Followers

Saturday, January 8, 2011

Rindu itu anugerah~


.::SALAM::.

Terpanggil untuk berkongsi sedikit rasa dengan MY INCEK BLOG ini secara tiba2..

*sob..sob..sob*

Ishhh, x tahu la kenapa perasaan nie tiba2 je rasa sedikit KOSONG..
*banyak kosong sebenarnya..='(

Sekarang nie assignment memang tengah berlambak..sampai x tahu nak buat yang mana satu..tapi, sekarang nie sy tengah cuba menyiapkan sebuah novel pendek yang panjang nya lebih kurang 6000-10 000 patah perkataan..
*eh, tadi cakap pendek, lepas tu panjang pulak, mana satu daa..dua2 la senang cite..=p

Dalam pada duk menyiapkan novel nie, boleh pulak hati rasa sedih tiba2..sayu je rasa teringat kat rumah & adik2..='(

Yup, teringat aktiviti kat rumah yang selalu sy & adik2 buat bersama masa cuti semester hari tu..uwaaa, rindu nak balik..baru satu minggu kot balik U..ada tiga minggu lagi nak tunggu cuti Chinese New Year..rasa macam lambat pulak masa berlalu..

Kalau kat rumah, sy suka sangat tengok gelagat adik2 yang akan bergaduh sesama sendiri sebab berebut nak main game dekat lappy kesayangan sy nie..kadang2 geram jugak nak marah n tak nak bagi diorang bukak laptop tapi bila difikir2 balik, sy suka suasana itu..riuh rendah rumah kalau diorang semua bertekak, sampaikan adik lelaki yang bongsu boleh siap nangis lagi sebab berebut dengan kakak2nya..anak manja memang macam tu kan..=)

Rindu jugak nak kuar jalan2 dengan diorang walaupun just kuar simpang yang jauhnya sekangkang kera je dari rumah..tapi, tu semua memang sangat berbaloi sebab kami adik beradik sememangnya sangat rapat antara satu sama lain..rindunya!!!

Mesti ada yang cakap "dah tua besar pun macam budak2, nak rindu2 rumah"..x kesah la kan..bila Allah dah anugerahkan perasaan mcm nie, just terima dan redha je la walaupun sy sebolehnya cuba buat2 x kesah dengan perasaan sendiri..konon nak berlagak kuat+kental hati tapi........ke laut jugak..huhu..

RiNDU kat ~GENG LADAYANA~



rindu nak kuar simpang sama2..


degil n x dengar ckp mcm mana sekalipun, tetap jugak rindu kat budak yaya nie..
*paling degil...


rindu nak beli belah sama2 walaupun just dekat pasaraya target je..huhu


rindu nak 'smackdown' je diorg nie kalu x dengar ckp n malas2..=))
baiknya la hai..kakak sapa la nie..huhu


rindu kat budak manja nie jugak..
*panas baran n suka menangis kalau x dapat apa yg dia nak..haihh..

and the last but not least...
.
.


rindu jugak dekat pak cik MASHiMARO nie..
*tgk, dia siap nak masuk dlm beg lg..nak ikut p TM sama..=))


Tak sabarnya nak cuti lagi!!!
*sabar2..

**perubahan cuaca di kota Tanjung Malim nie menyebabkan sy selsema & batuk2..sangat2 x selesa..=(

.::WASSALAM::.

No comments: