Followers

Thursday, August 18, 2011

Alhamdulillah...Ketika ini aku bahagia~


.::SALAM::.

Sesuatu yang gembira harus dikongsi bukan??Yup!Lately hati dan emosi telah kembali tenang seperti sediakala..Alhamdulillah, untuk nikmat itu Ya Allah..Perlu kita ingat, dalam menjalani kehidupan ini tak semuanya perlu sentiasa indah setiap masa..kerana PAHIT MANIS yang dilalui itulah kehidupan sebenar..sentiasa hadapi ia dengan penuh ketabahan..

Selagi kita ikhlas, InsyaALLAH kebahagiaan itu pasti akan menjadi milik kita..jadi, sentiasalah hargai apa yang sudah berada di depan mata kita kerana mungkin inilah kebahagiaan yang kita cari..=))

MOOD : rindu dia~

.::WASSALAM::.

Tuesday, August 9, 2011

Percaya pada kesetiaannya~


.::SALAM::.



YA ALLAH...Kuatkanlah hati ini untuknya..Berikanlah aku ketenangan YA ALLAH..Selagi dia memerlukan aku dalam hidupnya, selamanya aku akan ada untuk dia...InsyaALLAH...

.::WASSALAM::.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan~


.::SALAM::.


Alhamdulillah..Allah masih memberikan peluang untuk merasai nikmat indahnya kedatangan bulan Ramadhan..bertemu sekali lagi Ramadhan untuk tahun ini..sama2lah kita mengambil peluang untuk merebut rahmat dan berkatnya bulan Ramadhan..InsyaAllah, besar ganjaran pahala yang menanti..

*sob..sob*
sedih..tak dapat menyambut puasa pertama di rumah..=(

.::WASSALAM::.

Selepas 6 Bulan, 1 minggu dan 6 hari~


.::SALAM::.

Yupp!Selepas 6 bulan, 1 minggu dan 6 hari akhirnya saya dapat bertemu dengan dia..perasaan?haruslah gembira..walaupun just jumpa sekejap je, tapi syukurlah..dapat jugak jumpa daripada non-ado langsung kan..dapat jugak peluang kenal dengan ahli keluarganya..alang2 dah dekat kan, jadi singgah la sekejap..sekejap??konon2 la sekejap..tapi lepas tu terperangkap dalam bencana alam pulak..ribut melanda Port Dickson..emm, memang insaf la bagi sesiapa yang berada di kawasan kejadian tu..*siap ada yang menangis ok*..

Apa2 pun, syukur Alhamdulillah..Allah masih sayangkan hamba-Nya nie..masih memberikan ruang dan peluang buat diri ini untuk memohon keampunan daripada insan2 terdekat..masih memberi peluang kepada diri ini merasai nikmatnya kedatangan Ramadhan..emm, memang ingat mati je lah semalam..teringat muka mak,ayah & adik beradik..tak sempat minta maaf lagi..huhu..=(

Emm, begitulah kehidupan kita nie kan..dalam suka2 tetap ada dukanya kan..jadik selalulah beringat..dan mungkin kejadian yang berlaku semalam terkandung 1001 hikmah yang kita sendiri tidak tahu sebab dan musababnya..Wallahu'alam..

.::WASSALAM::.

Friday, July 29, 2011

Alhamdulillah~


.::SALAM::.

Pagi tadi, pensyarah saya telah datang menyelia..jadi dari hari khamis lagi perasaan memang dah berdebar2 dan rasa macam boleh ke saya buat yang terbaik??haihhh!sangat2 takut okep..pagi Jumaat memang akan diadakan majlis bacaan Yaasin..kelas saya start awal pagi iaitu pukul 8.40 pagi..bacaan Yaasin + tazkirah pulak start pukul 7.30..jadi, saya agak risau jugaklah takut tak sempat nak setup bahan mengajar..

Tapi, Alhamdulillah..atas bantuan seorang guru, segala2nya berjalan sebagaimana yang dirancang..walaupun pada awalnya saya agak takut memikirkan keadaan pelajar2 saya..takut sebab mereka merupakan kelas yang agak lemah dan sangat2 aktif..kadang2 sukar mendengar sesuatu arahan yang diberikan dengan baik..sepatah saya tanya, berpatah2 dijawabnya..haishh!kadang2 geram..

