Followers

Monday, February 28, 2011

Jalan2 Cari Pasal Part1~


.::SALAM::.

Sebenarnya saya just nak sambung cite & aktiviti masa balik umah hari jumaat lepas..walaupun just balik untuk 2 malam je, tapi aktiviti bersama teman harus ada..bukan senang nak dapat berkumpul together gether lebih2 lagi bila masing2 dah sibuk belajar & sibuk bekerja..jadi, bila ada peluang berkumpul nie, haruslah kami memanfaatkannya sebaik mungkin..=p

Pagi sabtu iaitu seawal jam 6.15 pagi lagi saya & 2 orang kawan baik saya iaitu Atyn & Conie serta my twin gerak ke Melaka sebab ada perkara urgent yang perlu diselesaikan..mata saya time tu memang ngantuk tak ingat la sebab sampai umah pun dah lewat sangat & bila dah sampai umah tu boleh pulak sembang2 + bercerita itu dan ini dengan my twin sampai pukul 3 pagi agaknya baru tido..bila kawan saya tu minta tolong teman dia pegi Melaka, takkan la saya nak kata tak nak pulak kan, jadi saya pun setuju untuk menemaninya..kira bolehlah berjalan2 jugak kan..hehe..tapi saya cakap kat dia kena balik awallah sebab saya pun nak luangkan masa dengan mak ayah..hihi~

Sampai Melaka lebih kurang pukul 8 dan bila semuanya telah selesai, pergi la sarapan dulu..lepas tu dapat tahu pulak yang dekat MITC diadakan PC Fair..terus kawan saya tu ajak singgah..tapi sebelum singgah kat MITC, singgah dulu kat kampung kawan baik saya tu, kat Sungai Rambai..lepas tu barulah gerak pegi MITC..memang agak ramai orang..jadi, kami tak ada pun beli apa2 just mencuci mata je..hehe..singgah pun sekejap je sebab nak balik umah awal..tapi ada la jugak gambar2 yang sempat di "snap" masa kat sana..



Kat sinilah PC Fair itu diadakan..


Selain PC, Netbook..Kamera pun ada jugak..
macam2 jenama..


Boleh tahan padat la tempat nie..
ramai umat manusia..=p


Gigih nak promote menatang nie kat kitorang..hihi~


gaya konon2 nak beli lah tu..huhu~


Eh!gambar ngan kawan2 harus ada..^__^


With my Lovely Frenz..ATYN~


Conie & Atyn~


Gambar "Sahabat Selamanya" pun harus ada..

Sangat seronok dapat balik umah & keluar ngn teman2..
Haihh!rasa mau balik lagi..
Jiwa tiba2 rasa rindu kat rumah..=(
Emm, tunggulah hujung bulan 4 nanti..cepatlah masa berlalu..

.::WASSALAM::.

Sunday, February 27, 2011

Terubat Juga Rindu~


.::SALAM::.

Sedikit keletihan sebenarnya nie..huhu..tapi demi blog tercinta yang dah tersadai lebih kurang dua hari, saya gagahkan juga untuk meng'update' sesuatu..=p

Okep, moh kita teruskan..

Sebenarnya, minggu nie saya tak rancang pun nak balik umah nun jauh di Johor tu..memang tak pernah pun balik kalu setakat cuti hujung minggu..tapi bila dah ada kawan ajak balik sekali tumpang kereta dia, saya pun on je la..memang langsung tak dirancang pun..

Jadi, saya pun bertolaklah ke Serendah terlebih dahulu dengan komuter sebab kawan saya tunggu saya kat sana..kawan saya amik kat Serendah masa tu dalam pukul 6 suku..balik hari tu saya memang tak bagi tahu dengan mak & ayah langsung sebab memang tak nak bagi tahu pun, konon2nya nak wat kejutan..hihi~

Dan, ternyata kejutan tu menjadi okeh..huhu..saya just bagi tahu kat kembar saya je yang saya akan balik hari tu..jadi, bila saya sampai malam tu, memang dah lewat sangat la..mak ayah pun dah tido..sampai2 je terus masuk bilik mak & ayah..slow2 kejutkan diorang..

