Followers

Saturday, March 12, 2011

Dan Bila Rasa "Kosong" Itu Tiba~


.::SALAM::.

Emm, tak tahulah kenapa perlu rasa satu perasaan yang aneh sangat bila bangun daripada tido pagi tadi..terasa hati nie kosong tiba2..Ya Allah!!..tersangat sayu sebenarnya..tak tahulah kenapa perlu rasa macam nie..mungkin sebab keadaan sekarang nie yang agak serabut dan sedikit memberikan tekanan buat diri..terasa seperti benar2 memerlukan seseorang yang mampu memberikan kelapangan dan ketenangan buat masa nie...

Dan saya pasti...saya sangat perlukan kata2 semangat dari MAK dan AYAH sebab apa2 pun yang saya lakukan sekarang nie, hanyalah semata-mata untuk mereka..jadi bila rasa kosong dan kusut itu tiba, saya akan selalu membayangkan wajah mereka nie sebab merekalah sumber inspirasi utama saya..jadi, bila tekanan dan dugaan datang..tidak sesekali saya mahu berundur dan patah semangat sebab saya tahu saya sentiasa ada mereka di sisi sebagai pendorong..tidak sesekali juga saya putus asa kerana pilihan sebelum ini terletak di tangan saya sendiri..sesuatu yang telah diputuskan tidak harus dikesali dan ditarik kembalikan??..

Segala2nya saya anggap sebagai nikmat kurniaan Allah..tiap kali rasa 'down' tu datang, saya akan ingat kembali kata2 ayah.."sentiasa lakukan yang terbaik untuk diri dan ayah jugak"..yupp!!harapan tinggi seorang ayah terletak di bahu saya..mana mungkin untuk saya mengecewakan harapan yang telah diamanahkan untuk saya gapainya..TIDAK SESEKALI!!sentiasa kena ingat yang dugaan datang bukanlah penyebab untuk kita mengeluh dengan hakikat hidup yang diberikan..selalu kena bersyukur..INGAT!!cuba untuk sentiasa ingat dan ingat

**selalu ingat yang DIA sentiasa ada**

.::WASSALAM::.

No comments: