Followers

Friday, October 15, 2010

mampukah harapan semua dipenuhi??


.::SALAM::.

Sy kira hari ini merupakan hari yang ditunggu2 oleh semua rakyat Malaysia, di mana pada petang ini kira2 pukul 4 petang, Bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak..

Mungkin ramai yg akan tertanya2 mampukah harapan dan impian semua rakyat x kira penjawat awam/swasta dan golongan pelajar tanpa mengira kaum & agama mampu dipenuhi ataupun tidak..

Bagi penjawat awam ataupun kakitangan kerajaan, sudah pastilah mereka menaruh harapan tinggi untuk kenaikan pangkat dan bonus tahunan..(part nie la yg selalunya ayah sy tunggu2..hihi)

Bagi kakitangan swasta, mereka mengharapka suara mereka didengar apabila mereka meminta supaya pelaksanaan gaji minimum ditetapkan oleh pihak kerajaan..

Semua pihak menaruh harapan supaya apa yang diimpikan akan tercapai apabila Bajet 2011 dibentangkan pada petang ini..

Sy kira harapan yang tinggi juga turut disandarkan oleh golongan pelajar terhadap kerajaan supaya akan ada lebih banyak biasiswa ataupun bantuan2 lain ditawarkan pihak kerajaan kpd mereka t'utamanya bagi tujuan pendidikan peringkat tinggi..

Melalui blognya iaitu 1 Malaysia, PM telah m'beri peluang kpd setiap rakyat menyumbangkan cadangan & pandangan mereka berkenaan bajet tersebut & sebahagian besar intipatinya merupakan cadangan orang ramai..semoga semua pihak akan mendapat manfaat daripada bajet yg akan dibentangkan pada petang ini & semuanya mampu menarik nafas lega...


**tertanya2, adakah belanjawan yg dibentangkan pada petang nie akan menurunkan harga minyak, gula & sbgnya??..hihi..kawalan ke atas harga barangan pengguna perlu ada..=))

.::WASSALAM::.

2 comments:

CIK TOM said...

yup..ciktom harapkan bajet 2011 ni yang terbaik!!semoga byk pembangunan untuk rakyat..

~LaDaYaNa~ said...

cik tom : moga2 la kan sume org mendapat tempias kebaikan drpd ape yg dibentangkan...=))