Part kejutkan diorang nie yang lucu sebenarnya..tak tahan bila tengok muka ayah yang blurr je masa tengok saya dah ada kat tepi katil dia..mesti dia ingat dia mimpi kot time tu..hehe..mak pulak terkebil2..tapi, bila saya jelaskan & terangkan, terus diorang tersenyum..hihi..jahat punya anak..WAKENABEB la mak ayah saya malam tu..^__^

Walaupun sempat bermalam kat umah just 2hari je, tapi saya hepi sangat2..sekurang2nya dapat jugak tengok muka diorang yang hari2 saya rindu tu..tambah pulak bila rasa tension dengan assignment yang tak sudah2 tu, terus rasa cool je bila dekat dengan insan2 kesayangan hamba tu..syukur kepada Allah..terima kasih kepada kawan saya yang sudi mengajak & menumpangkan saya balik rumah...=.=

Memang rasa tenang dan damai je jiwa kan bila ada kat umah..emm, sebab tu la agaknya rumah tu diibaratkan macam syurga..yupp!!"Rumahku Syurgaku"..berganda2 la lagi hepinya tu bila my Incik Mashimaro call semalam..panggilan yang kedua selepas dia "menghilangkan diri" dalam tempoh masa satu bulan, satu minggu & 2 hari..Alhamdulillah~

**Walaupun balik sekejap je, tapi still punya masa menjalankan misi jalan2 cari pasal bersama teman baik..jalan2 ke mana??next entry la kita cite pulak ye..nie dah rasa mau ZZZZzzzz..+____+

.::WASSALAM::.

Friday, February 25, 2011

Saya yg Nebes~


.::SALAM::.

Haishh!!jarum jam kat lappy nie dah menunjukkan pukul 2.22 pagi kot..tapi mata still tak ngantuk lagi..rasa nak hantuk je kepala nie kat meja..mana tahu kot boleh bagi senang cket mata nie lelap..

Emm, mungkin mata nie tak berapa nak ngantuk sebab asyik terfikir nak balik rumah je esok..hehe..tak sabar..tapi sebenarnya perasaan nervous nie yang tengah menguasai jiwa memandangkan esok nak kena naik KTM ke Rawang, 1st time okeh..memang lah agak takut..huhu..dan lepas tu baru boleh balik rumah dengan senang hati menaiki kereta..^__^



Owhh, perasaan nebes saya..silalah menjauh~
Saya kena tido awal nie sebab esok kelas pukul 8 pagi okep~

.::WASSALAM::.

Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih Sahabat~


.::SALAM::.

.::Sahabat ketawa senang dicari::.
.::Sahabat menangis sukar ditemui::.

Itulah ayat yang selalunya kita dengar bila bercerita tentang sahabat atau rakan atau juga dipanggil sebagai kawan kan??..bila kita sedih dan ada masalah yang kadang2 tak mampu untuk kita simpan atau pendamkan seorang diri, sahabatlah yang selalunya akan menjadi tempat untuk kita meluahkan perasaan & rasa hati kita tu kan..tapi, sukar sebenarnya untuk kita mencari seorang sahabat yang benar2 ikhlas dalam hubungan persahabatan serta benar2 mengambil berat tentang perasaan sahabatnya..

Dan saya rasa diri saya cukup beruntung bila Allah memberikan saya teman rapat yang telah saya kenali isi hati dan budinya sejak dari kecil lagi..sangat2 memahami..sedia mendengar segala masalah dan kesedihan saya saat saya benar2 memerlukan sokongan dan sebagainya..setia dan ikhlas mendengar segala2nya..sentiasa meminjamkan bahu sebagai penguat semangat..pendek kata, sangatlah tulus dalam persahabatan..sungguh membuatkan saya rasa cukup terharu dan berbesar hati apabila dianugerahkan sahabat sebaik mereka..SYUKUR~



Dear CONIE & ATYN~
Thanks korang sebab sudi mendengar masalah2 aku..
sudi membantu bila aku betul2 perlukan bantuan korang tu..
sudi bersama2 memelihara persahabatan kita sampai saat nie..
lama kan kita berkawan, dari belum masuk darjah satu dan sampailah sekarang..

Dulu2 kalu gaduh tu, perkara biasalah kan..hihi~
memang manis untuk dikenang sume tu..
walaupun sekarang kita jarang2 jumpa..
jarang2 dapat lepak sama2 macam dulu..
tapi, aku nak korang tahu yang sampai bila2 pun..
koranglah kawan TERBAIK aku..

Aku sayang korang & persahabatan kita..
hope kita akan bersahabat untuk selama2nya..
BERSAHABAT TILL JANNAH~
THANKS SAHABAT~
^______________^

.::WASSALAM::.

