Followers

Wednesday, January 26, 2011

Kenali Personaliti Bulan J.U.N~(^^,)


.::SALAM::.

Entry bosan & saja2 ye...hihi~

AMARAN : Entry Panjang & merepek-repek serta boleh menyebabkan muntah HIJAU~kuikuikui..yang berani je boleh baca..(ada ke orang nak baca Eda oiii!!)

Emm, kita sebenarnya adakalanya gagal untuk mengenali diri kita sendiri kan??..sebab tu banyak sangat tanggapan yang timbul terhadap diri sendiri & biasanya personaliti atau perwatakan diri seseorang tu banyak dikaitkan dengan bulan & tarikh kelahiran masing2..jadinya, saya tertarik dengan kajian yang dilakukan oleh Dato' Dr. Fazilah Kamsah berkenaan "Mengenali Personaliti Diri Melalui Bulan Kelahiran"..ketinggalan zaman la minah nie, dah lama kot Dr. Fazilah Kamsah tu buat kajian pasal nie semua..huhu..ekau baru nak buat entry..ahh!!tak kira!!~ tapi, saya tak ada la terlalu obses untuk percaya semua nie ok..kalau sekadar ingin dijadikan panduan ok la sebab segala personaliti & perwatakan diri kita nie adalah di bawah bidang kuasa-NYA yang menciptakan kita..jadi, hanya DIA yang tahu segala2nya..^_^

Saya tertarik untuk melihat personaliti yang digariskan oleh Dato' Dr. Fazilah nie tentang mereka yang lahir pada bulan Jun sebab saya lahir pada bulan Jun..tak ada sebab la kan saya nak tengok personaliti individu yang lahir pada bulan selain dari Jun..mesti la nak tengok & tahu sesuatu yang merujuk kepada diri sendiri kan..hehe..Okep..kat bawah nie ada beberapa personaliti yang dimiliki oleh mereka2 yang lahir pada bulan Jun~

Berfikiran jauh & berwawasan
Mestila, sebab adanya wawasan, adanya kejayaan~

Mudah ditawan kerana sikap baik
Ditawan??tidak kot..ingat budak2 ke senang2 utk digula2kan..hihi~

Berperangai lemah lembut
Haruslah..kata wanita sejati kan..kuikuikui~

Mudah berubah sikap, perangai, idea & mood
Emm, tidak dinafikan..hehe..kadang2~

Idea yang terlalu banyak di kepala
Banyaklah sangat..idea bukan2 ye la banyak..huhu~

Bersikap sensitif
Tengok isu la jugak kan..isu sensitif nie biasanya melibatkan ISA kan??ehh!ape kena mengena pulak daaa~

Mempunyai pemikiran yang aktif (suka berfikir)
Suka berfikir??Yupp! Tepat sama sekali..tapi, time STUDY WEEK je kot..huhu~

Suka melakukan sesuatu dengan segera
Memang tak suka bertangguh..bertangguh tu kan PENCURI MASA..tapi, kadang2 normal la bila dah malas tu..hihi~

Bersikap suka menangguh2
Ehh! Tak cukup jelas lagi ke kat atas tu..hampir sama je dgn yang atas tu kan..malas la nak ulang2 nie..benci tau!!..*lol*

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
Terlalu memilih??means cerewet la kan??ehh! Tak kot..saya orang yang simple makanya, tak ada la nak memilih sangat dalam semua perkara..betul!!^_^

Cepat marah & cepat sejuk
Mungkin jugak..biasalah manusia nie kan..Istighfar banyak2 je la setiap kali marah, mesti leh cool balik..cayolah cakap den..=))

Suka bercakap & berdebat
Bercakap tu perlukan utk suarakan apa2 saja..dan kalu ada pendapat yang berbeza dengan orang lain, haruslah berdebat & menghujahkan pendapat sendiri tu kan..=p

Suka buat lawak & bergurau
Yupp!!sebab saya suka ketawa "hahaha" dengan kawan2..just untuk menceriakan suasana..(^^,)

Mudah berkawan & pandai berkawan
Berkawan tu perlukan..kawan2 melengkapkan kehidupan..Ya!!Saya suka berkawan dengan semua orang..

Orang yang sangat tertib
Emm, no komen la~

Mudah kena selesema
Ini betul!!Bangun pagi kalu tak bersin & selsema memang tak sah la..haishhh!!=(

Suka berkemas
Yupp!!Saya sukakan suasana yang teratur & bersih..

Cepat rasa bosan
Dah kalau selalu sangat buat benda yang sama berulang kali haruslah cepat bosan kan..Emm, kalau dah hari2 nak kena makan nasik mestilah jemu & bosan jugak..sekali sekala nak jugak makan Chicken Chop ke, Pizza Hut ke, KFC tu semua kan??..hihi~

Suka pada barang yang berjenama
Sama sekali tidak tepat!!..ikut bedal je asal cantik & sedap mata memandang, jenama belakang kira..kalau nak diambil kira jugak, jenama tu kira jatuh tempat yang ke-100 la..=))

Kedegilan yang tidak terkawal
Semua orang ada tahap kedegilan masing2 kan..tapi tak ada la sampai tak boleh dikawal langsung...

Mudah menjadi eksekutif
Ehh!!Bila pulak nak jadik ESEKUTIF??..nak jadik CIKGU la~^_^

Sape puji dia musuh, sape tegur dia kawan
Emm, nie maknanya..TAK HIDUP DEK PUJI, TAK MATI DEK KEJI la..huhu~

Haaa, itu la antara personaliti atau perwatakan yang dimiliki oleh mereka yang lahir pada bulan J.U.N..anda pulak bagaimana???(^^,)

.::WASSALAM::.

1 comment:

Cik Ekien said...

Baiklah.. Kena keji selalu nie.. Hahahaah
Ko nie main kiasan2 lak..
Ckplah terus terang.. Xnak pujian..
Nak kejian jer.. Hahaha