Followers

Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah~


.::SALAM::.

Pagi tadi, pensyarah saya telah datang menyelia..jadi dari hari khamis lagi perasaan memang dah berdebar2 dan rasa macam boleh ke saya buat yang terbaik??haihhh!sangat2 takut okep..pagi Jumaat memang akan diadakan majlis bacaan Yaasin..kelas saya start awal pagi iaitu pukul 8.40 pagi..bacaan Yaasin + tazkirah pulak start pukul 7.30..jadi, saya agak risau jugaklah takut tak sempat nak setup bahan mengajar..

Tapi, Alhamdulillah..atas bantuan seorang guru, segala2nya berjalan sebagaimana yang dirancang..walaupun pada awalnya saya agak takut memikirkan keadaan pelajar2 saya..takut sebab mereka merupakan kelas yang agak lemah dan sangat2 aktif..kadang2 sukar mendengar sesuatu arahan yang diberikan dengan baik..sepatah saya tanya, berpatah2 dijawabnya..haishh!kadang2 geram..

Risau andaikata gagal mengawal kelas dengan baik..tapi saya mampu menarik nafas kelegaan apabila mereka berkelakuan baik je..memang terbaiklah..huhu..dan saya sendiri dapat lihat mereka tertarik dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan..dan bila abes je kelas, debaran di hati bertambah2 la laju kan..mana taknya, nak mendengar komen daripada pensyarah..huhu..

Dan sangat2 bersyukur bila pensyarah banyak memberikan komen2 yang positif tentang pengajaran yang saya lakukan..namun, masih tetap ada kekurangannya dan saya telah meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau..mudah2an untuk penyeliaan yang akan datang saya mampu memberikan yang lebih baik..InsyaAllah..

Ada beberapa gambar yang diambil oleh pensyarah saya sendiri semasa saya melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar2 saya..haihh!sempat lagi...hihi~



Banyak pulak diorang nie tanya hari nie,padahal x rajin2 nak tanya..apa2 pun diorang tetap terbaik..=p


Haih!dalam hati Allah je yang tahu..takutt!=)


Time nie memang nak cepat abes mengajar je..huhu~

.::WASSALAM::.

No comments: