1,2 kelas yang di'tuang'..haha..bila balik kampung je, haruslah rumah yang satu nie ditinggalkan berhabuk je kan..haishh!!tu pasal lah bangun pagi2 nie buat lawatan terhormat dulu kat sini..nak mengemas rumah je dulu pagi nie..banyak sangat habuk+sesawangnya..mari kita kasi licin dulu..Fuhhhhh!!^____^



.::WASSALAM::.

Friday, April 1, 2011

Yang Terakhir~


.::SALAM::.

Alhamdulillah..pagi Jumaat yang indah dan cerah..mudah2an cuaca begini akan kekal sehingga ke petang..hari nie dah masuk bulan April..sekejap je kan rasanya perjalanan masa untuk tahun nie, tup tup dah masuk suku tahun sudah..pantas tak pantas je la kan masa tu berlalu, lepas nie pejam-celik-pejam-celik dah masuk pertengahan tahun pulak..owh, rasa macam nak hentikan masa sekejap..tak nak cepat sangat tua..hahaha..itu je motifnya..hihi~

Dan untuk penghujung kuliah bagi minggu ke-12 nie iaitu pada pagi nie, saya & rakan2 bagi kumpulan saya akan membuat makroteaching kali ke-2 sebab yang pertama hari tu hanya dibuat di bilik kuliah je dan kali nie akan dibuat di bilik mikro..hope, segala2nya akan berjalan dengan lancar dan sebagai mana yang telah direncanakan..rasa agak takut jugak sebenarnya sebab macam agak kurang preparation je..huhu..tapi tak pe lah, gasakkan je..janji siap semua kerja..dan harap2nya, inilah assignment terakhir yang perlu disiapkan bagi semester nie..eh!ke ada lagi assignment lain yang terlepas pandang??uhuh..macam tak ada dah kot..^___^

**in da mOOd**
Hepi sebab dapat BALIK KAMPUNG hari nie!!!=D

.::WASSALAM::.

Kenapa saya suka "Jalan2" di blog para ibu??


.::SALAM::.

Tajuk entry tak menahan kan??hehe..tapi itulah kenyataannya..saya sendiri pun tak pasti sejak bila saya mula obses untuk membaca setiap entry di blog2 para ibu yang saya minat..saya sangat suka baca entry tentang keletah anak2 mereka membesar..dan yang pastinya, blog saya nie pun terhasil disebabkan oleh minat saya membaca entry blog momma Qiestina, blog para ibu jugak..selalu singgah baca kisah Qies sampaikan saya sendiri rasa saya perlu ada blog untuk 'tempek' kisah2 yang menarik dalam hidup saya pada masa akan datang..ecececeh!!jauh perginya..huhu~

Dan yang pastinya, bila singgah2 baca entry kat blog momma2 nie mesti akan rasa terhibur & rasa tenang je..ada rasa macam berterapi pulak secara tak langsung bila tengok muka anak2 mereka yang comelsss, cutetieesss dan mulusss itu..rasa macam nak geget je weh!!..nak cubit2 pun ye jugak..budak2 memang semuanya comelllsss ke??huhuhu..saya memang suka budak2!!..banyak jugak blog momma2 yang saya follow..rasa tertarik sangat bila baca story mory momma2 pasal anak2 mereka, kehidupan mereka semua..lagilah kalu blog2 momma yang ada anak kembar nie..macam blog momma kembar tiga nie..hensem kot hero2 nie..=))

Tengok muka budak2 memang akan mendatangkan ketenangan ke??dan selalunya itulah yang akan saya rasa..singgah2 kat blog momma2 nie, tengok muka anak2 mereka terus hilang stress..sebenarnya, awal2 pagi macam nie lah saya suka blogwalking sambil baca entry mereka..memang tak boring baca kisah momma2 nie dan apa2 pun setiap budak2/baby SEMEMANGNYA DILAHIRKAN SOMELLLSSS & CUTE!!..dan hanya kerana sebab utama nie la saya suka baca blog momma2..itu saja..TITIK...^___^

**Sekarang nie dah macam addicted dengan blog main masak2 pulak..uhuhu..rasa macam nak cuba try test masak semua makanan je pulak..haishh!!=D

.::WASSALAM::.