Ayuh ke Bandar Baru Kijal~



.::SALAM::.

**entry hutang+tertunggak**

Sebelum tu, sori ye Saudara Beginner aka Saudara Kemaman sebab sekarang baru dapat buat entry khas untuk kamu sebagai tanda penghargaan & terima kasih saya sebab kebetulan kamu telah terpilih menjadi follower saya yang ke-100 kan..TAHNIAH!!!..(^^,)''

Jadi, sebagai tanda penghargaan, saya akan buat entry tentang blog kamu iaitu Bandar Baru Kijal..promote blog kamu cket2 la kan..hihi..tak mampu nak bagi nasik ayam macam yang kamu minta..heheeee~



Haa, jemput2 la sesapa sahaja ya singgah ke blog beliau..
Orang ganu lagi2 lah dialu2kan..

Kalu nak tahu apa2 tentang pembinaan Bandar Baru Kijal, sila2 dan jemput2 lah ke blog beliau okep~

.::WASSALAM::.

Tuesday, February 22, 2011

Kejayaan Pembakar Semangat~


.::SALAM::.

εїз Kejayaan dicipta oleh orang BIASA,
yang berusaha secara LUAR BIASA εїз

Yupp..untuk mencapai kejayaan, sememangnya memerlukan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti putus asa..bila saya melihat kejayaan pelajar2 STPM yang mengambil keputusan peperiksaan semalam dalam akhbar, saya turut sama tumpang bangga & seronok..melihat senyuman ibu & ayah masing2, terdetik di hati saya...alangkah seronok bercampur terharunya perasaan ibu bapa mereka saat itu..hanya kejayaan anak2 yang diharapkan sebagai tanda balasan terhadap segala budi yang telah ditaburkan oleh mereka..tidak pernah mereka meminta lebih daripada itu..cukup bagi mereka menyaksikan kejayaan yang dimiliki anak2..

Tambah bangga lagi apabila disebut, para pelajar yang mencipta kejayaan cemerlang ini bukan datang dalam kalangan keluarga yang berpangkat & berada tetapi ada yang hanya merupakan anak petani, pesawah, nelayan..emm, kemiskinan sebenarnya bukanlah penghalang bagi seseorang tu mencapai tiap2 kejayaan yang diimpikan..kemiskinan tu boleh jadi sebagai pembakar semangat bagi mereka untuk cuba mengubah nasib mereka sekeluarga pada masa akan datang..ada jugak yang meraih kejayaan cemerlang walaupun fizikal serba kekurangan (buta)..TAHNIAH!!! buat mereka yang berjaya..^__^

**teringat kenangan sendiri masa mengambil slip keputusan STPM**
Tumpang bahagia dengan kejayaan mereka...=,=

.::WASSALAM::.

Sunday, February 20, 2011

Saat Rasa Itu Hadir~


.::SALAM::.

**tik-tok-tik-tok**

Sebulan sudah kamu kat sana kan..kadang2 saya langsung tak sedar+terasa pun betapa pantasnya masa tu berlalu..tapi, bila rasa rindu tu tiba2 je datang, saya sangat2 berharap yang pada saat ini kamu pun akan turut merasa perkara yang sama..macam apa yang tengah saya rasa sekarang nie kan..tak mampu untuk menidakkan rasa hati yang tiba2 hadir..+______+

Rasa rindu nie jugak telah membawa saya kepada kenangan2 lalu secara tiba2..Fuyyoo!!Ayat tak menahan weh..haha..rindu rasanya nak kembali ke zaman sekolah masa form 5 dulu sebab saya rasa masa tu la banyak kenangan terbaik & terindah dalam hidup saya telah tercipta..geli pulak aku baca ayat sendiri..haha

Teringat masa mula2 saya perasan kepelikkan sikap kamu yang macam lain daripada biasanya lain drpd masa form 4 sebenarnya, sbb masa form4 pun kita sekelas jugak..kamu suka sangat suruh kawan2 saya sampaikan salam kamu untuk saya kan masa tu..kadang2 tu, sampai 3,4 kali jugaklah saya nak kena jawab salam kamu dalam satu hari walaupun masa tu kita satu kelas je kot..dalam hati, saya cakap "dah kenapa mamat nie??senget ke??"..huhu..kiranya hari2 memang tak pernah miss la salam daripada kamu..Haip!!bukan salam tangan ye..tapi, saya just buat acuh tak acuh je la kan masa tu walaupun sebenarnya ada jugak sedikit rasa terusik..hihi..ye la, time tu kan sekolah lagi, tak percaya la cintan-cintun monyet nie kan..tambah2 nak SPM kot masa tu..^__^