Risau andaikata gagal mengawal kelas dengan baik..tapi saya mampu menarik nafas kelegaan apabila mereka berkelakuan baik je..memang terbaiklah..huhu..dan saya sendiri dapat lihat mereka tertarik dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan..dan bila abes je kelas, debaran di hati bertambah2 la laju kan..mana taknya, nak mendengar komen daripada pensyarah..huhu..

Dan sangat2 bersyukur bila pensyarah banyak memberikan komen2 yang positif tentang pengajaran yang saya lakukan..namun, masih tetap ada kekurangannya dan saya telah meminta nasihat dan tunjuk ajar daripada beliau..mudah2an untuk penyeliaan yang akan datang saya mampu memberikan yang lebih baik..InsyaAllah..

Ada beberapa gambar yang diambil oleh pensyarah saya sendiri semasa saya melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar2 saya..haihh!sempat lagi...hihi~



Banyak pulak diorang nie tanya hari nie,padahal x rajin2 nak tanya..apa2 pun diorang tetap terbaik..=p


Haih!dalam hati Allah je yang tahu..takutt!=)


Time nie memang nak cepat abes mengajar je..huhu~

.::WASSALAM::.

Saturday, July 23, 2011

Maaf Incik Belog~


.::SALAM::.

Wah!Rindu belog kesayangan hamba nie..sangat,sangat,sangat dan sangat lama tidak di update..terbengkalai dan bersawang di sana sini..kesian Incik Belog nie..emm, nak buat macam mana dapat Cik Puan Belog yang pemalas macam saya..

Sebenarnya bukan malas nak update..tapi terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai guru pelatih..asyik nak kena fikir buat rancangan pengajaran je..balik sekolah pun kadang2 dah lewat..sampai umah dah tak larat nak buat apa-apa..malam je tido awal..huhu..masa bila nak update belog??memang tak lah!^__^

Emm, nanti ada masa saya akan gigih meng'update' belog..sekarang macam agak malas dan masih sibuk lagi..nak kena fikir buat rancangan pengajaran yang terbaik untuk pensyarah yang akan datang 29 Julai nanti..berdebar!Kali pertama akan diselia..wish GOOD LUCK untuk diri sendiri..hehe..OKEP,cukuplah dulu sampai di sini..ada masa saya update kamu lagi ye Incik Belog..=))

.::WASSALAM::.

Monday, May 23, 2011

Dia CINTA~


.::SALAM::.

C.I.N.T.A itu satu perjalanan dan P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N itu satu destinasi...

Walaupun terdapat ramai manusia di setiap P.E.R.H.E.N.T.I.A.N, namun hati terus memandang pada yang S.A.T.U kerana S.E.T.I.A itu perlu...

Mungkin T.A.W.A.R hari ini adalah M.A.N.I.S untuk hari esok kerana Allah sentiasa menjanjikan kebahagiaan di sebalik kesusahan dan kedukaan yang melanda...

Teruskan menjadi seperti P.E.L.A.N.G.I, walaupun hadir sementara tetapi warnanya sentiasa terbayang di ruang mata...=D



.::WASSALAM::.

Friday, May 20, 2011

"Sakinah Boutique 1st Giveaway"


.::SALAM::.

Rasa terpanggil untuk join GA yang dianjurkan oleh Cik Sakinah Yang Ini aka Akin..hihi..sape2 yang nak join GA nie, jemput2lah ye..mana tau boleh menang hadiah vogi da vass daripada butik online Akin nie kan..=D

Okep!!Kat bawah nie ada banner tuan yang menganjurkan GA nie..


Jom Join Beramai2!!

Tarikh Tutup : 30 Mei 2011 tepat pukul 12 Tengah hari okep!=D

Untuk itu, saya nak tag 3 orang blogger untuk sama2 join GA nie..


SELAMAT MAJU JAYA!!=D

**Hope tak terlambat lagi utk join**

.::WASSALAM::.

Thursday, May 19, 2011

I'm Back (^^,)


.::SALAM::.

