Followers

Saturday, February 12, 2011

Syukur Ya Allah~


.::SALAM::.

Hip Hip Horeyyy!!

Sesuatu yang menggembirakan seharusnya dikongsi bukan?? Jadi, tempat perkongsian terbaik hanyalah di dalam diari maya saya ini okep~

Lebih kurang pukul 11.56 minit tadi, tepon saya telah mengeluarkan bunyi nada dering lagu hindustan feberet saya iaitu lagu tema dari cite hindustan aka Bollywood bertajuk "Mujhse Dosti Karoge"..ishh, ekau nie eda..nak cite tu cite je la straight terus..sibuk pulak nak cite pasal nada dering tepon..haishh!!..okep, kita sambung lagi..lepas tu saya pun tengok la kat screen tepon tu..Eh!! Nombor tak dikenali nie..sape pulak tepon lewat2 malam nie..takkan nombor UPSI nak mintak pergi bahagian akademik lagi untuk bayar saman??tapi apa kejadahnya kalau pihak UPSI nak tepon malam2 macam nie kan??bercakap drpd pengalaman je..huhu..macam nombor public phone je..takkan la Inchek Mashimaro pulak yang tepon??bukan kot malas dah nak berharap...T___T

Lama saya biarkan tepon saya berbunyi & lepas tu barulah angkat.."Assalammualaikum"..orang di sana memberi salam..Ya Allah!! Saya macam kenal sangat dengan suara tu..sangat2 familiar okeh..Ya, itu suara dia..suara yang selama lebih kurang 3 minggu lebih dah saya tak dengar..mana boleh saya tak kenal sebab suara tu la yang saya rindu selama 3 minggu lebih nie..dan akhirnya..memang sangat terharu+teruja+nervous sangat masa cakap dalam tepon tadi..tiba2 je rasa kekok pulak sebab dah lama tak berhubung..Alhamdulillah, lega hati saya bila kamu cakap kamu ok2 je kat sana cuma suara kamu ada kurang cket sebab batuk..kesian~

Walaupun saya hanya dapat bercakap dengan dia dalam tempoh masa yang singkat (6minit 34saat), tapi saya sangat2 bersyukur..kiranya penantian saya berakhir pada malam ini..hehe..emm, macam instinct pulak rasanya kan sebab sebelum tu saya ada post entry yang saya rindu & teringat kat dia..terus malam nie dapat call pulak dari dia..SYUKUR..hope detik malam nie boleh berlanjutan untuk hari2 yang akan datang nanti..kalau tak, saya yang akan tepon dia..tepon nombor public phone tadi..haha..tak boleh??baik!!..Happy2 Day~



Mekasih Inchek Mashi sebab kamu dah happy kan saya mlm nie..^__^
**mahunya tido malam nie tersenyum sampai ke telinga..hihi**

.::WASSALAM::.

Friday, February 11, 2011

Can i Miss u???


.::SALAM::.

Terasa cukup pantas detik masa yang berlalu..sangat banyak assignment sampai kadang2 saya tak sedar yang sudah hampir sebulan kamu 'terasa' jauh dari saya..kadang2 ingatan pada kamu datang & kadang2 langsung tidak..kejam bukan??tapi, rasanya itulah yang terbaik buat masa sekarang nie..terlalu banyak komitmen lain yang perlu difikirkan..tapi kalau dah entry pun pasal kamu, haruslah sekarang nie saya teringatkan kamu kan??..tapi comfirm nie semata2 sebab minda luar sedar je la..huhu~

.
.
.
.
.
.

dalam merentasi waktu
Allah telah hadirkan dia
ini semua takdir-Nya
takdir Allah menemukan aku pada dia
dan menemukan dia pada aku
dan aku harus redha...
**Yupp, harus mengaku yg saya rindukan K.A.M.U**
walaupun kamu tak tahu..=(
boleh kan???

.::WASSALAM::.

Sama Rasa~


.::SALAM::.