Time tu, kita mana ada pakai handphone lagi kan..al-maklum la budak sekolah zaman kuno lagi, lain la macam budak2 sekolah zaman millennium sekarang nie..handphone canggih2 sume..jadi, kamu akan tepon saya guna tepon rumah je..itu pun jarang2 sangat..tapi, bila kamu tepon, rasanya saya banyak diam lagi kot daripada bercakap..huhu..budak sekolah lagi kan, haruslah malu..cakap pun "aku-kau-aku-aku"..bila lepas je cakap dalam tepon, sure la esok nak pegi sekolah malu2 kucing je time dalam kelas..buat2 macam tak ada apa2 pun yang berlaku..huhu..seronok bila diingat balik..dan paling saya tak boleh lupa bila satu malam tu kamu tepon saya dan cakap "aku admire kat kau"..dalam hati nak tergelak guling2, hepi sebab akhirnya kan..baru la nak cakap, kalu x sebelum nie banyak bagi hint je..tapi saya tak ada lah terima terus..saya just cakap "abes kau nak suruh aku cakap ape??"..haha, kejam punya ayat..=p

Yela, takkan nak bagi jawapan terus kot..exam pun tak lagi masa tu..jadi tunggu la lepas merdekanya SPM..nanti2 baru pk..emm, lepas tu sampailah sekarang kita tetap kekal kan??..Alhamdulillah..hope berpanjanganlah walaupun hubungan kita nie bolehlah dikatakan hubungan jarak jauh..apa2 pun yang penting jujur & percaya dalam hubungan masing2..kalu tak ada nie sume, memang susah la..dan pejam-celik-pejam-celik, dah 6 tahun kan??Moga Allah sentiasa memeliharanya sehingga ke destinasi yang pasti..AMIN~


Mashimaro dah dapat geng baru..hihi~
dapat masa main kat fun fair~

.::WASSALAM::.

Friday, February 18, 2011

My Mom's Chicken Rice~


.::SALAM::.

Eh!!Tajuk dah macam nak mempromosikan nasik ayam Linda Onn je kan??huhu..yela, nasik ayam dia kan bawah label+jenama My Mum Chicken Rice..tapi silap ye, bukan saya nak mempromosikan nasik ayam dia sebab tak ada faedah pun kalau saya buat macam tu..huhu..bukan dapat share keuntungan pun dengan dia kan..cuma tiba2 je saya terasa lapar tadi..lepas tu apa lagi, masak la makanan 2 minit..apa dia??emm, mihun sup PAMA tu..itu je yang cepat & pantas untuk dimasak saat2 perut lapar tahap kronik nie..nak masak nasik goreng kang, macam melampau sangat..dah tengah malam kot..nanti gemuksss pulak..hihi~

Tengah2 tunggu PAMA tu masak, dan2 la time tu jugak terasa nak makan nasik ayam air tangan mak saya..memang superb la nasik ayam beliau..huhu..nasib baik la masa balik cuti sempena CNY hari tu sempat jugak merasa..itu pun selepas paksa mak buatkan..haha..padahal reti je kot buat sendiri, cuma tahap kemalasan masa tu lebih tinggi daripada tahap kerajinan..jadi, memang tak terbuat sendiri la..mak saya pulak memahami tahap ke'mengada'an anak dia yang satu nie, terus je buat..lagi pun hari tu kan saya balik cuti kat rumah sekejap je, jadik naluri ibu mestilah kesian kat anak dia nie, takut nanti kempunan lama pulak nanti nak dapat merasa air tangan maknya lagi..huhu..maka, ikutkan jelah..jadi memang hari tu saya makan nasik ayam sampai tak ingat dunia lah, banyak sangat makan..siap malam pun still nak makan nasik ayam jugak..hihi~



Inilah dia...
My Mom's Chicken Rice..SEDAP~
**Malam nie, layankan PAMA je la**
JOM KITA SUPPER SAMA2...
T____________T

.::WASSALAM::.

Cantik Wanita Berbaju Kurung, Kacak Lelaki Berbaju Melayu~


.::SALAM::.