Pertama2 sekali, nak ucap TAHNIAH kepada diri sendiri sebab berjaya menghasilkan entry pertama untuk bulan Mei nie..huhu..agak lama ye tak meng'update' belog kesayangan nie..bulan Mei nak habis dah kot, baru nak masuk entry pertama..nak buat macam mana kan, kemudahan internet non-ado bila dah tak menginap di KHAR tercinta..tak dapat dah wifi UPSI-JARING...ngeee~

Ini pun online pakai internet free kat sekolah..haha..tengah2 tak mengajar nie, boleh lah amik kesempatan cket kan..Yupp!Dah hampir dua minggu berpraktikum di Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Baru Si Rusa, Port Dickson..emm, belum boleh dipastikan dengan yakin seyakin2nya sama ada sekolah nie okep ataupun tak..yela, semua cikgu kat sekolah nie pun belum kenal sepenuhnya lagi..tapil, majoriti cikgu2 sekolah nie mesra alam..Pengetua & GPK pun ok je, sangat mengalu2kan kedatangan kitorang semua kat sekolah nie..syukur di situ..=D

Kat sekolah nie saya mengajar pelajar Tingkatan 1 Cadet yang merupakan kelas pandai dan Tingkatan 4 Gemilang yang merupakan kelas hujung..jadinya, pandai2 la agak sendiri kan kalu yang kelas pandai tu macam mana perangai pelajarnya, yang kelas hujung tu macam mana pulak kan..mula2 masuk kelas 4 Gemilang tu memang agak teruji la kesabaran diri nie..majoriti pelajarnya lelaki dan memang kepala tu degil2 semuanya la..haishh!!hari pertama masuk kena la tunjuk tahap kesabaran yang tinggi cket kan walaupun masa tu dah terfikir dalam kepala nie " Ya Allah, boleh ke tak aku kawal pelajar2 nie & berikan ilmu yang sepatutnya?"..dan bila dah masuk minggu kedua nie, rasa agak terkawal cket la kelasnya..insyaAllah, hope akan berterusan..penat kalau mengajar kelas hujung nie, bising macam pasar ikan..letih kalau nak menjerit je kan..huhu~

Emm, ada satu lagi perkara yang merisaukan saya dua, tiga hari nie..sebenarnya bukan dua, tiga hari nie je baru rasa tapi dari hari pertama masuk rumah sewa kat PD nie lagi dah rasa agak tak sedap hati..rumah sewa saya sebenarnya 'diganggu sesuatu'..malam2 memang seram la..nak tido pun tak berapa nak lena sebab takut..huhu..cuba untuk buat tak tahu je, tapi still teringat2 jugak..mudah2an takkan berpanjangan la..penat kalau pegi sekolah tak cukup tido..tak sabar nak tunggu minggu depan sebab dah nak start cuti sekolah..2minggu kot, boleh bersenang-lenang cket..hihi~

.::WASSALAM::.

Wednesday, April 27, 2011

Menghilang Sebentar~


.::SALAM::.

Menghilang??Yupp!nak menghilang sebentar daripada meng'update' belog kesayangan selepas nie..huhu..Al-maklum-lah, baru je lepas abes menjawab paper yang terakhir pagi tadi..means lepas nie akan pulang ke rumah untuk bercuti..tapi cuti sekejap je lebih kurang seminggu sebab lepas tu saya akan berpraktikum di Port Dickson..jadinya, bila dah pulang ke rumah nie kena faham2 la..kat rumah tak ada kemudahan internet..huhu..kalau nak ke CC macam agak malas lah pulak..terpaksalah membiarkan incek belog dipenuhi sesawang ye..hihi~

Kalau nak upah maid nanti mahal pulak kan..huhu..jadinya, terpaksalah biarkan je belog nie tak terjaga..emm, tapi andai kata rajin nak ke CC & ada sesuatu yang ingin dikongsikan, insyaAllah..belog nie tetap akan di'update'..susah jugak tak ada kemudahan internet nie kan, lepas nie dah tak boleh nak blogwalking kat belog2 feberet saya..emm, jangan lepas nie terasa malas terus nak meng'update' belog sudah..heheeee..sampai ketemu lagi ye incek belog!!!..^_____^

http://www.emocutez.com

.::WASSALAM::.