Apabila kita mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan seseorang, kita akan dapat rasa perasaan sama yang dirasai oleh dia..tak kiralah sama ada gembira, sedih, marah, kecewa & sebagainya..orang kata umpama cubit peha kiri, peha kanan juga turut terasa..apatah lagi orang tu merupakan adik beradik kita sendiri..tambah2 lagi twin @ kembar pulak tu..emm~

Hari nie, emosi saya rasa tak menentu..kadang2 secara tiba2 teringat sangat2 kat twin saya tu..selalunya kalau datang rasa sebegini, saya dapat mengagak yang twin saya tu mesti ada problem ataupun sedang bersedih..tapi malas saya nak pk sangat & saya just buat tak tahu je lah..tapi bila petang tadi masa dalam kelas dia tepon cakap nak ngadu sesuatu, dan saya tahu perasaan saya itu benar..memang dia sedang bermasalah!..dah semestinya la saya rasa susah hati..jadi saya just cakap kat dia masa tu, tepon malam nanti je la sebab kelas belum abes lagi..

Lepas tu tadi dia tepon & cite segala benda yang dia rasa..saya memang tak boleh tahu kalau dia ada masalah, jadi seboleh mungkin saya cuba tolong mana yang terdaya..masalah tak adalah besar mana pun, cuma bila ada masalah dia memang lebih suka berkongsi dengan saya..dan saya tahu kelemahan dia, masalah yang kecik pun kadang2 boleh jadik besar pada dia..jadi saya tak mahu dia terus terbeban pk benda tu sume..saya cuba jugak bantu mana yang patut..dan Alhamdulillah, syukur bila dia cakap yang dia tak apaa2..apa2 pun semoga dia kuat & terus sabar..InsyaAllah..AMIN~



p/s : hidup nie tak akan matang kalu x diuji dengan masalah..
Jadi, selalulah tabah..T____T

.::WASSALAM::.

Thursday, February 10, 2011

Tak Selamanya Kita di Atas~


.::SALAM::.

Percayalah..kita memang akan merasa bahagia dan seronok apabila berada di kelompok teratas..sehinggakan langsung tak berupaya lagi mata untuk menunduk dan memandang ke bawah..tapi,bila sampai saatnya kita jatuh tersungkur, kita akan merasa kecewa dan sakitnya..ibarat pusingan roda, kadang kita di atas, kadang kita di bawah..

*Apa daa yang ekau mengarut nie Eda??huhu*

Emm, tak ada apa2..just nak bercerita sedikit tentang makhluk Allah yang bergelar manusia nie..rapuhnya hati manusia nie kan sehinggakan kadang2 cepat sangat taksub & angkuh dengan segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya..kadang2 Allah tu menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita nak hadapi langsung, kita akan rasa sedih & kecewa sangat2 time tu kan..dan memang nyatalah saat tu yang Allah sedang menguji kita..tapi, kita juga perlu ingat..kadang2 Allah jugak berikan kita kegembiraan dan kesenangan dengan tujuan menguji kita juga..cuma dalam situasi yang berbeza..

Lumrah manusia mungkin, bila senang je akan merasa sedikit bangga dan riak..apatah lagi bila di kelilingi dengan wang & harta kekayaan..cepatnya berubah perilaku yang dulunya suka bertegur sapa sesama jiran & berkongsi cerita itu & ini..sekarang??sudah lain..Ya! saya bercakap berdasarkan pengalaman & pemerhatian saya terhadap hamba Allah yang satu ini..memang berbeza tingkah & perangainya setelah merasa sedikit kesenangan, sudah tiada lagi masa untuk bersama jiran tetangga bergaul & bermesra..memang sangat ketara perubahannya..lebih senang menjauhkan diri daripada orang sekeliling & hidup dengan keluarga sendiri..tidak terfikirkah andainya suatu masa nanti bila saatnya tiba mereka juga akan merasa susah & getir..dan mungkin saat itu mereka memerlukan pertolongan jiran yang telah dilupakan ini..

Emm, cepat sungguh manusia ini lupa diri apabila diuji dengan wang & kesenangan bukan??Moga saya & anda semua dijauhkan daripada perasaan bangga & angkuh apabila diberikan ujian kesenangan oleh-Nya kelak kerana kita sendiri tidak tahu bila mana selamanya kita akan berada di atas & akan tiba masanya pula kita akan berada di bawah..itu semua lumrah alam..tidak selamanya kita akan dapat menikmati kesenangan seandainya kita merasa angkuh & takbur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh-Nya..Wallahu'alam..^__^

*p/s : Luahan hati seorang jiran yang serba daif..hihi~

.::WASSALAM::.