Baru je kejap tadi berbual2 dengan rumet saya tentang lelaki yang nampak baik + kacak je bila berbaju Melayu..hihi..duduk depan beranda rumah jap tadi, lepas tu ternampak la kelibat mereka nie pulang dari solat Jumaat, tu pasal lah terkeluar topik nie..hehe..memang kalu nak nampak majoriti orang lelaki pakai baju Melayu, time hari jumaat je la..memang nampak segak..suka tengok..hihi~

Rumet saya pun setuju, dia cakap orang lelaki memang hanya nampak kacak bila mereka berbaju Melayu..dia tambah lagi, orang perempuan pun sama..cantik wanita nie bila berbaju Kurung..memang terserlah lah keayuan..tambah lagi bila bertudung..SUPERB!!^__^

Kalu tak percaya, tengok nie...

.

.

.

.

.

.



Yang nie, selamanya kacak+segak di mata saya..=p
Rindu la pulop kat ayah..=(


Tengok, memang kacak+segak kan??
lengkap bersongkok lagi..


Emm, tak ke nampak macho nye tu..hihi~
kaum2 Adam sume, silalah berbaju MELAYU ye lepas nie..=p
**ada persamaan kan kaler baju mereka**



Dah macam kumpulan nasyid pulak..hehe..
Paling ayu di hati saya??
Pilihan saya, yang nombor 3 itu..rindu MAK jugak~


Memang ayu+jelitalah...


Sopan je kan nampak..
kalu pakai tudung, ganda dua la sopannya tu..=,=

Emm, dah tengokkan..memang orang lelaki nie nampak kacak+macho+segak hanya bila berbaju Melayu je kan..kalu rasa2 nak nampak macam tu, silalah setiap masa berbaju Melayu..huhu..wanita2 di luar sana pun macam tu jugaklah..pakai je baju kurung setiap masa okep, dalam rumah pun kalau rasa selesa..hihi..memang ayu sepanjang masa lah..^_____^

.::WASSALAM::.

Tag lagi~


.::SALAM::.

Ayyooo!!tadi dah mahu tido sebenarnya..lewat dah kot..esok kelas pagi pukul 8..saat entry nie ditaip, jam dah pun menunjukkan pukul 1.34 pagi..mata macam suam2 kuku je la tahap ngantuknya tu..niat di hati nak jalan2 melawat blog mereka2 la dulu sebelum tido..tapi, bila singgah je dekat blog kawan baik saya iaitu Miss Atikah, Oh NO!!dia telah tag saya okeh..T______T

25 perkara tentang saya??Miss Atikah, banyaknya..huhu..mula2 macam malas je nak buat, ingat nak buat esok je..tapi, dah alang2 mata nie macam tak berapa nak ngantuk lagi, kita layankan jelah permintaan Miss Atikah itu..hihi~

.::25 Perkara Tentang Sikap Nor Eda::.


Sayang semua ahli keluarga, rakan2, Mashimaro..
Punya cita2 besar-Bahagiakan & balas jasa mak ayah..
Mahu menjadi pendidik yang berjiwa kental..
Suka "makan" novel..
Suka ketawa.."hahaha"..^__^

Mesra dengan semua orang yang memesrakan dirinya..=,=
Suka berkawan..
Suka memasak+mengemas..
Manja dengan keluarga..
Kadang2 sensitif+mudah terusik..

Meluat dengan orang yang perasan bagus..mencik!!!
Tidak cerewet, sangat fleksibel..
Tidak suka terlalu bergantung dengan orang lain..
Kadang2 degil..=p
Tak suka dengan orang yang hipokrit..talam dua muka

Lebih suka memendam perasaan sendiri..
Suka tengok perkara yang cantik & bersih..
Suka tengok rancangan masakan & hiburan kat TV..
Suka tido..haha..yang nie sume org suke kot
Kadang2 suka berangan..hihi~

Suka belajar untuk rileks..POSITIF~
Sangat malas bersukan+bersenam..=p
Cukup sayang kepada budak2+baby2 somelss..
Suka makanan yang pedas2..
Sukakan ketenangan..

Okep, Kak Ti...kira ye, bagi cukup 25..huhu..itu je lah..sekarang dah boleh tido dengan amankan??hihi..emm, sapa2 yang rasa nak buat & cuba kenali diri sendiri, silalah buat dengan rela hati ye..cukup dulu, NITEZZzzzz...^__^

.::WASSALAM::.