Followers

Monday, February 7, 2011

Terasa Jauh Perjalanan Kali iNi~


.::SALAM::.

Hari nie (7 Februari 2011) dah masuk minggu ke-5 kuliah selepas bercuti SELAMA seminggu sempena CNY..lama ke??huhu...SEKEJAP sangat!!!=(

Semalam bertolak balik ke Tg Malim hampir pukul 4 jugak la..naik bas kat tempat biasa, Terminal Bas Kluang..agak ramai jugak la umat manusia kat situ..terutamanya pelajar la kan..itu baru dekat terminal bas..belum bas bergerak lagi kan..haruslah bas bergerak sopan je kan..haihh!!tension dah bila pk semua tu..over pulak, bukan ko yg drive kot..kira tolong tension kan bagi pihak driver bas tu la..huhuhu..^___^

Memang seperti yang dijangkakan..belum masuk highway pun jalan dah jam..tersengguk2 je bas bergerak..nak tido pun rasa tak best..memang penuh la jalan raya semalam dengan kenderaan, tak kiralah bas ke, kereta ke..semuanya tak sabar nak sampai ke destinasi masing2..bosan duduk dalam kenderaan yang lajunya macam siput..=,=



**Lihat bukti**

Kalu ikutkan, bas yang saya naik semalam boleh sampai pukul 7 lebih dekat Bukit Jalil, tapi disebabkan jam, memang lewat la sampai..hampir pukul 8 setengah jugak la..bas tak sempat nak masuk Bukit Jalil pun saya & kawan2 dah turun..dah tak sanggup la nak berlama2 atas bas tu..tambah2 bila tengok jam dah hampir pukul 8setengah..haishh!!tak boleh jadi nie, nak kejar bas ke Tg Malim pukul 9 pulak nie dekat Jalan Hang Tuah..memang agak nak tercabut jugaklah kaki nie..cepat2 naik bas rapid ke Jalan Hang Tuah..bila bas dah gerak tu kira lega cket hati nie,memang harap sangat boleh sampai tepat pada masanya..TAPI...memang sadis betul la driver bas rapid nie, tak berhenti pulak kat Jalan Hang Tuah tu..straight je jalan, memang tak sempat la kami2 nie nak buat apa2..huhu..rilek2 je berhentikan kitorang kat Puduraya tanpa rasa bersalah..padahal masa naik tu dah bagi tahu kot nak turun kat Jalan Hang Tuah..haihh, sabar je la..nasib baik driver bas tu sedar salah dia, minta maaf lagi..

Misi perjalanan tak berhenti setakat tu je sebab kitorang kena jugak kejar bas ke Tg Malim yang pukul 9 tu dekat Hentian Klang..adusss!!Tak ada pulak bas rapid yang nak ke sana, jadi penyelesaian terakhir terpaksalah naik teksi..fuhh!nasib la sempat sampai, kalu tak..jenuh la nak menunggu lagi..memang terasa macam satu hari je perjalanan dari Johor ke Perak kali nie..akhirnya, hampir pukul 10 setengah selamat jugak sampai ke Tg Malim..Alhamdulillah..penat memang dah tak ingat la bila jejak je kaki kat bilik tu, rasa nak tido time tu jugak..huhu..MORAL kat sini??Lain kali rancang perjalanan balik dengan sebaik2 nya..balik awal ke..balik awal???bukan eda la tu..hihi~

Terasa tahap ketensionan akan naik 100% la lepas nie..assignment banyak sangat, tak terhitung dek jari dah rasanya nie..huhh!..Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusanku sehari2..berikanlah aku kelapangan dada..AMIN~

**sebelum bertolak balik semalam, dan lagi buat 'drama'..huhu..sayu je hati nak tinggalkan mak,ayah semalam..boleh pulak ternangis..SERIUS!!sangat2 terasa hiba bila berjauhan dengan keluarga tersayang..memang tak cukup kebal dan kentallah hati bila m'hadapi saat2 macam nie..dahla lepas nie kena tunggu cuti semester baru boleh balik jumpa mak,ayah lagi..lama lagi kot..haishh,memang menderita la kat sini..emm, apa boleh buat???terima je la demi melunaskan TANGGUNGJAWAB yang maha besar...^__^

.::WASSALAM::.

3 comments:

Nadia Mashuri said...

org Johor rupe nya..
Kluang dekat mane?

~LaDaYaNa~ said...

hehe..naik bas je kat kluang..hihi~
duk kat simpang renggam, quarters penjara..^__^

ATikah Mustapa said...

salam mak en.

orang suh buat drama kat depan....xnak...time nak naik bus jgak la ko buat drama...