Tempat jatuh lagikan dikenang~


.::SALAM::.

Lompat2 gumbira..huhu..ehh!!tak boleh hepi2 sangat, esok masih ada paper yang menanti..hehe..hepi sebab esok dapat pulang ke my home sweet home..gembira jugak sebab esok dah paper terakhir untuk semester nie, merdeka yeayyy!!merdeka sekejap je tu..emm, ketar lutut la pulak bila memikirkan bulan 5 nie bakal melaksanakan praktikum di sekolah..harus banyak cabaran yang menanti..semangat memang nak kena kuatlah..harap dapat hadapi karenah para pelajar yang pelbagai ragam dan mungkin juga karenah pentadbiran sekolah (harap2 sekolahnya ok je)..

Emm, dalam pada duk bergumbira nie, terasa agak sedih jugaklah hati nie..huhu..sedih bila pk kan yang saya akan berpisah dengan kawan2 dalam tempoh masa yang agak lama jugaklah, terutamanya nak berpisah dengan kawan baik..*sob sob*..kawan yang selalu ke hulu dan ke hilir bersama2..ke kelas sama2..ke mana2 sajalah..tak pe lah kan, orang kata setiap perpisahan itu akan menghadirkan sebuah rasa rindu yang ikhlas datang dari hati..moga kita akan sentiasa mengingati antara satu sama lain..T_____T



~Noor Hidayah~
sangat baik hati..=)


~Norul Atikah~
Penglipur lara nie, suke wat org sekeliling dia ketawa..=D


~Noraida~
Sohpannnn dan lemah lembut..huhu..


~Maslizaini~
Feeling ala2 permaisuri pulak..hihi~


~Nurasikin~
Haaa, yang nie bakal housemate & roomate dekat PD nnti..
Kita je tak berpisah kannn??^__^

Apa2 pun, semoga kita semua akan berjaya dunia & akhirat..
Sentiasa doakan kejayaan bersama..

.::WASSALAM::.

Tuesday, April 26, 2011

Kembali melihat ke dalam diri~


.::SALAM::.


http://www.emocutez.com

Dalam kita melangkah...



http://www.emocutez.com

Terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terjatuh sakit pedihnya terasa...



http://www.emocutez.com

Namun ketahuilah dan renunglah kembali ke dalam diri...



http://www.emocutez.com

Kerana air mata tika itu mungkin hadir kerana DIA ingin kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 kita yang pernah tersasar daripada landasan kehidupan...



http://www.emocutez.com

Semoga kita tabah dan sentiasa dititip IMAN~
~A.M.I.N~

.::WASSALAM::.






Wednesday, April 20, 2011

Iyeeeelah Mak~


.::SALAM::.

Dalam pukul 8 lebih tadi mak saya tepon..eh!belum sempat saya tepon, mak dah tepon dulu..huhu..ingatnya nak tepon lewat sikit tadi, dalam pukul 10 macam tu nak ingatkan mak supaya doakan saya untuk paper esok..tapi mak saya ingat jadual exam saya, sebab tu lah dia yang tepon saya dulu..jimat kredit ye di situ..hihi..sebelum mintak doa & restu untuk paper esok sempat dulu saya tanya dekat mak pasal bola semalam sape yang menang..erk?macam tak ada kena mengena pulakkan boleh tanya pasal bola dekat mak..haaa, tak payah peliklah..mak saya memang peminat bola jugak okeh..huhu..tapi mak tak jawab terus pertanyaan saya tu, dia cakap tak payah pk pasal lain, pasal bola ke apa ke..esok tu jawab elok2, tak ada soalan pasal bola..ambikkk ko!!haha..emm, iyeee la mak..tu je yang mampu saya jawab..huhu..haihhh!!cepatlah masa berlalu..rindu mak ayah, rindu rumah, rindu semuanya lah!!=(

.::WASSALAM::.

My Luvly Twin_Sy rindu kamu!!!


.::SALAM::.

