Followers

Thursday, February 10, 2011

Tak Selamanya Kita di Atas~


.::SALAM::.

Percayalah..kita memang akan merasa bahagia dan seronok apabila berada di kelompok teratas..sehinggakan langsung tak berupaya lagi mata untuk menunduk dan memandang ke bawah..tapi,bila sampai saatnya kita jatuh tersungkur, kita akan merasa kecewa dan sakitnya..ibarat pusingan roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah..

*Apa daa yang ekau mengarut nie Eda??huhu*

Emm, tak ada apa2..just nak bercerita sedikit tentang makhluk Allah yang bergelar manusia nie..rapuhnya hati manusia nie kan sehinggakan kadang2 cepat sangat taksub & angkuh dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya..kadang2 Allah tu menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita nak hadapi langsung, kita akan rasa sedih & kecewa sangat2 time tu kan..dan memang nyatalah saat tu yang Allah sedang menguji kita..tapi, kita juga perlu ingat..kadang2 Allah jugak berikan kita kegembiraan dan kesenangan dengan tujuan menguji kita juga..cuma dalam situasi yang berbeza..

Lumrah manusia mungkin, bila senang je akan merasa sedikit bangga dan riak..apatah lagi bila di kelilingi dengan wang & harta kekayaan..cepatnya berubah perilaku yang dulunya suka bertegur sapa sesama jiran & berkongsi cerita itu & ini..sekarang??sudah lain..Ya! saya bercakap berdasarkan pengalaman & pemerhatian saya terhadap hamba Allah yang satu ini..memang berbeza tingkah & perangainya setelah merasa sedikit kesenangan, sudah tiada lagi masa untuk bersama jiran tetangga bergaul & bermesra..memang sangat ketara perubahannya..lebih senang menjauhkan diri daripada orang sekeliling & hidup dengan keluarga sendiri..tidak terfikirkah andainya suatu masa nanti bila saatnya tiba mereka juga akan merasa susah & getir..dan mungkin saat itu mereka memerlukan pertolongan jiran yang telah dilupakan ini..

Emm, cepat sungguh manusia ini lupa diri apabila diuji dengan wang & kesenangan bukan??Moga saya & anda semua dijauhkan daripada perasaan bangga & angkuh apabila diberikan ujian kesenangan oleh-Nya kelak kerana kita sendiri tidak tahu bila mana selamanya kita akan berada di atas & akan tiba masanya pula kita akan berada di bawah..itu semua lumrah alam..tidak selamanya kita akan dapat menikmati kesenangan seandainya kita merasa angkuh & takbur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya..Wallahu'alam..^__^

*p/s : Luahan hati seorang jiran yang serba daif..hihi~

.::WASSALAM::.

2 comments:

Unknown said...

sy penah berada bwah meja ~_~"
nk nyorok nye pasal keje x siap..hha

Nadia Mashuri said...

jauhi sifat ujub, takbur dan riak..