Followers

Thursday, April 7, 2011

Pada-Mu ku Berharap~


.::SALAM::.

Sebenarnya, dalam 2,3 hari nie, ada sesuatu yang mengganggu perasaan dan fikiran saya..

PUTRAJAYA 5 April - Seramai 11 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson telah dirawat di hospital manakala 93 lagi diasingkan selepas berlaku penularan virus Adeno dan influenza A (H1N1) di pusat tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesemua 11 pelatih itu kini dirawat di wad biasa Hospital Port Dickson dengan enam daripadanya disahkan dijangkiti virus Adeno manakala bakinya dijangkiti H1N1.

"Jangkitan virus dikesan sejak 31 Mac lalu dan menyebabkan lapan pelatih dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, jumlah pesakit bagaimanapun meningkat kepada 11 orang semalam.

"Kerajaan turut mengasingkan 93 pelatih lain untuk mencegah penularan kedua-dua penyakit ini," katanya kepada pemberita selepas majlis meraikan kejayaan Kementerian Kesihatan mencapai lima bintang dalam Sistem Penarafan Bintang (SSR) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat kepada Pulapol seluruh negara untuk mematuhi prosedur kesihatan yang ditetapkan bagi mencegah penyebaran penyakit.

"Antaranya kita mahu pihak berkenaan memastikan pengudaraan yang baik serta memastikan kebersihan kem dan pelatih dijaga dengan baik.

"Pelatih yang menunjukkan tanda-tanda influenza perlu menjauhkan diri daripada khalayak," katanya.


**Ihsan daripada akhbar Utusan Malaysia Online**

Yupp, perkara nie la yang merisaukan saya sebenarnya..walaupun dia ada mesej dan sampaikan pesanan supaya jangan risaukan apa2 pun sebab dia sihat2 je, tapi hati nie kadang2 tetap nak fikir bukan2..haishh!!..Apa2 pun, saya harap dia berada dalam keadaan yang sihat sentiasa..moga dirinya dijauhkan daripada penyakit2 yang berbahaya nie..hope segala2nya akan kembali pulih dalam tempoh masa yang terdekat nie..tak ada apa pun yang saya terdaya lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatannya di sana..



Amin..Amin..Ya Rabbal 'Alamin~

.::WASSALAM::.

3 comments:

alinsharif said...

amin..
hope yg lain sihat2 n keadaan stabil..
tp bf kte da kne h1n1..
doakan dy cpt sembuh..:(

~LaDaYaNa~ said...

Alin@ :Yeke??emm, sabar je la ye dik..hope sgala2nya akan kmbali pulih..amin~

Nadia Mashuri said...

amin..
=)