Emm, tak tahulah kenapa dari semalam lagi hati dan fikiran nie asyik teringat2 kat my twin nun jauh di Johor sana tu..SERIUS!!Rindu giler kat dia..dalam dua, tiga hari jugaklah tak dengan suara dia sebab dia cakap lately dia busy sangat dengan keje..asyik2 OT je memanjang..lepas tu bila balik keje penat, terus tido & esok harinya bangun seperti biasa pergi keje..sekarang hari sabtu pun dia kena keje..pendek kata, keje, keje dan keje..T____T

Tak apalah, tak lama dah nak balik rumah..minggu depan dah boleh berjimba2 sekejap kat rumah dengan dia..tu pun kalau hari minggu dia balik rumah sebabnya sekarang nie cuti dia just hari ahad je..huhu..hope dapatlah dia balik, sekejap pun jadilah sebelum saya pergi praktikum dekat Negeri Sembilan nanti..Haishh!Kecut perut lah pulak bila fikirkan pasal praktikum nie..huhu..takut weh kena buli dengan anak murid..Emm, apa2 pun kena kuat semangat lah nanti..tapi, dalam pada kecut perut tu, saya tetap rasa tak sabar berpraktikum..nak tengok gelagat pelajar2 yang pelbagai jenis & masa praktikum nie nantilah saya boleh tengok diri saya sendiri sama ada mampu atau tidak menjadi guru yang hebat dan terbaik kepada bakal pelajar2 saya nanti..hope sooooo..insyaAllah..eh!dah terlari tajuk pulak..huhu..(^^,)



Rindu nak borak2 together2..huhu..=(

.::WASSALAM::.

Monday, April 18, 2011

Bukan mudah sebenarnya~


.::SALAM::.

*Mintak sori dulu kalu entry nie berbau agak jiwang yep*

Tengah break jap daripada study nie sebenarnya..study sekejap je tapi break tak nak lama pulak kan..haha..virus malas sedang menguasai diri, nak buat macam mana kan..hihi..haihh!rindu gilesss kat si dia..nasib normal lagi je time nie..hahatapi harus sabar dan sabar la..orang kata, bukan mudah sebenarnya bercintan-cintun jarak jauh nie atau omputih kata "long distance"..hehe..kalau tak sabar, memang takkan ke mana la hubungan yang dibina bertahun2 nie kan..+___+

Bila masing2 jauh nie, apa yang penting dan harus ada ialah sikap saling percaya..kalau tak ada kepercayaan nie, haishh..masing2 kena say gudbye je la agaknya..huhu..kepercayaan nie penting sebab ia merupakan kunci atau asas untuk mengekalkan sesuatu hubungan..tapi, pada saya percaya tu pun kenalah berpada2, dan kena ada jugak SEDIKIT rasa curiga kadang2 tu..sebabnya kalau tiba2 kita dikhianati, tak ada lah kita rasa frust menonggeng kan..haha..tapi, apa2 pun saya selalu berharap supaya hubungan nie terus dipelihara oleh-Nya dan menemui penghujung yang pasti..AMIN~

Bukan mudah nak mengekalkan hubungan yang terjalin untuk tempoh masa yang lama nie..yup!sedar tak sedar hampir 6 tahun lebih dah..rasa agak berbaloi2 jugaklah bercintan-cintun-zaman-sekolah nie walaupun mula2 rasa macam ntah hape-hape..hehe..dan tak semua cintan-cintun zaman sekolah tu cinta monyet yep..kalau kita sama2 pandai menjaga hubungan tu, insyaAllah akan selalu dipelihara oleh DIA..emm, tapi bohonglah kan kalau saya cakap sepanjang tempoh masa tu tak pernah langsung gaduh2..haihh!mesti ada punya lah..dan pada saya tak best la pulak kalau asyik2 hepi je kan, tak challenging la pulak nanti..biar ada sedikit drama dalam hubungan tu, barulah penuh warna-warni kan..hehe..dan apa2 pun, harus eh wajib percaya pada jodoh yang ditentukan oleh Allah..kalau cintan-cintun 8 atau 10 tahun sekalipun andai kata Allah dah tentukan jodoh kita bukan dengan dia, maka takkan jadik jugak kan..doa tu penting supaya hubungan sentiasa di rahmati..^__^

Sedar-tak-sedar, hari nie dah genap 3 bulan dia berjuang dengan lifenya yang baru..walaupun kadang2 dia mengadu cakap penat dan bosan, tapi saya tahu dia kuat semangat..emm, cumanya sekarang nie saya terlalu risau dengan tahap kesihatan dia..walaupun berpuluh kali dia cakap ok dan tak ada apa2, tapi saya still rasa risau jugak..tambah2 pulak dengan tahap keselamatan kat sana yang tak berapa nak meyakinkan saya, macam2 fikiran negatif timbul dalam kepala nie..tapi, harus positive thinking..moga dia selalu dilindungi oleh-Nya..



