Followers

Friday, April 8, 2011

Siapakah yang harus dipersalahkan??


.::SALAM::.

Mata tak berapa nak mengantuk pulak malam nie..jadinya, singgah jalan2 kat belog febret dulu sebelum tido..lepas tu baca paper online..tak kiralah sama ada Berita Harian, Kosmo, Utusan Malaysia tapi tak termasuk paper BI dan Cina serta Tamil..huhu..kang kalau baca amik masa berjam2 pulak sebab nak pahamkan satu2 perkataan..Sebenarnya, saya tertarik dengan satu berita dalam akhbar Utusan Malaysia Online nie berkenaan dengan seorang guru wanita yang patah hidung sebab dipukul oleh seorang pelajar lelaki bila guru tu cuba untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku antara sekumpulan pelajar..

Haishh!Naik gerun pulak..emm, cuba kita renung2kan kembali, macam mana perkara nie boleh terjadi agaknya?malah perkara nie sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru sebab sebelum2 nie pun banyak kes guru dipukul oleh pelajar..mana hilangnya rasa hormat pelajar tersebut pada guru mereka dan dalam hal nie, siapakah sebenarnya yang wajar dipersalahkan??Sesetengah pelajar hari nie saya tengok memang agak kasar kelakuannya, tak ada adab dan kadang2 sangat kurang ajar..maaflah kalau bahasa saya agak kasar..tapi, itulah HAKIKATNYA!!

Dan dalam perkara nie, saya sebenarnya lebih suka melihat bagaimana cara ibu bapa tu mendidik anak2 mereka..bila anak2 jadi liar dan kurang ajar macam nie, saya rasa individu yang wajar dipersalahkan ialah IBU BAPA sebab didikan merekalah yang akan menentukan sikap dan perangai anak2..kalau baik didikannya, maka baiklah anak2 mereka kelak..kalau tak, sebaliknya pulak lah yang berlaku..kalau kita tengok ibu bapa hari nie, terlalu memanjakan anak2 mereka..bagi kebebasan dan kepercayaan kat anak2 secara total tanpa memikirkan kesannya kelak..

Pada saya ibu bapa tak boleh terlalu memanjakan dan memberikan kebebasan secara total terhadap anak2 mereka..kena jugak kawal dan amik tahu apa2 je aktiviti anak2 tapi tanpa pengetahuan mereka lah sebab kalau kita nie jadik ibu bapa yang strict sangat pun tak elok jugak, anak2 tertekan je nanti..emm, tapi tu lah..anak2 zaman sekarang nie memang terlebih kasih sayang..kena rotan kat tangan cket, balik mengadu dengan mak, ayah..esoknya mak ayah datang sekolah jumpa guru besar/pengetua marah2 sebab anak mereka kena pukul dan tak kurang jugak yang datang sekolah cakap anak mereka didera!..kalau dah macam nie la sikap ibu bapa, macam mana lah anak2 tu tak "naik lemak"..bila buat salah, ada je orang back-up kan..dan bagi saya, guru2 pulak haruslah faham jiwa pelajar..tak bolehlah terlalu terdesak untuk melahirkan para pelajar yang cemerlang dan sempurna sebab tak semua pelajar nie sama potensi diri mereka..jiwa dan perasaan pun lain2 kan..nanti bila terlalu didesak dan didesak, mereka akan tertekan dan mulalah buat sesuatu di luar kawalan..

Dalam hal ni, masing2 saya fikir dianugerahkan akal untuk sama2 fikirkan jalan penyelesaian terbaik..tak adillah pulak kalau nak salahkan ibu bapa 100%..semua pihak haruslah memainkan peranan masing2, tahu fungsi masing2..jangan sampai pelajar hilang rasa hormat kepada guru2 mereka..

**Dua hari sebelum nie ada baca paper pasal guru belasah pelajar 7 tahun sehingga meninggal dunia..emm, tak tahu mana pulak silapnya..Apa2 pun, jadik guru nie sentiasa perlu ada perasaan SABAR dan tak boleh terlalu ikut perasaan..Al-Fatihah buat arwah**

.::WASSALAM::.

1 comment:

Nadia Mashuri said...

bila rasa hormat sudah hilang..
mcm tu lah jadi nya..