Followers

Saturday, March 26, 2011

Mari sokong Earth Hour~


.::SALAM::.

Bulan Mac bagi tahun nie sudah hampir berakhir dan hari nie pun dah masuk minggu terakhir bulan Mac iaitu 26 Mac..dan malam nie sebenarnya saya nak ajak anda semua bersama2 menyokong kempen kesedaran yang diusahakan oleh WWF (World Wildlife Fund) sejak sekian lamanya..tapi negara kita Malaysia sebenarnya hanya melibatkan diri dalam kempen nie bermula tahun 2009..kempen nie kiranya agak baru jugaklah di negara kita..seingat saya semasa tahun pertama ia dijalankan, saya berada di KHAR iaitu kolej kediaman saya di UPSI..saya dengan rakan serumah yang lain turut menyokong kempen nie, walaupun sebenarnya masa tu saya sendiri tak berapa nak jelas dengan kempen yang dijalankan masa tu..hehe...=D

Apa itu "Earth Hour?"..Earth Hour nie sebenarnya merupakan kempen untuk membanteras pemanasan iklim global..masa kempen nie berlangsung, misalnya malam nie..kita semua seboleh2nya diminta untuk memadamkan lampu bagi tempoh masa 60minit iaitu selama 1 jam..dan malam nie sesiapa yang menyokong kempen nie akan bergelap selama 1 jam bermula dari pukul 8.30PM sehingga 9.30PM..1 jam je, tak lama pun..tunjukkan usaha kita yang mampu dilakukan demi memastikan tanah air dan bumi yang tercinta terus kekal terpelihara..jadi sama2 lah kita menyokongnya kalau tak nak bumi kita nie malap dan bergelap untuk selama2nya..^__^

Tapi kena ingat, jangan hanya dilakukan setahun sekali je..time Earth Hour nie je la baru nak berjimat cket, padam lampu 1 jam..tapi untuk hari2 yang berikutnya tetap jugak membazir, biar je lampu terpasang sepanjang masa..emm, tak betul ye kalau kita punya sikap macam nie..tak ke mana la jawabnya kempen yang dijalankan tu..kena tunjukkan sokongan yang berterusan okep..SELAMAT BERGELAP MALAM nie ye..hihi~




.::WASSALAM::.

1 comment:

Anonymous said...

i've support E.H for the last two years.. but this year i've missed it.. :(