Selalu percaya pd ketulusan AISHITERU~

.::WASSALAM::.

Saturday, April 16, 2011

Permulaan yang baik~


.::SALAM::.

Final exam untuk paper pertama iaitu semantik dah bermula seawal jam 9 pagi tadi..huhu..dan pada saat entry nie ditaip, saya rasa dah macam separuh merdeka walaupun sebenarnya ada empat lagi paper yang bakal menanti..ahaha..ala2 pra merdeka la sebabnya paper nie saya paling takut+kecut perut nak menjawabnya..tapi, bila tadi jawab..Alhamdulillah..saya rasa saya dah jawab yang terbaik..apa yang saya baca, itulah yang masuk dan sekarang terpulanglah pada lecturer nak bagi A atau A dan A jugak..huhu~

Harapnya, semua nie akan menjadi satu titik permulaan yang baik untuk paper2 yang seterusnya..mudah2an dapat jawab sebaik hari ini..agak senang hatilah hari nie..lepas balik exam pagi tadi terus qada' tido..hehe..tambah2 makan ubat batuk pulak tu, memang terus fengsaaan la kan..hehe..bangun pun mamai2 je lepas tu..now nak kosongkan balik kepala nie betul2 dulu lepas tu baru sambung study lagi untuk paper2 yang seterusnya..nak refreshkan kepala nie dulu sebab paper yang akan datang nie 21hb, kira ada masa lagi la nak bersenang-lenang jap..layan Maharaja Lawak dulu..^__^

.::WASSALAM::.

Thursday, April 14, 2011

Demam Exam~


.::SALAM::.

Ahh!Exam ke tak exam ke & demam ke tak demam ke, tak kiralah..nak update jugak belog kesayangan nie..huhu..tinggal esok lusa je nie nak exam..tiba2 pulak bangun pagi tadi rasa macam tak sedap badan..seram sejuk je rasa..tekak perit sangat sebab batuk..dan hidung pulak, faham2 je la kan..Haishh!Semua nie menunjukkan simptom2 nak demam..aiyooo!!Janganlah demam teruk2 sebab comfirmlah tak selesa nanti nak menjawab exam..emm, nasib baiklah dah habis study..cuma nak kena ulang2 baca jugaklah, kang nanti hilang pulak kalau nak tunggu hari exam..emm, demam exam la nie agaknya..hope, akan ok2 je nanti..plan nak makan ubat malam nie & lepas tu tido je..hope tak terbabaslah nak bangun esok pagi..kena hadiri seminar lah pulak..kena datang sebab ada markah..^__^



Ehh!!gaya gambar macam demam cinta je..kuikuikui~
Sekadar hiasan semata2..=D

.::WASSALAM::.

Tuesday, April 12, 2011

Sentiasa percaya dengan HIKMAH yg dijanjikan Allah~


.::SALAM::.

Singgah sekejap jenguk2 blog kesayangan nie walaupun sedang m'busy'kan diri untuk study dan study..tapi, tak adalah study mana pun sebab saya nie bukan jenis atau kategori orang yang boleh tumpukan perhatian 100% dengan apa yang saya baca..banyak jugak main2nya time study nie..kejap2 kang jalan2 kat ruang tamu..kejap2 kang sembang2 dengan roomate..emm, macam tu la style saya study..lepas tu baru sambung study lagi..nie pun, kiranya break jap la..lepas nie sambung balik kalu mata nie tahan lagi..kalau tak, bangunlah awal2 pagi sambung..itupun kalau tersedar bunyi alarm kan..hihi~

Lately nie, banyak sebenarnya perkara yang mengganggu fikiran..orang kata dugaan nak exam la nie kan..tengah2 nak exam, macam2 pulak dugaan yang datang..tapi, Alhamdulillah..masih mampu bersyukur sebab saya anggap dugaan saya nie tak ada lah berat mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin lebih berat dan besar dugaannya..jadi, saya masih dikira beruntung dan harus bersyukur sebenarnya..dua, tiga hari lepas perasaan tak berapa nak stabil..rasa macam down pulak bila fikirkan macam2 perkara nie..sampaikan nak study pun macam tak ada mood je..emm, terus saya mesej ayah bagi tahu kat dia yang saya tengah susah hati sebab baca buku tanpa faham apa2 pun yang saya baca dan ingatkan dia jugak yang saya start final exam sabtu nie..sempat jugak saya mintak kata2 semangat daripada ayah..dan semalam baru ayah balas mesej saya dengan kata2 yang cukup ringkas tapi mampu membuatkan semangat saya berkobar2..

"Bina kejayaan dengan segala kudrat yang diberi..ayah mak selalu ada"

Sungguh tersentuh hati!!Yupp, mak ayah selalu akan jadi inspirasi saya untuk terus saya kuatkan semangat belajar dan belajar sampai saya dapat apa yang saya nak..terima kasih MAK..terima kasih AYAH..hati rasa lebih tenang untuk study lepas tu..emm, percayalah yang setiap sesuatu masalah, dugaan dan ujian yang Allah turunkan kepada kita takkan sesekali DIA membiarkan kita keseorangan menghadapinya walaupun pada hakikatnya kita sendiri tak yakin yang kita mampu melaluinya..emm, sungguh hati saya saat nie rasa lebih tenang dan lapang..lebih lagi lapang bila dapat panggilan daripada dia yang sihat2 je..Alhamdulillah..segala2nya terkawal..tambah lagi senang hati bila dapat berita yang tak disangka2 daripadanya..dan yang pastinya, Allah itu Maha Mendengar segala2nya..Syukur~

.::WASSALAM::.

Monday, April 11, 2011

Cukup2lah!


.::SALAM::.

Cukup2lah diulang benda yang sama..orang yang mendengar pun pandai fikir dan menilai..janganlah sampai sikap dan kata2 kita yang terus menerus itu akan menimbulkan rasa MELUAT dan BOSAN di hati orang yang mendengarnya..penat kalau asyik nak dengar perkara yang sama..tak ada masalah, tak perlulah mencari masalah..benda yang simple tak perlu diperbesar2kan..akal dah cukup matang untuk berfikir sebab segala keputusan tu semua bergantung pada diri sendiri..dan bila sesuatu keputusan tu dah diambil, tak perlulah berulang kali nak ungkit mengungkit..sungguh!sampai bila takkan kemana..

.::WASSALAM::.

Sunday, April 10, 2011

Daya ingatan semakin tumpul~


.::SALAM::.

Minggu depan, 16hb dah start final exam untuk 1st paper iaitu Semantik dan Pragmatik..dah start study pun untuk paper tu dua hari sebelum nie..tapi yang merisaukan hati nie bila apa yang saya baca saya rasa tak 'lekat' mana pun dalam kepala nie..bab 1 pun belum abis baca lagi..susah sangat rasanya nak faham apa yang saya dah baca..rasa fed up pulak bila asyik nak kena hadap tajuk yang sama tapi sampai ke sudah tak faham jugak..kalau faham pun, just 'lekat' untuk tempoh masa yang singkat je..misalnya kalau study malam2, lepas tu bila esok bukak tajuk yang sama dan cuba nak ingat balik apa yang dah dibaca semalam terus tak berapa nak ingat..Haishhh!!Banyak sangat makan semut agaknya..

Mungkin jugak sebab belum dekat lagi dengan hari peperiksaan jadi study pun main2 je..ehh!tapi minggu depan je kot..uhuhu..takkan nak kena tunggu ada pressure dulu baru nak study betul2..emm, jangan time tu dah terlewat & terkejar2 dah la..buat masa nie, kena study tajuk yang senang masuk dalam kepala nie dulu..tajuk2 yang agak susah tu, nanti2 je..mudah2an Allah permudahkanlah segala2nya dan berkati setiap ilmu yang diterima selama ini..AMIN~

.::WASSALAM::.